Isnin, Mei 14, 2012

Berita terkini : Tunku Abdul Aziz Keluar DAP!



Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti lapor Malaysiakini.

Portal itu melaporkan keputusan Tunku Abdul Aziz yang diumumkan pada malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13.

Bekas Naib Presiden DAP itu turut menafikan akan menyertai Umno. “Saya bukan katak,” katanya.

Beberapa hari sebelum berlangsungnya perhimpunan BERSIH 3.0 Tunku Abdul Aziz menyatakan pendiriannya tidak menyokong perhimpunan itu yang disifatkannya tidak perlu dan bakal menimbulkan keganasan.

Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei.

“Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan