Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Jun 04, 2012
MB Khalid Sampah Selangor!
Di simpang tiga Gombak, Selangor menghala jalan lama ke Karak, terdapat sepanduk yang tertera: ‘‘Bersihkan sampah di tempat kami dulu, baru cerita pasal Bersih 3.0.’’
Sepanduk itu dipasang oleh para penduduk yang kecewa dengan pengurusan sampah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ungkapan tersebut jelas bernada sinikal kepada pakatan pembangkang yang ghairah menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 tetapi gagal menangani isu pokok melibatkan kepentingan rakyat.
Belum pernah berlaku dalam sejarah, di banyak kawasan di seluruh pelosok Selangor, penduduk bangkit membantah kerajaan negeri kerana masalah sampah.
Longgokan sampah yang berhari-hari tidak dipungut, bau busuk dan pemandangan yang menyakitkan mata - sudah menjadi wajah Selangor. Sayang sekali, dulu negeri tersebut dikagumi kerana kebersihan tetapi kini tidak lagi. Ia seperti berundur 20 tahun ke belakang.
Kegagalan pengurusan sampah di Selangor yang turut melimpah ke saliran seperti longkang mengakibatkan semakin kerap berlaku banjir kilat di daerah yang selama ini sukar dinaiki air seperti Kajang dan Kelang.
Malah ia menjadi isu kesihatan yang membimbangkan. Terdapat lebih 4,000 kes denggi di Selangor sehingga pertengahan Mei, meningkat sekali ganda dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Kalau sampah tidak mampu diuruskan dengan cekap, bagaimana mahu mentadbir negara?
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan