Isnin, Mei 14, 2012

Bantahan 'gerai burger' pengajaran buat Ambiga!



Mungkin selama ini Pengerusi Perhimpunan BERSIH 3.0, S.Ambiga tidak pernah merasai geram, marah dan kecewa dengan tindakan pengikutnya dan beliau sendiri yang menganggu ketenteraman awam, menyesakkan jalan di seluruh bandaraya dan menjejaskan pendapatan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mulai kelmarin Ambiga dapat merasai makna marah dan kecewa apabila sekumpulan peniaga yang menuntut ganti rugi daripada penganjur BERSIH 3.0 membuka gerai burger dihadapan rumahnya di Bukit Damansara sebagai menunjukkan protes ke atasnya. Berikutan itu, Ambiga tampil menyatakan kekecewaannya dan menganggap tindakan 'bantahan dihadapan rumahnya' itu tidak wajar dan menganggu ketenteraman jiran perumhannya!

Baginya itu bukan caranya mahu menuntut ganti rugi dan perlu dilakukan mengikut prosedur undang-undang dan biarkan mahkamah yang menentukan perkara itu. Dalam isu ini, pada kita Ambiga umpama lidah bercabang, cakap lain tetapi buat lain! Sebagai bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga sepatutnya memahami prosedur undang-undang dan tidak melanggar arahan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum perhimpunan tersebut.

Kita mengharapkan beliau memahami mesej itu betapa benci rakyat Malaysia dengan perhimpunan BERSIH itu. Apabila sudah terkena batang hidung sendiri, baru nak mencari pelbagai alasan.


Perlu diakui, BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu menjejaskan pendapatan peniaga besar dan kecil. Justeru, adalah wajar peniaga yang rugi akibat tindakan yang tidak wajar peserta perhimpunan yang disokong parti politik pembangkang mendesak BERSIH 3.0 yang dinaungi Ambiga membayar ganti rugi!

Bantahan 'gerai berger' oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dikejiranan Ambiga di Bukit Damansara itu ibarat buku bertemu ruas. Mereka mahu Ambiga bertanggungjawab terhadap peniaga-peniaga kecil yamg terjejas ekoran perhimpunan terbabit dengan membayar ganti rugi yang dianggarkan berjumlah RM200,000.

Pengerusi IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah memberi dua minggu kepada Ambiga untuk menjawap semua tuntutan dan memohon maaf! Jika gagal, maka akan lebih ramai lagi peniaga akan membuka perniagaan di hadapan dan disepanjang laluan menuju kerumah Ambiga. Dalam reaksinya mengenai tindakan IKHLAS itu, Ambiga mahu mereka mematuhi undang-undang dan mengemukakan tuntutan ganti rugi mengikut saluran yang betul!

Persoalannya, kenapa beliau bercakap mengenai soal mematuhi undang-undang apabila terkena batang hidung sendiri, sedangkan ketika memimpin perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini, beliau tidak menitikberatkan soal berkenaan!

Walaupun kita tahu Ambiga begitu lantang mengkritik dan sering mempertikaikan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas, namun kali ini Ambiga dilihat ibarat 'menjilat ludah' sendiri apabila mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu untuk melindunginya setelah menerima ugutan!

Pengerusi Bersih 3.0 itu membuat laporan polis setelah merasakan keselamatannya terancam berikutan tindakan sekumpulan peniaga mewakili Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun di hadapan kediamannya di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, di sini.

Sikap bermuka-muka ini mendedahkan lagi agenda perjuangan sebenar BERSIH!

Suara Politik
Taminsari



Tiada ulasan:

Catat Ulasan