Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Julai 08, 2012
Selangor Berbangga Ada Penasihat Ekonomi...!!! TETAPI TAK ADA VALUE LANGSUNG - Najib?
BANDAR BARU BANGI, 8 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran pembangkang yang terlalu banyak menabur janji namun gagal memenuhi setiap janji yang diberikan kepada rakyat.
Beliau berkata demikian di program Jelajah Janji Ditepati di Teras Jernang di sini yang dihadiri hampir 40,000 orang turut mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara.
Najib berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terlalu banyak menabur janji namun apa yang dijanjikan tinggal janji semata-mata.
"Lihat sahaja pada kenaikan cukai pintu. Apa sudah jadi dengan janji beri RM100 bagi setiap bayi yang lahir di Selangor," soal Najib.
Najib turut memberitahu kerajaan negeri tidak mampu untuk memberikan bantuan pendidikan percuma pra sekolah seperti yang dijanjikan namun sibuk menyelar kerajaan pusat mengenai PTPTN.
"Bantuan biasiswa, bantuan kepada golongan muda untuk mendirikan rumahtangga, untuk OKU, ibu tunggal dan warga emas, kesemua hanya tinggal janji kosong.
"Walau diambang pilihanraya, janji-janji dahulu masih tidak ditunaikan namun sudah mula menabur janji-janji baru," katanya.
Beliau turut memberitahu apa yang dijanjikan oleh pembangkang seperti menghapuskan tol, hutang PTPTN, gaji minima yang tinggi hanya akan menyebabkan ekonomi negara hancur.
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan Kedai Buku 1Malaysia akan bermula di Kuala Lumpur tidak lama lagi sebagai meringankan beban pelajar untuk membeli alatan dan buku sekolah pada harga yang lebih rendah. Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Kedai Kain 1Malaysia yang masih lagi diperingkat perancangan.
Perdana Menteri, berkata ia adalah antara usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat membeli buku, peralatan tulis serta kain pada harga rendah. 'Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia, jamin murah untuk rakyat, kita akan buat tidak lama, ini baru dua, banyak lagi kita akan buat untuk rakyat," kata Najib.
Sebelum itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk membuat tinjauan mesra di sekitar kawasan pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi dan menyertai orang ramai bersarapan di hadapan kawasan gerai makanan, dengan disertai beberapa penduduk tempatan; tua, muda, tanpa mengira kaum mahupun lapisan masyarakat.
Sarapan paginya itu sesekali diselang-seli dengan sapaan orang ramai, dan ada yang sempat berbual dan mengambil kesempatan untuk menyuarakan sesuatu ke telinga pemimpin nombor satu negara itu.
Sumber : KLPOS
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan