Sabtu, April 07, 2012

PKR Bongkak Jadikan Undi Kaum India Bahan Pakai Buang!


Baru-baru ini, temuramah bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga merupakan pemimpin PKR mendakwa mereka tidak perlukan undi kaum India untuk kekalkan kuasa di Kedah. Betapa biadap dan sombongnya kenyataan yang dihamburkan oleh beliau kepada kaum India.

Ternyata sokongan yang diberikan oleh pengundi India selama ini kepada mereka hanya sia-sia belaka. Pengundi kaum India hanya diumpamakan seperti bahan pakai buang kepada mereka. Dilihat Pakatan Pembangkang semakin riak dan bongkak berbanding pemimpin BN. Kerap mengguris hati rakyat sejak mereka memegang tampuk kepimpinan di beberapa negeri.

Berbanding dengan kepimpinan kerajaan BN, mereka begitu merendah hati terhadap rakyat. Sikap PM yang begitu penyayang dan perihatin terhadap rakyat menambat hati rakyat. Cacat cela kepimpinannya disusuli dengan maaf dan penambahbaikkan.

Jangan terlalu angkuh kerana undi rakyat adalah penentu masa depan sesebuah parti politik . Oleh itu, rakyat seharusnya sedar bahawa pembangkang sedang mempergunakan undi anda untuk kepentingan kroni mereka memperjuang nasib pengkhianat negara yang bernama “Anwar Ibrahim”.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan