Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Februari 28, 2012
Adakah PAS tidak percaya calon sendiri!
Kenyataan pimpinan PAS untuk melaksanakan dasar bai'ah yang jika dilanggar akan celaka dunia dan akhirat merupakan satu langkah terdesak kepimpinan parti itu untuk menghalang calon-calon yang menenangi pilihan raya menyertai parti lain.
Sikap kepemimpinan PAS penuh dengan prejudis dan tidak yakin dengan ahli-ahlinya boleh menang dalam pilihan raya akan datang menyebabkan PAS mengenakan syarat yang paling bercanggah dengan kaca mata Islam termasuk mengenakan peraturan bersumpah dan bai'ah yang mengugat keharmonian kedamaian kehidupan dan rumah tangga bagi mereka yang berkeluarga.
Dasar PAS ini mencerminkan sebuah organisasi politik yang mempunyai para pengikut yang longgar taat setia kepada parti berikutan Islam diperjuangkan oleh PAS tidak mematuhi lunas-lunas Islam seperti bersekongkol dengan golongan anti-Islam dan menjadikan Islam sebagai platform untuk meraih kuasa politik.
Lihat sikap PAS yang membina kuasa politiknya lebih 20 tahun di Kelantan tapi gagal melaksanakan dasar Islam dan juga pembangunan modal insan dan merupakan negeri yang penduduknya paling ramai menghidap penyakit HIV dan Aids.
Fenomena itu memberi gambaran bahawa pelaksanaan amalan kehidupan berakhlak di kalangan rakyatnya amat diabaikan malah kejadian seksual yang membawa kepada kejadian HIV dan Aids tertinggi merupakan malapetaka yang amat menakutkan.
Selama lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan ia masih bercita-cita untuk terus berkuasa hanya semata-mata untuk terus bertapak tanpa sebarang perancangan untuk menyumbang kepada perubahan dalam semua aspek. Pengumuman pelbagai program dan yang terbaru projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai dalam jumlah peruntukan yang besar dan sebelum ini mengumumkan akan melaksanakan projek Bandar Pelabuhan di Kuala Krai dan Pangkalan Kubur, Tumpat pula hanyalah satu gimik politik murahan yang penuh dengan retorik.
Kita melihat amat ketara kegagalan PAS untuk menyumbang kepada transformasi kepada rakyat dan masa depan Kelantan yang kini pengaliran wang dalam ekonomi negeri itu banyak bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dalam jumlah beratus juta ringgit sebulan dan sumber kewangan dari anak-anak negeri ini yang bekerja di luar Kelantan.
Mereka turut menyumbang kewangan kepada keluarga di kampung menerusi bank-bank yang dipercayai bernilai jutaan ringgit dari semasa ke semasa yang mendorong aktiviti ekonomi berkembang sedangkan sumber kewangan dalam negeri amat daif yang menyaksikan jumlah pengangguran yang tinggi.
Dalam tempoh lebih 20 tahun kerajaan negeri diperintah PAS kita dapati sumber pendapatan kerajaan negeri mengalami defisit yang berterusan sedangkan hasil terus berkurangan, manakala kos perbelanjaan dan pengurusan terus melonjak dan bila perkara ini berlaku tidak ada senjata lain yang akan digunakan oleh PAS selain terpaksa menyerang kepemimpinan Kerajaan Persekutuan yang tidak mahu membayar royalti petroleum dan sebagainya.
Sudah banyak harta-harta hasil 'tawanan' perang selepas pilihan raya dalam tempoh lebih 20 tahun memerintah Kelantan telah jatuh ke tangan pihak-pihak lain.
Semasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan sebelum jatuh ke tangan PAS pada 1990 program pembangunan dan infrastruktur berjalan lancar termasuk pembinaan kompleks Kota Darulnaim yang tersergam indah di pinggir bandar Kota Bharu yang sekarang sebagai markas pentadbiran kerajaan pimpinan PAS. Semasa bangunan itu mula dibangunkan oleh Kerajaan BN, PAS, sebelum dapat berkuasa, mendakwa bangunan itu merupakan kuil Buddha.
Tetapi sindiran yang tidak Islamik itu terhenti apabila PAS berjaya mentadbir Kelantan yang menjadikan jentera kerajaan negeri terus kekal di bangunan yang dilabelkan sebagai kuil Buddha dan politik PAS tidak akan kukuh dan kuat tanpa bermain dengan ungkapan yang buruk dan murahan.
Aduhai rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain bangunlah secara kolektif dan bertanggungjawab kepada bangsa dan Islam. Marilah sama-sama memberi laluan kepada sebuah kerajaan yang mampu memikul amanah rakyat bagi membina sebuah kerajaan yang tidak berlandaskan kepada penipuan dan retorik. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan