Rabu, Mac 21, 2012

Khalid Serabai Nak Ambil Peguam Dari London Untuk Selesaikan Kes Air Selangor...?


Orang Melayu kata bodoh sombong. Tidak mahu mengaku bodoh dan tidak tahu mentadbir sebuah negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Serabai mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya akan mendapatkan khidmat guaman dari sebuah syarikat perundangan dari London untuk mengatasi kemelut konsesi bekalan air di Selangor.

Menurut kenyataan Khalid kepada media, kerajaan negeri Selangor sudah buntu dan tak tahu nak buat macamana lagi berkenaan isu air setelah gagal mendapatkan hak mengendalikan bekalan air di negeri itu melalui pelbagai cara selama ini.


Mungkin Khalid fikir, dengan mendapatkan khidmat nasihat dari syarikat guaman bertaraf antarabangsa di London itu maka kerajaan bonekanya itu akan berjaya mengendalikan khidmat bekalan air sendiri? Apa yang firma guaman dari London itu boleh lakukan sekiranya segala terma dan perjanjian bekalan air tidak memihak kepada mereka?

Tindakan Khalid mengupah firma guaman tersebut jelas merupakan satu tindakan yang bodoh kerana sudah tentu ia membabitkan kos yang tinggi untuk dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor. Itu boleh diklasifikasikan sebagai salah satu cara membazirkan wang rakyat Selangor. Perlukah rakyat Selangor membenarkan wang mereka digunakan sewenang-wenang sebegitu rupa oleh Khalid.

Selain itu, tindakan Khalid itu juga menimbulkan persoalan sama ada benarkah upah tersebut adalah “genuine” untuk kos guaman bagi menangani kes bekalan air Selangor atau ianya salah satu cara bagaimana Pakatan Haram Selangor ‘mencari dana untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)’ nanti? Apakah ada udang disebalik batu atau sambil menyelam sambil minum air disebalik tindakan kerajaan Selangor beria-ria mahu mengupah peguam luar untuk masuk campur!

Mungkin kita masih ingat lagi ketika Khalid mula menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau mahu menggunakan wang zakat untuk pembangunan negeri Selangor selepas mendapat nasihat dari jabatan syariah sebuah universiti terkenal diluar negara. Mujurlah baginda Tuanku Sultan Selangor menegur perbuatan Khalid dan bertitah yang wang zakat hanya boleh digunakan untuk orang Islam sahaja. Terkedu Khalid buat seketika!


Sebagaimana yang kita maklum, Selangor dijangka menghadapi krisis bekalan air bersih yang kritikal pada tahun 2014. Sepatutnya, Khalid perlu memberikan kerjasama dengan kerajaan Pusat untuk menangani perkara ini.

Khalid dilihat cuba untuk 'cari gaduh' dengan kerajaan Pusat dan menuduh kerajaan Pusat tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Negeri. Apakah tuduhan itu berasas? Kerajaan Pusat yang prihatin dan memikirkan tentang kebajikan rakyat Selangor dan Lembah Kelang telah meluluskan peruntukan sebanyak berbilion ringgit untuk projek pembinaan loji di Hulu Langat.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa kerajaan negeri tak mahu luluskan pula pembinaan loji tersebut? Kenapa Khalid sanggup sabotaj pembinaan loji air yang perlu dibina demi kepentingan rakyat Selangor dan Lembah Kelang? Nampaknya Khalid cuba menyusahkan rakyat dengan isu yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudah!

Dengan meluluskan pembinaan loji tersebut, ia dijangka dapat mengurangkan kos penyelenggaraan bekalan air bersih di Selangor. Namun tindakan Khalid itu nyata tidak profesional dan memburukkan lagi keadaan.

Akibatnya, mungkin nanti rakyat Selangor terpaksa bergantung harap pada bekalan air bersih dari Pahang dan harga bekalan dari negeri jiran itu pula mungkin perlu dibayar dengan harga yang tinggi, bersesuaian dengan kos yang dilaburkan.

Dan ketika itu mungkin rakyat Selangor terpaksa dibebankan dengan kenaikan tarif air yang tinggi pula. Siapa yang rugi? Khalid dan konco-konconya sudah tentu kaya dan mampu untuk membayarnya, tapi bagaimana pula dengan rakyat marhain seperti kami?


Salah satu kebodohan Khalid yang ketara ialah memberikan subsidi air sebanyak 20 meter padu air secara percuma di mana kerajaan negeri perlu membayar ratusan juta kepada Syabas begitu saja. Kononnya dia mahu rakyat menikmati air percuma dan membuktikan kerajaan pimpinannya ‘prihatin’.

Mungkin bagi Khalid 'biarlah papa asalkan bergaya' dan yang penting mesti mendapat undi politik dari rakyat! Agak-agaknya berapa banyak yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri untuk 'air free ini' kepada Syabas selama empat tahun ini?

Jika dilihat skim tersebut hanya berfungsi untuk jangkamasa pendek sahaja, tetapi selama mana Kerajaan Negeri dan KDEB memiliki dana yang mewah. Adakah dengan cara Khalid ‘merompak’ wang kerajaan negeri, KDEB yang berhutang ratusan juta tanpa sebarang keuntungan dan kos penyelengaraan bekalan air bersih yang menelan kos berbilion ringgit, mampukah kewangan negeri bertahan?

Inilah sikap bodoh sombong pemimpin Pakatan Rakyat ( Haram kerana masih belum berdaftar )! Apabila diberi nasihat tidak pula mahu mendengar dan sekarang kalut pula nak mengupah firma dari London untuk memberi nasihat di sini! Bawalah peguam dari ceruk dunia mana sekalipun, kalau Allah tak izin, takkan selesai juga masalah tersebut! Wallahuallam.

Boleh baca di sini juga!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan