Jumaat, Julai 06, 2012

Amaran...Rizab air bersih di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya kritikal?



Rizab bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya minggu ini berada dalam keadaan kritikal iaitu 1.06 peratus, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, pada minggu ini, purata permintaan bekalan air bersih berada pada tahap yang tinggi iaitu 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari).

Pengeluaran air bersih daripada loji rawatan air diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium ABASS masih berada di tahap pengeluaran maksimum iaitu 4,371 JLH.


Kenyataan itu menyebut Syabas akan terus mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan bagi Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang untuk memantau situasi itu secara berterusan.

“Pengguna dinasihat mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang menghadapi cuaca panas kering ini," menurut kenyataan itu.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan: