Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, September 06, 2012
Bapa mohon maaf anak hina Perdana Menteri!
Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu.
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi.
Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya itu dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.
"Hati saya seperti mahu luruh apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak saya itu. Setahu saya, Muhammad Ammar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.
"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Muhammad Ammar bagaimanapun ditahan semalam untuk diambil keterangan manakala 10 individu lain masih diburu kerana kesalahan sama.
Menurut A. Rahman, polis memaklumkan anaknya itu dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi namun sehingga 3 petang ini dia masih tidak dapat menghubungi Muhammad Ammar.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan anak muda lain tidak mudah terpengaruh dengan rakan- rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta masa depan sendiri.
Pada masa sama, A. Rahman memuji tindakan dan kerjasama semua pihak dalam menangani insiden itu dan berharap anaknya insaf serta mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
Sementara itu, pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.
Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.
"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.
"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.
Suara Politik
Taminsari
Baguslah... bapa yg perihatin walaupun damages done... Namun Kedudukan PM Malaysia yg dihina bukan hak mutlak DS Najib... untuk memaafkan... secara peribadi bolihlah DS maafkan...Tapi PM Malaysia tu susahlah sikit.. iaperlukan tindakan lanjut agar jadi contoh kepada pengacau negara.. dan Undang undang perlukan kes mencontohi atau reference di lain masa nanti...
BalasPadamKita rakyat Malaysia tidak berganjak atau kompromi dgn kebiadaban ini..Tak kira siapa PM..
PM Malaysia perlu dipertahankan kemuliannya...
harap bapa bapa perlu faham kedudukan ini..jangan bersedih atas tindakan yg bakal diterima pengacau negara..Tapi bersedihlah dgn tindakan kebiadaban pengacau negara ini..
kita sayang Nabi saw. jika baginda dihina, maka kita umatnya akan marah. dan kita akan tuntut permohonan maaf kpd seluruh umat Islam.
BalasPadamkita sayang PM kita. jika beliau dihina, maka kita rakyat malaysia akan marah. dan kita tuntut pmohonan maaf kpd seluruh rakyat malaysia. bukan kpd pm shj. oleh kerana sudah terlalu byk penghinaan, maka kita tuntut tindakan tegas diambil!
LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN!!!!
namun hukuman ini pasti mustahil diambil. kerana sblm ini namawee juga telah hina negara dan rakyat malaysia. dan org tua namawee juga telah mohon maaf bg pihak namawee. skrg namawee sudah bebas dan terus menerus malakukan penghinaan tnpa apa2 tindakan. semua atas dasar kebebasan bersuara melahirkn rasa marah...
kini, jika pelajar buntut' itu jika hendak diambil tindakan pula, sudah tentulh tidak adil.
INILAH KESILAPAN BESAR YG SERING DILAKUKAN KERAJAAN! BERLEMBUT DAN SUKA BERI PELUANG. TIADA KETEGASAN!
patutnya, masa kes namawee dulu, tindakan tegas diambil serta merta bagi mengelakn kejadian berulang.
kini, pelajar melayu 'buntut' telah ikut. pasti akan bebas jua. selang beberapa lama kelak, mugkin org india, kadazan, murut, jakun dll pula akan melakukn penghinaan pula...
jika akan parti yg lebih baik dari kjaan bn hari ini, pasti aku tidak akan undi bn. namun malangnya, parti pmbagkng PR tersangat teruk dan buruk dari bn.
bak kata pepatah org melayu, kalau tak ada tali, rotan pun berguna juga.
biarla aku guna rotan dulu dlm pru13 nti....
polis siapkan kertas siasatan, hantar pada AG department....Ghani setahil kata x der kes....he..he...he...
BalasPadamx caya ????