Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mac 08, 2011
Sudah 3 tahun memerintah - Kerajaan PKR Selangor masih belum penuhi janji pilihanraya!
Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.
Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.
Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.
Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menyambut ulang tahun ketiga pentadbirannya esok, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.
Seorang peniaga, Mohd. Redza Mohd. Karimun, 30, berkata, golongan belia di negeri termaju di negara ini seolah-olah terbiar tanpa program pembangunan yang berkesan.
“Semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), belia di negeri ini begitu `meriah' dengan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan termasuk kegiatan sukan dan rekreasi.
“Kita juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sering menjadikan BN sebagai kambing hitam dalam segala segi pentadbiran tanpa menyedari mereka sekarang sedang menerajui kerajaan dan bukan parti pembangkang,'' katanya di sini hari ini.
Nur Zaiful Alfidz Md. Noordin, 30, turut kesal apabila sehingga kini masih banyak janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum dikotakan termasuk menyediakan peluang kepada golongan muda memiliki rumah mampu milik.
“Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya.
Selain itu, Nur Zaiful Alfidz turut hairan kerana sejak pentadbiran kerajaan negeri diterajui pihak pembangkang, hotel-hotel bajet bertambah bagaikan cendawan tumbuh.
“Apa yang membimbangkan kita, hotel-hotel bajet tersebut menyediakan kadar harga penginapan mengikut jam. Ini sudah pasti mengundang pelbagai gejala negatif dalam kalangan remaja,” katanya.
Seorang peniaga, Saiful Ahmad, 24, berkata, sebenarnya tiada perubahan drastik dari segi pembangunan fizikal sepanjang tiga tahun ini kerana semua pembangunan sedia ada dilaksanakan semasa pemerintahan BN dahulu.
“Sepatutnya kerajaan negeri sekarang membawa masuk pelaburan yang benar-benar boleh merakyatkan ekonomi dan bukan sekadar tinggal sebagai manifesto,” katanya.
Eddie Idris, 27, pula berpendapat tempoh tiga tahun sebenarnya cukup untuk membuat penilaian terhadap kerajaan negeri sekarang dan sekiranya mereka gagal menterjemahkan segala manifesto pilihan raya umum lalu, ia pasti akan menghadapi krisis kepercayaan rakyat.
“Kita lihat sahaja prasarana seperti jalan raya di Selangor, adakah ia sempurna atau sebaliknya? Begitu juga kebersihan masih tidak dijaga.
“Sedangkan negeri ini menjadi tumpuan dan pintu masuk pelancong ke negara ini,” katanya.
Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.
Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..!
Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu.
Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.
Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan.
Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.
Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.
Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan