Ahad, September 02, 2012

GAPS Selar Kebiadapan Khalid Tidak Undang Tuanku Sultan Sambutan Hari Kemerdekaan!



GAPS menyelar Menteri Besar Selangor kerana tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor dalam acara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dimalam ambang kemerdekaan kelmarin.

Tuanku Sultan Selangor merupakan Sultan dan Yang diPertua Negeri Selangor serta seluruh jajahan takluknya, yang telah memastikan negeri Selangor dapat kekalkan aman sentosa dan makmur setelah 55 tahun kita merdeka.

MB tidak faham intipati sejarah apabila gagal untuk mengiktiraf peranan Institusi Raja Melayu yang banyak menyumbang kepada arah kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah.

Pemerintahan British sekali pun telah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang diketuai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor sebelum ini.

Malah Perjanjian yang ditandatangi oleh Raja-raja Melayu dengan British dan pejuang kemerdekaan telah memungkinkan negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini dicapai dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan kerjasama terutamanya tuan punya yang sah bumi Tanah Melayu iaitu Raja-raja Melayu termasuk Tuanku Sultan Selangor.

Sebagai Ketua yang sah dinegeri ini yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri Selangor, selayaknya Tuanku Sultan Selangor diberikan penghormatan menjadi tetamu paling utama dalam setiap acara rasmi kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dalam acara sambutan hari kemerdekaan di Negeri Selangor.

Kegelojohan dan kegilaan kuasa pentadbiran Dap, Pkr dan Pas yang memberikan mandat kepada penasihat umum Pkr untuk menyampaikan ucapan dan tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor adalah juga bukti mereka tidak mengiktiraf Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang diPertua diNegeri Selangor .

GAPS yakin Dap, Pkr dan Pas akan dihukum sepenuhnya oleh rakyat jelata negeri Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Daulat Tuanku.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 September 2012
Shah Alam.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

  1. Kalau dijemputpun Tuanku tak datang sebab geli geleman nak duduk sepentas dgn peliwat. Daulat Tuanku.

    BalasPadam