Rabu, Mac 16, 2011

Pertikai dana YKE: Faekah lebih kuah dari sudu!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dibidas kerana mempertikaikan sumbangan berjumlah kira-kira RM500,000 oleh Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dengan kerjasama UMNO kepada pelajar Selangor yang menuntut di Mesir.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, beliau kesal dengan kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin yang memperlekehkan kemampuan UMNO negeri dan YKE dalam menyediakan dana sebanyak itu demi kebajikan para pelajar yang memerlukan.

Malah beliau turut kesal dengan sikap Faekah yang seolah-seolah mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila meminta suruhanjaya itu 'tidak bersikap berat sebelah hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya'.

''Sebaliknya, kami mencabar Faekah terlebih dahulu membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti-bukti yang menyebabkan beliau ragu dengan dana yang diberikan khas kepada pelajar Selangor itu.

''Bagaimana dia terus membuat tuduhan SPRM double standard dan meragui dana YKE dan UMNO Selangor tanpa bukti. Saya nasihatkan beliau supaya membuat rujukan sebelum bercakap agar dia nampak lebih matang," katanya disini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Faekah semalam yang meminta SPRM menyiasat aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu bekerjasama dengan UMNO Selangor menghulurkan sumbangan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir pada Rabu lalu.

Dalam kenyataan itu, Faekah dilihat cuba memperlekehkan sumbangan yang dilakukan oleh UMNO dan YKE kepada para pelajar tersebut apabila membangkitkan dakwaan bahawa UMNO tidak melunaskan hutang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau juga mengeluarkan nada berbau 'ugutan' bahawa kerajaan negeri akan menyenaraikan semua hutang UMNO dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Ungku Salleh menjelaskan, UMNO Selangor tidak pernah lari daripada menjelaskan bil tuntutan daripada mana-mana PBT sejak 2008.

''Jika ada bil kita akan bayar. Kita bukan seperti kerajaan PKR yang sering membuat bayaran 'pendahuluan'," katanya sinis.

Malang sungguh MB Khalid mempunyai seorang Setpol yang rendah daya pemikirannya walaupun beliau dikatakan seorang peguam. Inilah dia perangai buruk kerajaan Pakatan Haram Selangor. Sudahlah nak menolong dikatakan tidak mampu, tetapi apabila orang lain nak menolong mereka merasa irihati pula. Banyak cakap pulak tu mengalahkan seorang "menteri".

Jika Faekah menpertikaikan sumber kewangan dana YKE, kemana hilangnya wang yang ditinggalkan oleh BN sebanyak RM84 juta didalam Yayasan Selangor semasa BN memerintah? Mengapa sehingga sekarang Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM14 juta? Kemana wang Yayasan Selangor telah dibelanjakan?

Nasihat buat Faekah Husin, jangan jadi macam ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Cakap berdegar-degar, tetapi bontot penuh dengan najis!

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan