Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Julai 14, 2012
Nampaknya Isu Air Di Selangor Makin Kompleks?
Isu air di Selangor di lihat semakin hari semakin kompleks. Terbaru apabila pemegang saham minoriti mendesak Puncak Niaga menyaman Syabas. Walaupun bunyinya nampak pelik, tetapi itulah hakikatnya!
Apabila kepentingan sendiri sudah tidak dapat lagi pembelaan sewajarnya maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Bila diamati punca masalah ini, ia berkait rapat dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Kita lihat jika pentadbiran Pakatan Rakyat mendaulatkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, semua masalah akan selesai dengan sendirinya. Tabiat suka 'lepas tangan' kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah satu bentuk 'escapism' yang begitu mudah dan dangkal dalam mengetepikan kebertanggungjawaban demi sentimen politik semata-mata.
Walaupun perjanjian penswastaan air telah ditandatangani bersama kerajaan BN sebelum ini, kerajaan sekarang tidak boleh mengetepikannya begitu sekali. Jika tidak sudah tentulah segala projek pembangunan melibatkan manfaat rakyat akan sering tertangguh kerana tiadanya komitmen untuk melaksanakan tuntutan undang-undang atau perjanjian yang telah dimenterai.
Salah satu isu yang seringkali dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah penentangan habis-habisan terhadap kenaikan tarif air. Bukan niat menyokong usaha menaikkan tarif air, tetapi dimana-mana negara yang terdapat kelangsungan bekalan air terawat yang berkualiti tidak dapat tidak tarif air perlu disemak dari semasa ke semasa kerana kenaikan kos operasi seperti kegunaan elektrik dan bahan kimia.
Sepertimana yang kita ketahui, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk menaikkan tarif air kerana beberapa faktor seperti mengelak pembaziran dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah dalam kalangan rakyatnya selain menjamin kelangsungan bekalan air yang mencukupi untuk rakyatnya. Yang peliknya mengapa MB Khalid tidak dapat berfikir seperti Lim Guan Eng?
Pelbagai lagi kemelut yang tidak berkesudahan seperti tindakan saman menyaman diantara kerajaan Selangor dengan Syabas serta sikap tuduh menuduh diantara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan yang terbaru sekali desakan supaya Puncak Niaga menyaman Syabas kerana menangguhkan bayaran hampir lebih Rm1.09 billion menjadikan keadaan semakin gawat dan pengguna (rakyat) terus menerus menjadi mangsa.
Kepada rakyat Selangor, jadikanlah permasalahan isu air yang kita semua tanggung ini sebagai satu iktibar supaya kerajaan yang bakal dipilih selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, menepati janji dan terus menerus menjaga kebajikan rakyat tanpa mengheret rakyatnya kedalam satu kancah yang menyeksakan seperti sekarang.
Fikir-fikirkanlah. Jom tolak pembangkang dan sokong BN..!!!
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan