Khamis, Ogos 25, 2011

Lagak Anwar semasa pembelaan - Didakwa hina mahkamah, jatuhkan reputasi institusi kehakiman!



















Tidak tahu apa yang difikirkan oleh Anwar ketika membaca kenyataan pembelaan dimahkamah semalam! Adakah Anwar pergi ke mahkamah untuk membela diri ataupun hendak memberi 'tazkirah' kepada Tuan Hakim dan juga umum yang datang untuk mendengar.

Dilihat Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu lama apabila mendakwa kes liwat yang sedang dihadapinya kini adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara, dakwaan yang dibuatnya pada 1998. Beliau sebenarnya mahu mencari kebenaran berhubung kes liwatnya tetapi menggunakan proses mahkamah sebagai medan kempen politik.

Anwar Ibrahim juga disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.

Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.

"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

Anwar pasti akan terus mencari helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya supaya kempen politiknya berterusan.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan