Khamis, April 21, 2011

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!

PRN SARAWAK BERI KESAN DI SEMENANJUNG

Akhbar Sin Chew Daily pada 18 April 2011 menerusi tulisan, Goh Kien Nan memaparkan artikel mengenai tindakan majoriti pengundi Cina yang menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10.

Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘PRN Sarawak kelihatan orang Cina melawan arus’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.

Baru-baru ini keputusan PRN Sarawak jelas menunjukkan orang Cina sudah berpatah arang meninggalkan SUPP. Walaupun ia parti Cina pertama didaftarkan di negeri itu dan telah banyak menabur jasa, tetapi kaum itu tetap menolaknya.

SUPP tetap mengalami kekalahan walaupun parti itu telah banyak membuat perubahan dengan menampilkan wajah baru dalam kepimpinan dan keahlian parti. Parti itu juga telah meningkatkan kemampuan propaganda dalam laman blognya.

Sebenarnya, masyarakat Cina kecewa kerana slogan kempen SUPP masih di takuk lama iaitu untuk mengekalkan orang Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengundi di kawasan bandar sudah tidak makan dengan cakap-cakap seperti ini, malah mereka telah bertekad untuk membuat perubahan.

Ini sama seperti perasaan kaum Cina di Semenanjung yang kecewa kerana merasakan jasa masyarakat itu dalam membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan. Akhirnya kekecewaan itu tidak boleh dikawal lagi dan mereka bertekad menolak MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Berikutan kekalahan calon-calon SUPP, timbul persoalan ke mana hala tuju parti berkenaan selepas ini. Adakah masih ada lagi hari esok untuk parti itu? Kita boleh ramalkan ranking parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak akan turun daripada kedudukan kedua terbesar menjadi seperti parti nyamuk.

Bagaimanapun, dari sudut positif kita melihat SUPP tidak kekurangan kumpulan pelapis yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Cuma sebelum ini, mereka tidak dapat ditonjolkan berikutan perubahan dalaman yang dibuat parti itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Dalam pada itu, kita juga ingin tahu bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

Ia bukan sahaja tidak reda, malah nampaknya sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang.

MCA juga perlu ingat isu yang selalu dimainkan parti itu seperti ‘orang Cina tangani orang Cina’ dan ‘negara Islam Pas’ tidak lagi dapat menarik sokongan masyarakat Cina.

Jika MCA mahu sokongan pengundi, parti itu perlu mengemukakan rancangan, dasar dan pandangan baru yang boleh menarik minat mereka terutama generasi muda.-UM.

Komen : Terang lagi jelas sudah nampak apa yang sebenarnya kaum Cina mahukan! Mereka mahu menguasai segala-galanya dari ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Selepas diterima menjadi warganegara lebih 50 tahun yang lalu melalui 'Jus Soli', mereka sudah dapat apa yang mereka inginkan. Hanya satu sahaja lagi impian mereka sejak merdeka iaitu KUASA. Kuasa untuk memerintah.

Mereka mengambil peluang ini apabila melihat orang Melayu sudah berpecah kepada 3 kumpulan besar. Satu UMNO dan dua lagi memihak kepada pembangkang. Maka tidak hairanlah DAP memainkan sentimen KAUM untuk menarik pengundi-pengundi Cina menyokong mereka apabila 2 kumpulan besar orang Melayu sudahpun menjadi 'kawan karib' mereka dan tidak mustahil apa yang mereka laung-laungkan selama ini iaitu Malaysian Malaysia bakal menjadi kenyataan jika orang Melayu masih terus berpecah!

Sanggupkah kita melihat anak cucu kita nanti merempat ditanahair mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

  1. hidupkan gagasan 1 melayu, 1 bumi,,

    BalasPadam
  2. salam,

    saya amat setuju dengan pandangan saudara mengenai isu ini. masalahnya sejauh mana orang melayu faham fenomena tersebut? bintang tiga kembali lagi dalam wajah demokrasi.

    melayu semakin tertipu dengan murid zionis ini dan tidak mustahil akan terjadi trajedi Pak Kadok. Menang sorak kampung tergadai.

    kerana terlalu bencikan umno, melayu sedia serahkan negara kepada cina (?)...

    anuar? ahhh sudah terang lagi bersuluh! sekarang menjadi alat DAP semata. PAS? malangnya mereka turut kelabu mata!.. sudah tidak dapat bezakan antara yang asli dan palsu.

    umno? masih dengan lagu dan irama lama, memusuhi melayu dengan mendendangkan fitnah! selagi umno tidak kembali kepada kejujuran dan keikhlasan membela bangsa dan agama, melayu akan hilang segala2nya.

    beranikah umno mengenepikan pemimpinnya yang korup dan pentingkan diri serta kroni? jika tidak mampu melaksanakannya, janganlah berharap orang melayu akan kembali bersatu dibawah perjuangan mereka.

    dalam semua kisah Pak Kadok ini, melayu tetap akan rugi terutama jika masih lagi menagih simpati kaum cina yang rata2 memilih perjuangan bintang tiga.

    maaf dipinta jika terkasar kata. realitinya sememangnya menyakitkan...

    BalasPadam
  3. Ini sebenarnya bukanlah kali pertama undi Cina meninggalkan kita. Ia dah berlaku banyak kali. Setiap kali muncul bibir perpecahan besar di kalangan Melayu, ia akan berlaku. Sebaliknya apabila menghidu Melayu sedikit berpadu, mereka (sebahagian) mengembalikan undi itu seperti waktu sebelumnya.

    Pada hemat saya, semua ini ada kaitan dengan budaya hidup masyarakat itu sendiri. Mereka lahir, besar dan seterusnya menjadi tua dalam budaya mencari untung semata-mata. Ia sukar dihakis; berakar umbi. Pengalaman membesar bersama rakan-rakan Cina meyakinkan saya bahawa tanggapan itu tidak salah. Dan kegilaan terhadap keuntungan itulah menyebabkan mereka sentiasa berwatak oportunis.

    Waktu-waktu menjelang PRU ke-12 banyak memberi isyarat bahawa Melayu sedang berpecah teruk. Masalah dalaman UMNO, ditambah pula dengan racun yang ditabur oleh Anwar Ibrahim cukup untuk mendorong mereka 'test power'. Kesannya, BN kehilangan undi Cina yang besar dalam PRU itu.

    Saya cukup yakin kita boleh mendapat kembali undi itu kalau UMNO/Melayu kembali berpadu dan menjadi kuat. Dalam keadaan sekarang, mereka bukannya berani sangat pun. Sekadar mengacah-ngacah.

    Masalahnya, mampukah kita memantapkan kembali posisi kita - sebagai Melayu yang ditolak tak rebah, ditumbuk tak goyang? Mampukah kita berpadu?

    Agak payah. Lebih-lebih lagi selagi ada jembelang-jembalang besar yang kuat menggelupur seperti Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
  4. Salam..

    Sejak selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu.

    Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.

    Kadang-kadang saya tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

    Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini.

    Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

    Suka saya ingatkan kepada kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.

    Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

    Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu.

    Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya.

    bersambung..

    BalasPadam
  5. sambungan..

    Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?

    Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!

    Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

    Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “tuan”.

    Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin suatu ketika dahulu:

    Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung’. Sama-samalah kita renungkan.

    Wallahuallam..

    BalasPadam
  6. Salam..

    Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali UMNO untuk mewakili kepentingan mereka. Kalau mengharapkan PAS mereka terlepas. Hanya sibuk berkuntau dengan serban leso mereka sahaja. Harapkan Keadilan mereka akan mati beragan sebab ia hanya ingin memulihkan Anwar ( Abang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ). Ini yang dijaja oleh isteri Anwar, Wan Azizah.

    Nampaknya PAS dan Keadilan lebih percaya kepada DAP untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dari UMNO hingga mereka sanggup menggugat kepimpinan UMNO yang banyak berjasa. Tapi majoriti orang Melayu tahu kilat dalam kilau mainan politik DAP dan mereka akan menghanyutkan PAS dan Keadilan seperti mana majoriti orang Melayu menghanyutkan DAP dalam beberapa pilihanraya yang lalu.

    Yang lebih penting ialah sikap ahli-ahli dan para penyokong UMNO lebih dari 2 juta orang itu. Mereka mesti memberi sokongan padu kepada semua calon UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan yang gemilang. Jangan sekali-kali menjadi gunting dalam lipatan atau talam bermuka dua. Jangan sekali-kali ada ahli UMNO sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan parti setelah menikmati rahmat Allah S.W.T dari perjuangan UMNO.

    Sekiranya seluruh ahli UMNO memainkan peranan mereka memenangkan semua calon parti, besar kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru di bumi bertuah ini. Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

    Salam perjuangan..

    BalasPadam