Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 23, 2012
Sebagaimana MB Khalid gagal memimpin Cabang PKR Kuala Selangor, begitulah kegagalan beliau memimpin Selangor!
Surat terbuka dari bekas ahli PKR Kuala Selangor kepada MB Khalid!
Janji tinggal janji... Khalid dibuang Cabang sendiri setelah janji demi janji yang ditaburkan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh baik untuk kerajaan Selangor juga perkara-perkara penting dalam parti negeri Selangor tidak dapat ditunaikan.
Yang menjadi kucar-kacir adalah jika ahli parti atau pimpinan parti tidak menggunakan perlembagaan parti masing-masing dan banyak bertindak dari luar mesyuarat cabang untuk menyelesaikan masalah, serta membuat keputusan diluar mesyuarat yang bertindak secara unilateral.
Berita Gempar : Sebenarnya Ketua Cabang PKR Kuala Selangor telah dipecat dalam mesyuarat Cabang Kuala Selangor dan keputusan pemecatan telah dibuat dimesyuarat Cabang sementara menanti keputusan pusat untuk menentukan siapakah Ketua Cabang yang sah di Cabang PKR Kuala Selangor. Kes ini berat jika maklumat ini ketetahui umum?
Sefahaman saya, melihat keputusan mesyuarat Cabang yang dipanggil menggunakan notis yang cukup setelah ahli melihat Ketua Cabang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Cabang dan melanggari kebanyakkan perlembagaan parti, tidak menjalankan amanah sebagai Ketua Cabang, tidak menjalankan mesyuarat sehingga 8 bulan, dikira berat dan boleh gugur dengan keputusan ramai dalam mesyuarat Cabang yang diminitkan?
Maka bagi saya sahlah Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor telah gugur. Caranya memanggil 17 ranting di Ijok untuk memastikan sokongan Ketua Ranting berterusan dengan mensyaratkan Ketua Ranting berikrar menyokongnya adalah keputusan terlambat kerana keputusan mesyuarat Cabang sudah dibuat secara rasmi dan tandatangani oleh majoriti AJK Cabang. Caranya juga menunjukkan cara yang salah kerana mengubah keputusan diluar mesyuarat.
Juga menarik apabila beberapa AJK yang diumpan dengan umpanan untuk menjadi Ahli Majlis Kuala Selangor adalah dibuat dengan cara kotor. Seorang AJK yang dulunya berteriak lantang kerana digugurkan dari senarai Ahli Majlis yang baru, bertukar arah bila isterinya yang tidak ada kelayakkan akademik dilantik menjadi Ahli Majlis. Pada dasarnya beliau (MB) tidak menghormati perlembangan parti dan parti yang ditungganginya.
Mengenai kedudukannya di negeri biarlah negeri yang menentukan, namun kelayakkan untuk duduk dalam negeri mestilah juga Ketua Cabang. Jadi gugur Ketua Cabang, maka gugurlah statusnya dinegeri?
Tabiat unilateral ini juga sudah melarat kedalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu arak, tiada perbincangan mesyuarat Exco yang dipakai untuk membuat keputusan yang diumumkan oleh MB Selangor. Maksudnya keputusan ini adalah unilateral decision oleh MB Selangor sendiri, begitu juga dengan keputusan keputusan yang lain.
Yang akhir menjadi bahan bantahan adalah dikalangan Exco sendiri. Memang ada Exco membodek hanya mengikut saja. Malah jika Exco itu bermasalah, MB lah yang membantu dan bermatian menyelamatkan keadaan dan ianya telah terjadi kepada beberapa Exco yang bermasalah sebelum ini.
Beberapa cita-cita besar yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim setelah mendapat tempat didalam politik yang dulunya beliau juga ditolak di Kuala Selangor semasa bertanding Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor. Cita cita politiknya hanya kerana beliau ada duit, semua pengikutnya kerana duit. Maka apa susah susah nak kena bela lembu jika kita boleh beli susunya?. Inilah sikap yang ditunjukkan dalam politik era PR!
Tidak habis disitu, cita-citanya menggunung mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR pula. Disatu ucapan dalam satu siri perbincangan, Anwar Ibrahim sebagai ketua Umum mempamirkan rasa kecewanya sehingga terkeluar ungkapan, "jika jawatan Ketua Umum ini pun orang nak...ambil sajalah..", tindakan unilateralnya amat mengecewakan ramai orang, baik bawahan juga atasan.
Banyak lagi isu didalam rumahtangga PKR Cabang Kuala Selangor ini, tetapi demi sayangkan parti kami memendamkan saja cerita cerita ini, dari sebelum dan selepas PRU-12 lagi.
Kesimpulannya, mahukah anda tinggal dikalangan mereka yang hipokrit yang boleh dibeli didalam parti kerana orang beginilah yang ditanam dalam politik Khalid Ibrahim di Selangor. Tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka bakal naik lagi menjadi calon di PRU-13 nanti, maka jadi Perak lah kita sekali lagi!
Sebab itu Khalid Ibrahim terpaksa bergegas merombak undang undang negeri dengan menguasai kuasa legistrator dan pentadbiran negeri. Dengan cara ini beliau akan selamat. Tidak mustahil jika cita-citanya nanti mungkin boleh sampai ingin menjadi PM, maka tidak hairan jika ramai yang dapat dibelinya. Bahaya cukup bahaya!
Ini adalah merujuk kepada perubahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dalam berpolitik mengikut caranya! Semua unilateral, baik membuat keputusan dicabang, negeri dan pentadbirannya. Ini menyulitkan keadaan dan merasakan tiada semangat Pakatan Rakyat dipraktikan, malah Hadi Awang terpaksa masuk campur melalui Dato Hasan Ali(ketika itu), Lim Kit Siang juga begitu dengan menasihatkan anak buahnya di Selangor. Malah Anwar Ibrahim sendiri telah berbuih menasihatkan pentadbiran kerajaan Selangor dari perspektif politik.
Orang kalau otak meniaga apa pun mesti dimulakan dengan formula jual beli, jika politik buat apa nak susah-susah nak kuatkan sokongan politik. Beli sajalah?
Kumpul orang dan buat "akur janji" - " Kami sesungguh berdiri teguh dibelakang pemimpin kami..." maka juak-juak ini berlantangan berteriak menyokong dan menjerit sambil terkinja-kinja. Sebab sudah "masyukkkkkkk". Apa susah. Membeli politik bukan cerita baru, kita sering kedengaran sebelum ini pun. Malah bukan sahaja membeli itu kena guna "wang" perlu diingat, kekadang dengan air liur saja, kekadang dengar kertas kosong, kekadang dengan jawatan ahli majlis, jawatan itu dan ini.
Wow...macam pernah dengar cerita-cerita ini, tapi dimana ya?....ohhh di kelompok gerombolan yang disebelah sana tu...eh eh bukan, sekarang gerombolan itu sudah masuk sebelah sini. Maka mana satu gerombolan yang sebenar, nampak semua sama saja sekarang.
Tak guna mengutuk UMNO lagi, sebab sekarang yang mengutuk juga UMNO apa bezanya?. Politiknya sama. Caranya juga sama. Habis apa yang beza?.....namanya saja berbeza?
Bekas Ahli Kecewa
( Terdapat sedikit editing untuk memudahkan pembacaan )
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan