Isnin, April 09, 2012

'Banyak Masalah’ adalah alasan MB Khalid Sampah tolak Alam Flora!


Dikatakan kerajaan Negeri Selangor tidak mahu menyertai skim penswastaan perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat menerusi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) bermula tahun lalu adalah kerana banyak masalah yang ditimbulkan oleh syarikat berkenaan.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, hal itu kerana masalah kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di negeri ini tidak dapat diselesaikan oleh Alam Flora. Beliau berkata, Alam Flora juga bersikap lepas tangan dan ‘serah tugas’ kepada orang lain dalam menangani sesuatu masalah sampah di sesuatu tempat.

“Selalunya jika terdapat sesuatu masalah atau aduan dari masyarakat mereka melengahkannya dan bersikap lepas tangan serta hanya pandai memberikan alasan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Zon Bersih Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Sunway Giza.

Hadir sama, Datu Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, MP Subang, R.Sivarasa dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Abdul Khalid berkata, berdasarkan rekod MBPJ, hampir satu pertiga pendapatan yang dikutip dari cukai pintu iaitu sebanyak RM570 juta dibayar kepada Alam Flora dalam tempoh setahun.

“Tetapi masalah pembersihan dan perlupusan sampah masih tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Tambahnya, daripada jumlah itu juga 30 peratus pembayaran akan diserahkan kepada koordinator Alam Flora, ‘kumpulan goyang kaki’ dan pekerjanya.

“Mereka cuma mendapatkan kontrak kemudian sub kepada orang lain, mereka tidak ada pengalaman dalam bidang ini. Kita tidak mahu orang yang tidak pandai melakukan kerja tapi hanya pandai melobi orang.

“Kerajaan negeri sudah melantik kontraktor yang baru, Alam Flora dulu tidak ada pengalaman sebab itu kita takut, kita tidak mahu lagi orang yang dapat kontrak tetapi tidak pandai buat kerja, itu bukan benda yang baik untuk negara,” katanya.

Jelasnya, setakat ini, hanya empat hingga lima sahaja panggilan aduan dalam masa sehari berbanding 200 panggilan sebelum ini.

Khalid seperti biasa apabila tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, maka beliau lebih suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain! Cuba menyalahkan Alam Flora tidak ada pengalaman, padahal Alam Flora sudah berapa lama bertapak sebelum Khalid menjadi Menteri Besar!

Selepas menolak Alam Flora, bagaimana pula dengan kontraktor-kontaktor baru yang dilantik sekarang! Adakah mereka lebih ‘berpengalaman’ jika dibandingkan dengan perkhidmatan Alam Flora sebelum ini!

Benarkah seperti apa yang dikatakan oleh Khalid bahawa di MBPJ hanya menerima empat hingga lima sahaja pangilan berbanding 200 panggilan sebelum ini! Bagaimana pula dengan PBT-PBT yang lain. Adakah mereka sudah dapat menyelesaikan masalah sampah dikawasan mereka!

Sedarkah MB Khalid bahawa masalah sampah sudah begitu ketara sekarang diseluruh negeri Selangor. Jangan ingat masalah sampah selesai di MBPJ sahaja, tetapi menutup sebelah mata ditempat-tempat lain. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah sudah diberi oleh pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. Akhirnya yang ketara sekali, ini semua adalah alasan untuk ‘samun kontrak sampah’ dari Alam Flora.

Mula-mula Alam Flora dikenakan dengan bermacam-macam tekanan dan tindakan oleh kerajaan negeri melalui setiap pihak berkuasa PBT. Mereka mengenakan margin keuntungan yang sedikit untuk kerja-kerja pembuangan sisa atau sampah!

Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, dan akhirnya ‘termuntahlah’ kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor.

Mereka mengagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagaimana mengagih-agihkan harta tawanan perang sebagai ‘hadiah’diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat. Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin.

Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM. Rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya.

Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor. Sebenarnya segala tuduhan Khalid sebelum ini terhadap Alam Flora, kini kembali semula kepada beliau!

Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan. Itu tidak termasuk komisyen lagi?

Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.

Akhirnya ini semua adalah membazir dan pelanggan iaitu rakyat tidak mendapat perkhidmatan apa yang sepatutnya mereka dapat. Masih daif atau ketinggalan! Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selangor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Mana tahu tiba-tiba boleh cukup pula?

Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebenar tidak terlibat dalam perkhidmatan pembuangan sisa sampah?

Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.

Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai. Sebenarnya ramainya kroni yang sudah menjadi broker sampah di Selangor sekarang!

Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.

Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau rajin, turunlah saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri keadaannya.

Ianya memakan masa bertahun-tahun untuk anda dapat menikmati perkhidmatan yang tidak bermasaalah. Jika dahulu tiada masalah, sekarang sudah menjadi isu yang serius! Sudah tiba masanya untuk rakyat negeri Selangor untuk memikirkan samada selepas ini mahu mengekalkan kerajaan yang sedia ada!

Persoalanya disini adalah benarkah Alam Flora banyak masalah ataupun MB Khalid dan kroni-kroni sendiri yang bermasalah?


























Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan