Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, April 26, 2012
'Bersih' yang 'Kotor' : Pembangkang semakin gila kuasa!
Perhimpunan Bersih yang diuar-uarkan akan diadakan lagi pada hari Sabtu ini, bakal disertai oleh parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas alasan mahukan satu sistem pilihan raya yang 'bersih'.
Pada hemat penulis perhimpunan Bersih ini hanya membuang masa, bahkan mengelirukan rakyat. Sekali gus pada masa sama menunjukkan kerakusan parti politik pembangkang yang gilakan kuasa politik untuk memerintah negara.
Disini diberikan lima sebab untuk menyokong pandangan ini:
1. Pertama, sikap pembangkang meragui kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah ibarat menjilat ludah sendiri. Ini kerana Kelantan masih diperintah Pas sejak 1990, Pas menawan Terengganu (PRU 1999) dan pembangkang menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) di Parlimen pada PRU 2008. Selain itu pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tahu betapa hebatnya kuasa undi mereka di dalam proses pilihan raya. Kenapa perlu diragui SPR sedangkan SPR adalah satu badan penyelaras pilihan raya?
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Apa lagi yang parti pembangkang mahukan? Rakyat Malaysia bukan bodoh macam lembu yang boleh ditarik hidung ke sana ke sini oleh pembangkang.
2. Kedua, proses pendaftaran pengundi dari dahulu hingga sekarang sentiasa dipertikaikan oleh pembangkang. Namun pada masa yang sama dalam setiap keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun Parlimen ada juga calon pembangkang menang dengan majoriti di bawah 100 undi. Apa lagi pembangkang mahu? Tak bersih lagikah pilihan raya di Malaysia?
3. Ketiga, jika sistem pilihan raya di Malaysia ini diragui kebersihannya, bagaimanakah pula Kelantan masih diperintah oleh Pas sejak 1990? Pada masa yang sama dari tahun 1990 sehingga sekarang sistem pilihan raya di Malaysia menjalani pelbagai proses penambahbaikan oleh SPR, menjadikan proses pilihan raya di Malaysia lebih mudah dan lebih telus. Kalau betul SPR kuda tunggangan BN sudah semestinya Kelantan berjaya ditawan kembali oleh BN. Namun perkara ini tidak berlaku. Apa lagi pembangkang mahu?
4. Keempat, pelbagai siri Pilihan raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 masih menunjukkan keputusan-keputusan yang juga berpihak kepada pembangkang. Ada yang berpandangan PRK memberikan kelebihan kepada parti memerintah iaitu BN, namun ia tidak berlaku. Apa yang tidak bersihnya PRK di Malaysia?
5. Kelima, rakyat Malaysia sudah semakin mahir menggunakan kuasa undi untuk membuat keputusan siapa yang akan mereka undi di dalam pilihan raya. Keputusan PRU selepas PRU 1990 menunjukkan bagaimana transformasi politik berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Mereka semakin hari semakin bijak, matang di dalam menilai yang mana kaca dan yang mana intan memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.
Kesimpulannya perhimpunan Bersih ini hanya untuk orang-orang yang taksub dengan parti politik pembangkang sahaja. Biarkan mereka yang hanyut dalam lautan idealisme retorik pembangkang sahaja yang hadir di dalam perhimpunan ini. Membuang masa sahaja bahkan membingungkan rakyat.
Proses pemilihan kepimpinan dalam parti pembangkang pun dipertikaikan oleh ahli-ahlinya, terutama yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Inikan pula mahu bercakap mengenai bersihnya pilihan raya Malaysia.
Cermin dulu parti sendiri sebelum mengata orang lain. Lebih baik kita luangkan masa yang lebih berfaedah dengan keluarga tercinta atau menghadiri aktiviti masyarakat setempat di kawasan kita daripada menyertai perhimpunan sebegini.
Rakyat Malaysia bukan bodoh. Parti pembangkang jangan terlampau yakin bahawa mereka akan berjaya menawan Putrajaya. Jangan terkejut kalau pembangkang kalah teruk di dalam PRU akan datang.
Semua orang boleh bercakap dan berjanji tetapi bukan semua boleh mengotakan janjinya. Hentikanlah retorik dan janji-janji palsu wahai parti pembangkang! Kami tak mahu parti yang menanam tebu di bibir memerintah Malaysia!
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan