Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 03, 2012
Azmin nafi terlibat skandal seks, tetapi kenapa tang baju tu nampak sama?
Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog semalam.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dipetik dalam blognya, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan.
‘‘Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
‘‘Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya.
Semalam, dua laman blog mendedahkan mengenai skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua sudut yang berbeza.
Gambar yang disebarkan dalam laman blog didakwa melibatkan skandal seks seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat dengan wanita misteri.
Paling mengejutkan pendedahan blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Ini merupakan kali kedua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaitkan dengan skandal seks. Sebelum ini Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan rakaman video lucah bersama seorang pelacur. Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia konspirasi politik bagi menjatuhkan beliau.
Mungkin Azmin boleh menipu ramai orang, tetapi Azmin tidak boleh menipu dirinya sendiri? Azmin mungkin boleh untuk cuba menafikan, tetapi bagaimana pula dengan gambar berikut!
Baju Azmin Ali berkempen SAMA dengan gambar skandal seks yang dinafi keras olehnya!
Selepas diubahsuai maka gambar di atas ini disusun untuk memudahkan anda menilai benar atau tidak gambar tersebut. Mengapa hanya Azmin sahaja yang menjadi mangsa! Ini membuktikan bahawa memang ada musuh dalam PKR sendiri yang mahu menjatuhkannya.
Jangan semata-mata mahu salahkan Umno dan BN, tetapi muhasabahlah diri sendiri. Azmin sendiri yang melahirkan ramai musuh-musuh disekelilingnya baik dari dalam ataupun sebaliknnya.
Kalau setakat mahu menafikan tidaklah memadai! Malah Azmin digesa tampil mengemukakan bukti bagi mengesahkan yang dia bukan pelaku dalam gambar yang didedahkan semalam!
Langkah itu dilihat perlu bagi membersihkan namanya jika benar dia sememangnya tidak terlibat. Kejadian tidak bermoral seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin dan jika benar lelaki berkenaan adalah Azmin, dia seharusnya ditolak daripada terus bersama PKR tidak layak untuk terus menjadi timbalan presiden parti!
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan