Selasa, Julai 03, 2012

Berbaloikah Kenaikan Elaun Adun Negeri Selangor?



Pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor yang ke-12 pada 31 Mac 2011 telah meluluskan kenaikan elaun Adun negeri tersebut daripada RM4,112.79 kepada RM6,000!

MB Abdul Khalid berkata penambahan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah satu insentif kepada yang layak. Agak pelik juga siapa yang membuat penilaian terhadap prestasi wakil rakyat bagi membolehkan mereka layak menerima insentif seperti yang didakwa Abdul Khalid?

Kenaikan sebanyak RM2,000 yang diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Mac lalu yang dibayar bermula Januari 2011(secara backdated).




Ramai antara pemimpin pembangkang di Selangor dapat dua gaji sebagai ahli Parlimen dan Adun. Sama ada sedar atau tidak, perjuangan pemimpin pembangkang hanya untuk kepentingan masing-masing sahaja!

Mungkin rakyat ingin tahu apakah jawatankuasa penilai diwujudkan untuk menilai prestasi-prestasi Adun di Selangor? Jika ada, bagaimana pula penilaian diberikan kepada Adun BN, adakah penilaian itu adil?

Rakyat juga ingin tahu wakil rakyat mana yang tidak menunjukkan prestasi seperti tidak turun kawasan lima kali dalam sebulan sebagaimana didakwa oleh Abdul Khalid.


Sidang DUN November 2011, Adun Sri Andalas (PKR) merangkap Exco. Cukup syarat saja masuk dalam Dewan. Kalau tidur memanjang macam ni patutlah hancur pentadbiran kerajaan negeri!


Sidang DUN November 2011, Adun Kota Anggerik (PKR) merangkap Exco , tidur puas puas.. lepas PRU baru kau tahu nasib masing-masing! Amanat rakyat tak mahu dipikul.. ikut suka korang saja lah.


Sidang Dun Mac 2012, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP) dan Adun Teratai Janice Lee baik punya layan Twitter dan Facebook. Perangai macam sundal!

Adakah berbaloi memberi penambahan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai satu insentif kepada yang layak seperti gambar diatas?

Patutlah pentadbiran kerajaan negeri Selangor kacau bilau dan huru hara sekarang! Lihatlah sebahagian daripada Adun-Adun mereka yang langsung tidak berdisiplin dan tidak memberikan komitmen sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri!

Mereka bukannya mahu membela nasib rakyat Selangor tetapi lebih kepada mahu menghuru harakan negara disamping dengan kesempatan yang ada mahu mengaut segala kemewahan semasa berkuasa!

Perlukah pemimpin-pemimpin seperti ini diberi peluang sekali lagi untuk memerintah Selangor! Tolak Pakatan Haram, Sokong Barisan Nasional. Fikir-fikirkanlah...!!!

Suara Politik
Taminsari


Tiada ulasan:

Catat Ulasan