Jumaat, Februari 24, 2012

Selagi UMNO-BN memerintah, selagi itu Felda dibela!


Pelik juga apabila melihat gelagat PAS melalui ANAK ( Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ) mengagalkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) menyertai cadangan penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH)!

Adakah warga Felda sedar semasa Konvensyen Pakatan Rakyat 2010, ketiga-tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat mengumumkan bahawa jika mereka berjaya memerintah negara ini dalam tempoh 100 hari, 10 pelan polisi subsidi untuk kepentingan rakyat akan dilaksanakan. Antaranya termasuklah ‘ Menghapuskan Kawasan Felda’? Sila klik di sini.

Jadi apa motif sebenar PAS melalui ANAK menghalang usaha penyenaraian FGVD, padahal mereka sendiri bersekongkol bersama-sama PKR dan DAP nak menghapuskan kawasan Felda jika berjaya memerintah negara! Apakah mereka cuba bermain wayang bagi menutup ‘keterlanjuran mereka bersekongkol’ dengan PKR dan DAP bagi menghapuskan entiti hak bumiputra Melayu!

Persoalan yang harus dijawap oleh PAS melalui ANAK adalah jika pemimpin dah bersetuju nak hapuskan Felda, mengapa ANAK cuba nak mempertahankan? Apakah muslihat sebenar disebalik tindakan mereka!

Menurut pakatan pembangkang, pelan yang dikemukakan adalah telus, lengkap dan berdasarkan demokrasi. Polisi Adil Untuk Rakyat Malaysia Dan Layanan Sama Rata! Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, rakyat Malaysia yang sebenar adalah mereka yang mahukan polisi yang adil dan sama rata serta semua dilayan sama rata.

Semalam Felda kecewa dengan tindakan lapan peneroka yang juga ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) menggagalkan koperasi itu menyertai cadangan penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam Felda Global Ventures Holdings(FGVH).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tindakan mereka menghalang KPF memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd. kepada FGVH menerusi injunksi mahkamah menyebabkan Lembaga KPF membatalkan mesyuarat agung luar biasanya (EGM).

Apa yang dikesali, katanya, tindakan lapan peneroka terbabit sebenarnya dipengaruhi oleh motif politik pembangkang yang didalangi Pas melalui Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Namun, kata beliau, tindakan itu hanya merugikan peneroka dan FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa Malaysia Mei atau Jun depan.

"Kami sangat hampa atas usaha berulang mereka untuk melaksanakan hak minoriti yang jelas sekali dipengaruhi pembangkang yang bertentangan dengan usaha keras majoriti ahli KPF, seterusnya menghalang ahli merebut peluang ini," katanya pada sidang akhbar khas mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Jadi terpulanglah kepada warga Felda untuk memikirkan dan membuat keputusan samada untuk terus bersama-sama kerajaan bergerak maju bagi membangunkan dan memperkenalkan Felda kemata dunia atau Felda hanya tinggal nama sahaja jika mahu berpihak kepada Pakatan Rakyat!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan