Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Jun 18, 2012
Dimanakah Perancangan Ekonomi Islam PAS?
“ Dapatkah manusia menjadi seperti yang dicitakan Mao Tse Tung tanpa paksaan, tanpa terus menerus di awasi ? Ataukah Moisme hanya eksperimen, yang 10 tahun lagi ternyata gagal ?” TEMPO, September 18, 1976.
Lagi-lagi kesalahan dan kelemahan kerajaan pimpinan PAS! Apakah memang benar kerajaan pimpinan PAS lemah dan sememangnya lemah dan tidak dapat berbuat banyak untuk menolong penduduk pribumi Kelantan atau bagaimana?
Sehinggakan nak membina sebuah lebuhraya pun terpaksa memohon derma dari rakyatnya sendiri! Masakan sebuah kerajaan berkebajikan terpaksa bertindak sedemikian untuk menyusahkan rakyatnya sendiri!
Apakah memang benar anggapan yang mengatakan PAS sebuah parti politik yang lemah dan hanya memainkan emosi penduduk di luar bandar dan tahu meracuni pemikiran umat Islam di luar Bandar dengan perspektif Islam yang berbeda dengan perspektif Islam yang sebenarnya.
PAS berjaya menjadikan pengikutnya fanatik dan juga berjaya membawa pengikut menerima konsep ‘ akhirat untuk pengikut-pengikutnya dan dunia untuk pemimpin-pemimpin PAS.
Ini merupakan fakta politik yang tidak dapat ditelek dengan sebelah mata, tidak ramai dari sekian banyak wakil-wakil rakyat PAS yang ada, yang menduduki kerusi DUN yang tahu banyak untuk merangka, menggarap kertas kerja dan merancang pembangunan ekonomi Islam!
Jawapannya tidak ada – kosong. Kosong dan lebih kosong lagi dari makna kosong itu sendiri. Ini jelas membayangkan bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang tidak mempunyai perancangan ekonomi Islam yang patut dijadikan ‘model’ Islamic State’ sebagaimana yang didengung dan dilaungkan pemimpin-pemimpin PAS!
PAS hanyalah parti politik yang tahu banyak untuk mengadakan ceramah-ceramah politik khususnya pada waktu malam. Malah ada di kalangan penyokong PAS menjadikan medan ceramah politik sebagai kepuasan berhibur kerana sejak kerajaan negeri pimpinan PAS memerintah Kelantan, tidak sedikit larangan yang dikenakan kepada kumpulan, pertubuhan kesenian dan kebudayaan yang secara politiknya tidak menyetujui beberapa keputusan kerajaan negeri.
Banyak di kalangan mereka, khususnya yang pro BN berharap dan berdoa agar BN kali ini mampu menewaskan dan menyungkurkan PAS di bumi Kelantan!
Ini adalah kerana mereka tahu jika BN memerintah Kelantan, Kota Bharu akan bertukar wajah malah seluruh Kelantan bertukar wajah dengan pelbagai projek yang tentunya dapat memberikan kemudahan kepada rakyat negeri ini. Sebagaimana BN memerintah pada 1978, banyak sekali tumbuh masjid-masjid besar di seluruh daerah di negeri Kelantan.
Meskipun begitu perlu dijelaskan bahawa PAS mempunyai tidak sedikit ahli exco kerajaan negeri yang mampu mengeluarkan pelbagai idea dan gagasan serta pemikiran ke arah membina satu kertas kerja dan polisi bagi membentuk gagasan ekonomi Islam.
Tetapi sehingga hari ini tidak ada satupun perancangan ekonomi Islam yang dibuat bagi tujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk Kelantan. Mungkin dikalangan pemimpin PAS tidak ada keyakinan di segi perlaksanaannya.
Oleh kerana tidak ada usaha dan inisiatif ke arah itu, PAS yang sememangnya dikenali sebagai parti politik yang tahu bercakap perlu mengundur diri secara terhormat dari panggung dan pentas politik Kelantan. Sesungguhnya PAS, jika mereka rasa berada di puncak, hanya puncak seni sahaja. Tidak lebih dari itu.
Untuk apa kerajaan pimpinan PAS yang ada sekarang ini jika ianya tidak dapat berbuat banyak ke arah memberi sumbangan kepada pembangunan jasmani dan rohaniah kepada rakyat negeri ini? Apakah pemimpin PAS tidak mengetahui Islam juga menuntut kemajuan ekonomi bagi umatnya?
Lihat saja kepada negara-negara Islam lainnya, yang taraf kehidupan dan tahap ekonomi penduduknya berada di garis kemiskinan, apakah imej umat Islam sebagai manusia miskin patut dibanggakan!
Sebagai umat Islam, kita tentunya tidak mahu melihat kelaparan, kebuluran, kemiskinan menimpa umat Islam di negara Islam lainnya!
Ini bererti dalam arus modenisasi yang sedang mencabar ini, umat Islam juga dituntut maju dari aspek politik, ekonomi, pendidikan pelbagai aspek lagi asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak!
Justeru itu PAS perlu berbuat banyak ke arah pemikiran peningkatan taraf hidup dan membangun rakyat negeri ini di samping berteriak ingin melaksanakan hukum Islam kerana ‘tanpa wang yang cukup’ umat Islam akan menjadi manusia yang miskin di bumi sendiri.
Ini nak bina lebuhraya pun terpaksa 'meminta sedekah' dengan rakyat! Macamana tu?
Oleh itu, PAS perlu merancang peranan ekonomi Islam barulah rakyat negeri ini dapat menerima PAS. Kalau tidak dalam pilihanraya nanti, rakyat sudah pasti akan memilih tidak lain dan tidak bukan iaitu BN!
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan