Khamis, April 26, 2012

Tuduhan liar Nizar Lambai terhadap PM tidak berasas, berbaur hasutan - ATM!


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyifatkan tuduhan tidak berasas anggota pembangkang, Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di sini hari ini berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.



Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Zulkefli berkata ekoran tuduhan tersebut, ATM akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dilaksanakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tersebut.

"Justeru, semua pihak diseru jangan sesekali terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung perlembagaan dan bersikap profesional," katanya.

Beginilah gelagat seorang bekas MB Perak yang 'gila talak' dimana saban hari meroyan tak ketentuan semenjak hilang kuasa 11 bulan yang lalu membuatkan ramai juga yang ketawa besar melihatkan telatahnya!

Sementara itu Menteri Besar Perak menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri itu kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

Beliau berkata dalam ceramah berkenaan Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.

"Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan. Ini keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan kerajaan negeri di Ipoh.

Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan