Selasa, Jun 05, 2012

LGBT: Pegangan agama Ambiga dipersoal!




Kelantangan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menimbulkan persoalan mengenai pegangan agamanya.

Penjelasan berhubung perkara itu penting untuk masyarakat tahu memandangkan tiada agama di dunia ini menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, tindakan bekas Presiden Majlis Peguam itu yang lantang memperjuangkan agenda LGBT perlu selari dengan kepercayaan agama yang dianutinya.



"JMM mendesak Ambiga untuk menyatakan pegangan agamanya bagi masyarakat menilai sendiri apakah perjuangannya menyokong agenda LGBT itu selari dengan agama yang dianutinya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Ambiga harus faham bahawa kepercayaan seseorang itu terhadap agama yang dianuti haruslah lebih tinggi daripada kepercayaan terhadap hak asasi yang direka oleh manusia sendiri.

"Undang-undang sesebuah negara diasaskan berdasarkan kepercayaan beragama yang dianuti mereka dan tidak seharusnya ia direka berdasarkan kehendak nafsu semata-mata," jelasnya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan