Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Februari 21, 2011
MB Khalid panik : Salah guna wang rakyat, pelengkap penyelewengan PKR!
Dakwaan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu disifatkan sebagai pelengkap kepada skandal penyelewengan parti tersebut di Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar bawah) berkata, sebelum ini negeri itu telah pun dicemari dengan pelbagai kes salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan kepincangan pemilihan PKR di samping tindakan keluar beramai-ramai ahli parti itu.
“GAPS juga mempunyai bukti yang jelas mengenai penyelewengan ini dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam tempoh yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan PKR Selangor didakwa menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.
Jelas Hamidzun, pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.
Ujarnya, pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahnya, tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh MBI pada 25 hingga 29 November tahun lalu merupakan bukti jelas terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
Berikut adalah kenyataan penuh media :
Salahguna wang rakyat adalah pelengkap SKANDAL KONGRES PKR 2010
Penggunaan RM80,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu dan Lima Ratus Sahaja) wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR ke 7 2010 pada 26-28 November 2010 di Petaling Jaya merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor dibawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor sekarang bukan lagi dilakukan secara tersorok di malam hari seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor, malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan di siang hari. Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebagai sebuah NGO pemantau kerajaan pakatan Selangor amat kesal harta dan wang rakyat Selangor dirompak untuk membiayai penginapan perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PKR itu.
Khalid Ibrahim wajar membezakan peranan nya sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin parti. Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya harta milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati mengikut nafsu serakah mazmumah kepartian.
GAPS juga mempunyai bukti yang jelas mengenai rompakan harta rakyat disiang hari ini. GAPS akan membuat lapuran kepada pihak yang berkuasa dalam tempoh yang terdekat.
Salahguna kuasa ini juga merupakan pelengkap kepada SKANDAL KONGRES PKR 2010 yang sebelum ini di cemari dengan pelbagai salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan pemilihan paling kotor yang dipenuhi dengan adegan pergaduhan, baling kerusi, pengantungan cabang, perletakan jawatan pemimpin dan keluarnya ahli beramai-ramai dari parti itu.
Tidak ada cara lain untuk kerajaan pakatan Selangor keluar dari salah guna kuasa dan penyelewengan dan rasuah ini kecuali Menteri Besar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan atau membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menyerahkan mandat kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih bersih dan bertanggungjawab.
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Suara Politik
Taminsari
Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.
BalasPadamSelain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:
http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?
dan facebook Group:
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203
dan juga Twitter:
http://twitter.com/prkmalaysia
dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:
http://prkmsia.blogspot.com.
Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.
p/s: jangan lupa follow twitter, facebook, group dan blog kami.