Rabu, Mei 09, 2012

Tak cukup dengan BERSIH 2.0, kenyataan Irene berniat jahat, amat jahil - Anifah Aman!

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata, Irene membuat kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia dengan negara jiran berkenaan.

"Kenyataan itu amat jahil atau ignorance tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah," katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini semalam.

Anifah berkata, kenyataan Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, selain menghormati hak pekerja.

"Malaysia dan Indonesia mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu mekanisme dua hala.

"Perkara ini diberi perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia)," katanya.

Apa muslihat Ambiga & Irene Fernandez

Untuk pengetahuan, Irene Fernandez inilah orangnya yang beria-ria benar mahu menggunakan khalimah Allah untuk orang Kristian di negara ini!


Ambiga menyatakan BERSIH 2 bukanlah untuk Anwar Ibrahim. “Sorry, PKR, civil society will lead the assembly.” kata Ambiga dalam satu majlis pelancaran BERSIH 2. PAS berjanji akan menghantar 300,000 orang untuk BERSIH 2. Benarkah Ambiga BERSIH dari sebarang parti politik? Rasaya tidak.

Taktik menggunakan penganjuran yang diketuai oleh Ambiga adalah semata-mata untuk mengabui mata rakyat sahaja. Cuba lihat dalam gambar di atas, wanita yang berada di sebelah Ambiga itu adalah Irene Fernandez (bekas Timbalan Ketua Wanita PKR).

Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris.

Ambiga dan Irene mendokong fahaman pluralisme yang sama. Irene bertegas mahu kalimah Allah SWT digunakan dalam Herald, manakala Ambiga pula bertegas mahu memansuhkan artikel 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan. Kedua-dua mereka dalah nadi utama BERSIH 2.

Malangnya, 300,000 orang ahli PAS sanggup membutakan mata dan hati mereka untuk menjadikan dua-dua orang tonggak pluralisme ini sebagai ketua mereka dalam BERSIH 2. Ambiga dan Irene mahu mempergunakan orang Islam untuk mengkucar kacirkan negara ini. Misi pluralisme mereka akan tercapai dengan bantuan tangan-tangan orang PAS.

Jika sebelum ini dalam BERSIH 2.0 & 3.0, Ambiga dan Irene berjaya menggunakan PAS untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di negara ini, apakah kali ini lebih besar nafsu Irene untuk melihat dua negara Islam ini bergaduh? Fikir-fikirkanlah..!!!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan