Sabtu, Ogos 20, 2011

Marina menongkah arus, Tun memendam rasa..!

Mungkin ramai yang mempertikaikan mengapa Datin Paduka Marina Tun Mahathir bersama-sama menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0!

Sikap Marina ini sebenarnya tidak menghairankan penulis kerana sebelum ini juga beliau sudah bersama dengan Ambiga. Mungkin kita juga tertanya-tanya mengapa Marina menyokong pergerakan haram BERSIH 2.0. Jika kita masih ingat semasa Ambiga menubuhkan IRC yang kemudiannya menjadi IFC, banyak NGO dan pertubuhan Islam yang tertarik dengan IFC. Namun setelah terbukti Ambiga menyalahgunakan IFC untuk merosakkan akidah umat Islam, kebanyakkan NGO dan pertubuhan Islam tadi menarik diri.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa PAS kelihatan masih berdiri kukuh dibelakang IFC yang diketuai oleh Ambiga ini dan hubungan mereka berterusan sehingga bersama-sama menubuhkan pertubuhan haram BERSIH 2.0! Malah Sister In Islam (SIS) juga terus memberi sokongan kepada IFC dan BERSIH 2.0 yang mana Marina adalah salah seorang aktivisnya!

Hati ayah mana yang tidak terguris dengan sikap anak sulungnya yang menongkah arus. Mungkin Tun Mahathir sedih dan kecewa dengan sikap Marina dan mungkin sebab itulah Tun lebih suka mendiamkan diri memendam rasa.

Dan lebih mengecewakan lagi apabila Marina mengeluarkan kenyataan yang membidas BN kepada media. Kenyataannya dipetik dari portal Malaysiakini yang menyebut, " BN rasa kerajaannya terancam "!

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Seperti mana yang kita ketahui iaitu pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya. Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Cuba bayangkan perasaan Tun apabila membaca kenyataan Marina ini! Tidakkah Tun akan berasa sedih dan kecewa!

Penulis masih ingat ketika isu sambutan Hari Valentine pada tahun 2004. Dalam sepucuk surat yang disiarkan di dalam akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Isu Sambutan Hari Valentine: Marina Mahathir Perlekeh Mufti Negeri Perak (Artikel asal 'Love’s pebbly path' tulisan Marina Mahathir dalam bahasa Inggeris disiarkan dalam 'musings' - The Star 18.02.2004)

Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi sekeping kad kepada suami saya untuk meluahkan perasaan cinta saya. Malam sebelum itu, suami saya membelikan bunga manakala anak saya telah membuat kad istimewa untuk kami berdua. Mengikut seorang pegawai agama negara ini (Mufti Perak - dalam kes ini), kami sekeluarga telah murtad. Kami tak kisah.

Anda boleh meluahkan cinta pada suami anda pada bila-bila masa dalam setahun tetapi jika anda berbuat demikian pada hari kekasih, anda akan jadi murtad. Mudahnya! Saya berasa simpati terhadap mereka yang pasangannya hanya teringat untuk meluahkan perasaan cinta mereka apabila mereka terlihat promosi berbentuk hati merah yang terpampang di pasaraya. Bayangkan kita boleh dihukum dengan berat hanya kerana hendak menunjukkan penghargaan dan cinta sekali dalam setahun.

Apa dah jadi dengan orang-orang alim/ahli agama kita? Mereka hanya tahu menyenaraikan dengan panjang perkara-perkara yang org Islam tidak boleh lakukan. Adakah mereka berpendapat bahawa yang terbaik di antara kita adalah mereka yang tidak berfikiran waras?

Tahun lepas saya menyertai persidangan pemimpin-pemimpin agama yang akhirnya menjadi satu kontroversi. Apabila perselisihan faham itu berakhir ( sekurang-kurangnya untuk kebanyakan dari kami ) seorang daripada pemimpin agama dari Afrika yang berjubah dan berserban ( berlapis-lapis ) pergi ke wanita yang di kontroversikan tadi.

Dia bersalam dan meminta maaf kepada wanita itu kerana menyakiti perasaannya dan kemudian memeluknya. Orang dari Malaysia yang melihat kejadian ini dengan mata terbeliak telah terperanjat dan berkata , “ Tapi, tapi Mufti! Bagaimana tuan boleh peluk wanita itu?” Jawab mufti itu pula, “Kenapa tidak? Tiada nafsu terlibat!”

Pada masa itu kami yang hadir telah mempelajari sesuatu. Tidak salah untuk menunjukkan perasaan secara fizikal kepada seseorang yang berlainan jantina jika niat kita baik.

Ketika saya berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Sedunia (FES). Untuk kebanyakkan orang, FES ialah forum untuk perniagaan dan politik tetapi memandangkan saya memilih untuk menyertai diskusi kesihatan awam dan keagamaan, saya telah terlibat dengan forum yang berbeza daripada apa yang dipaparkan di dalam akhbar.

Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang sangat memberansangkan dari pelbagai negara yang sungguh komited terhadap dialog kepercayaan dan keamanan. Ini termasuklah Imam Feisal Abdul Rauf dari Masjid Al-Farah di Bandar New York, Rabbi David Rosen dan isteri dari Komiti Amerika-Yahudi di Israel, paderi wanita dari German, dan lain-lain dari Britain dan Afrika Selatan.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengenalkan diri saya kepada Mufti Besar Bosnia, Mustafa Ceric. Saya tahu beliau pernah tinggal di Malaysia. Sejurus selepas beliau tahu siapa saya, beliau terus memeluk saya. Agak memeranjatkan tapi saya cukup selesa. Beliau adalah seorang yang sangat alim dan sangat terhutang budi kepada Malaysia serta rakyatnya sehinggakan beliau bertindak demikian ( memeluk saya ) kerana terlalu gembira apabila berjumpa seseorang dari negara ini. Saya telah pelajari sesuatu yang baru lagi.

Bukanlah saya menghendaki supaya semua ulamak yang berjumpa saya untuk memeluk saya, selisih malaikat. Tetapi berdasarkan pengalaman saya bersama dengan ulamak luar negara mengajar saya erti bertimbang rasa.

Adakah menyambut hari kekasih, tentunya salah satu sambutan yang amat komersil, sungguh hina hinggakan sesiapa yang menyambutnya boleh jadi murtad? Apa hubungannya dari segi agama yang sesiapa pun hendak mengaitkannya selain dari taksub kepada tuhan consumerism ( hak pengguna ). Jadi kenapa bertindak keterlaluan?

Sememangnya ini boleh diterima oleh orang yang tidak membeli bunga dan coklat untuk satu hari dalam setahun. Amatlah mudah untuk meracuni fikiran minda orang-orang yang tidak tinggal di bandar dan merasakan hari kekasih adalah sesuatu yang asing. Sehinggakan mereka mengatakan sikap menunjukkan kasih sayang ini dijadikan sebagai alasan untuk berbuat dosa dan menjatuhkan umat. Ini adalah untuk memecah-belahkan kaum dengan alasan yang paling keji, satu cara untuk menyenangkan hati mereka yang tidak berkemampuan kerana mereka yang mempunyai wang untuk tujuan ini sepatutnya masuk neraka.

Satu cara yang aneh untuk menyenangkan hati manusia, dengan menggalakkan kebencian. Adakah suatu yang unik di negara kita? Di Davos, saya menyaksikan Kristian dan Yahudi menyebelahi hak orang Islam Perancis untuk memakai apa yang mereka mahu, termasuklah tudung kepala. Kita sentiasa bersatu tanpa mengira agama kerana kita percaya dengan hak asasi dan hak manusia untuk memilih cara hidup mereka.

Di sini, kita terpaksa menghadapi dengan orang yang asyik mencuba untuk mengasingkan mereka yang tidak setara dengan taraf mereka yang rendah.

Patutkah kita pedulikan orang-orang ini? Tidak, mereka boleh menjahanamkan perpaduan umat. Kita hendaklah sering menegur mereka kerana tindakan yang bukan-bukan. Kita hendaklah selalu menyoal mereka. Jika orang-orang ini berpengetahuan tinggi sepatutnya mereka tidak takut untuk memberi penerangan.

Ahli-ali agama ini tidak patut melepaskan diri dengan mengatakan kita tidak mengambil tahu. Jika benar kami hendaklah diberitahu perkara yang sebenar. Apa sebenarnya dosa untuk kita meluahkan perasaan cinta kepada pasangan kita? Walau apa pun, ahli agama patutlah mengambil kesempatan untuk memberitahu pasangan yang tidak bertanggungjawab untuk menunjukkan penghargaan mereka pada hari tersebut. Itulah yang terbaik.
Kata - Marina Mahathir!

Dari apa yang dituliskan ini kita mungkin dapat menilai siapa Marina dan mengapa beliau berjuang sebagai aktivis dalam SIS. Mengapa beliau begitu rapat berkawan dengan Ambiga (IFC) dan mengapa beliau menyokong gerakan haram BERSIH 2.0!

Penulis memohon maaf kepada ayahanda Tun Mahathir dan keluarga jika apa yang disampaikan disini mengguris hati dan perasaan Tun sekeluarga. Bukan apa, tapi sekadar melahirkan rasa kekecewaan kami terhadap apa yang telah dilakukan oleh Marina selama ini terhadap Tun juga rakyat Malaysia. Mungkin juga kita mengharapkan cerah sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Kita mengharapkan pagar, rupanya pagar makan padi.

Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,

YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

Datuk Paduka keturunan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama-sama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.

Sekadar ingat mengingati. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan