Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Jun 08, 2012
Perkasa: Suruhajaya Wajar Siasat Isu Dana Anwar-Murad?
Perkasa mendesak penubuhan Suruhajaya Diraja bagi menyiasat semula kenyataan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, tentang kewujudan 20 akaun individu yang dikawal oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membabitkan aset, saham dan wang lebih RM3 bilion.
Perkara itu pernah didedahkan pada 1999. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Murad seperti mana yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana bertarikh 2 Jun lepas disifatkan sebagai sesuatu yang serius walaupun membabitkan pendedahan lama dan ia perlu dilihat kembali.
Menurutnya, atas rasa tanggungjawab selaku ahli dewan rakyat dan pemimpin perkasa, beliau membuat laporan polis dan menghantar surat terbuka kepada SPRM semalam, dan berharap siasatan dilakukan.
"Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal 20 akaun individu (akaun induk) yang diuruskan oleh kroni-kroni bernilai RM3 bilion, oleh kerana dakwaan yang dibuat begitu serius, jadi untuk menentukan kebenarannya dan bukannya fitnah terhadap Anwar ia perlu dibuat segera.
"Ini kerana dakwaan yang dibuat boleh dikaitkan dengan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan mungkin wujud unsur rasuah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.
Ibrahim berkata, Abdul Murad dalam kenyataannya mengakui mengurus pembayaran AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah Kumpulan Pemikiran AS yang dipanggil Asia Pacific Policy Center (APPC) dan juga mengakui membayar lebih RM120 juta kepada Anwar, kroninya dan organisasi tertentu bagi menjayakan cita-cita politik Anwar yang mana berlaku sekitar tahun 1992 dan 1997.
Katanya, walaupun Abdul Murad mendakwa terpaksa melakukan atas arahan dan kehendak Anwar yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia tidak patut terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Siasatan yang dibuat bertujuan untuk mengetahui dari mana datangnya sumber kewangan yang begitu banyak dan kita juga mahu ia dirujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adakah wujud pembayaran cukai dengan betul," katanya.
Tambah beliau, siasatan ini memberi kebaikan kepada Anwar sendiri sekiranya ia adalah satu bentuk fitnah semata-mata.
"Anwar sendiri tidak membuat laporan polis, kerana sepatutnya beliau buat laporan polis jika pendedahan yang dibuat adalah tidak betul bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Abdul Murad," katanya.
Dalam pada itu, katanya, walaupun Abdul Murad sebelum ini ada membuat kenyaaan maaf kerana membiarkan dirinya diperalat Anwar beriikutan dakwaan yang dibuat, ia tidak boleh menjadi tiket untuknya terlepas daripada sebarang tindakan jika pendedahan tersebut benar.
"Dengan adanya isu sebegini, diharapkan penjawat awam lebih berhati-hati dan tidak menurut arahan daripada sesiapa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang, lebih-lebih lagi melibatkan integriti dan ketelusan," katanya.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan