Sabtu, Mei 05, 2012

Pemerintahan MB Khalid dah nak 'tamat tempoh', tetapi janji had gaji minimum belum lagi ditunaikan?


Jika kita masih ingat MB Khalid Ibrahim telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri. 'Berita Hangit' telah diumumkan oleh MB Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011 yang lalu!

Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad.

Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” katanya.



Namun semuanya itu hanyalah janji-janji manis Khalid semata-mata untuk menyedapkan hati para pekerja yang berpendapatan rendah di Selangor! Sehingga sekarang tahun 2012 sudah masuk ke bulan Mei, tetapi masih juga belum terlaksana malah sempat juga beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mempersoalkan tetapan gaji minimum yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini yang berjumlah sebanyak RM900 untuk Semenanjung manakala RM800 untuk Sabah dan Sarawak!

Dana sebanyak RM10 juta yang di peruntukkan memang sedap didengar, tetapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya! Adakah hanya kroni-kroni kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sahaja yang mendapat imbuhannya! Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja disektor swasta yang lain? Adakah hak mereka akan dinafikan? Bukankah ini hanya menguntungkan kroni-kroni Khalid sahaja!


Layak ke Khalid Ibrahim mempersoalkan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan sedangkan janji-janji mereka hanya retorik Menteri Besar semata-mata. Sesungguhnya manusia seperti Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Seringgit, tidak harus diberi ruang dan peluang lagi untuk mentadbir Selangor.

Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini di Pelabuhan Kelang, " tidak ada lagi tempoh lanjutan buat kerajaan PKR untuk memerintah lagi negeri Selangor". Alasannya mudah! Apa sahaja yang dijanjikan mereka semua tidak terlaksana malah janji hanya tinggal janji sahaja!

Maka kerja-kerja Khalid dan Anwar Ibrahim tidak ada lain kecuali cuba menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara dan membahagi-bahagikan harta Selangor kepada kroni-kroni mereka sebelum kuasa memerintah diserahkan kembali kepada BN.

Patutlah rakyat Selangor sekarang perit hidupnya dengan masalah sampah yang tidak diuruskan dengan baik, kerap berlaku banjir, cukai tanah dan pintu yang meningkat, isu air, pasir dan sebagainya!

Dan jika kita lihat semua permasalahan yang timbul dan cara penyelesaian yang dibuat hanya menguntungkan kroni-kroni PKR sahaja terutamanya dengan isu sampah dan pasir! Mungkin Khalid sudah merasakan bahang kebangkitan rakyat yang marah dengan cara beliau mentadbir negeri Selangor, maka dengan baki masa yang tinggal sedikit sahaja lagi sekarang Khalid terpaksa melakukan sesuatu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada beliau walaupun terpaksa menipu lagi?

Sepertimana MB Khalid pernah berkata sebelum ini iaitu SelangorKu: Hasil Negeri Untuk Rakyat, akan tetapi hakikat sebenarnya yang sedang berlaku adalah Selangorku: Hasil Negeri PKR Yang Punya!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan