Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Februari 08, 2011
Guru pengkhianat wajar letak jawatan!
Berdasarkan tindakan yang sudah diambil sebelum ini, dikatakan cara terbaik untuk menangani masalah guru yang menjadi tali barut pembangkang dan menentang kerajaan ialah memindahkan mereka ke sekolah lain. Namun, memindahkan guru berkenaan ke sekolah lain yang berdekatan atau dihantar ke beberapa negeri, kurang berkesan. Ia hanya boleh menyelesaikan masalah itu untuk jangka pendek. Ini kerana tidak ada jaminan bahawa guru berkenaan akan menghentikan perbuatan menghasut pelajar di sekolah baru tempat dia dipindahkan.
Sebelum ini di Dewan Rakyat, ada seorang Ahli Yang Berhormat mencadangkan guru yang terbukti memburukkan pemimpin dan menentang kerajaan dihantar saja bertugas ke pulau terpencil atau kawasan pendalaman. Dengan berbuat demikian diharapkan akan menjadi pengajaran kepada mereka. Mungkin ini satu cara yang boleh difikirkan tetapi apakah ia dapat memastikan guru berkenaan tidak lagi bebas mengulangi perbuatan buruknya itu?
Tindakan segelintir guru yang menentang kerajaan kini mula diperkatakan. Yang terbaru adalah di PRK DUN Tenang negeri Johor dimana calon PAS adalah seorang bekas guru, manakala suami beliau juga seorang guru yang masih mengajar di sebuah sekolah di Pasir Gudang! Si suami dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari semata-mata hendak menemani isteri ( calon PAS ) berkempen.
Jika dulu mereka melakukan secara sulit, kini ramai yang berani berbuat terang-terangan. Kita akui lebih sebahagian besar guru sekolah berkhidmat secara jujur dan ikhlas serta tidak menyalahgunakan amanah yang diberikan. Mereka tahu bahawa masih ramai anak bangsa dan masyarakat memerlukan sumbangan mereka. Sebagai golongan yang dihormati dan berfikiran waras, mereka sentiasa bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.
Bagi kita, perjuangan kaum guru tidak ternilai besarnya sehingga ketuanan bangsa Melayu semakin terserlah. Kaum guru bukan saja menjadi pendidik bahkan satu ketika bertanggungjawab meniup semangat perjuangan ketika memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah.
Kita sedih kini ada guru sanggup secara terbuka menghasut pelajar membenci pemimpin dan kerajaan. Mereka yang terbabit ini bukan lagi ibarat cahaya untuk menjadi penyuluh masa depan bangsa, tetapi menjadi api untuk membakar nilai murni pelajar, menjatuhkan keperibadian bangsa dan menggagalkan tanggungjawab murid menimba ilmu.
Perbuatan segelintir guru ini diibaratkan sebagai "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam" dan ia benar-benar menjejaskan nama baik profesion yang sangat murni ini.
Arahan dan amaran agar guru tidak menyalahgunakan kedudukan mereka sudah terlalu kerap diberikan oleh kerajaan. Mereka sudah banyak kali diingatkan bahawa tugas sebagai guru adalah satu tanggungjawab berat dan bukan menjadi ejen untuk membawa unsur politik dalam kelas. Mereka diminta berkali-kali menghentikan segera kerana ia boleh merosakkan pemikiran murid tetapi masih ada yang berbuat tidak endah.
Namun, jika dilihat segala tolak ansur menerusi nasihat, amaran dan memindahkan ke sekolah lain tidak lagi berkesan. Hukuman yang lebih berat setimpal perlu dilaksanakan. Barangkali bagi mereka yang mengaku melakukannya dan dapat dibuktikan sabit kesalahan, jika masih berada dalam kerjaya itu, perkhidmatan mereka hendaklah digantung untuk tempoh beberapa tahun.
Apabila perkhidmatan disambung, mereka harus diletakkan di bawah pengawasan rapi dan pada masa yang sama kenaikan gaji atau pangkat disekat untuk tempoh yang dirasakan wajar. Bagi yang didapati melakukan kesalahan terlalu berat, sewajarnya tanpa sebarang tolak ansur, mereka terus dipecat. Kita yakin hukuman keras sebegini akan menjadi pengajaran kepada mereka dan teladan amat baik bagi kaum guru amnya.
Masyarakat khususnya ibu bapa tidak akan terkilan atau kerugian besar jika negara kehilangan segelintir guru sebegini. Sesungguhnya bagi kita, guru yang khianat kepada bangsa dan gagal menjalankan tanggungjawab mendidik adalah golongan yang tidak mempunyai sebarang nilai di sisi masyarakat. Kita lebih rela kehilangan beberapa guru yang semangatnya sudah pudar daripada memperjudi masa depan anak bangsa.
Tiada tempat bagi guru jenis ini yang sanggup menyisihkan diri daripada kepentingan bangsa semata-mata kerana mahu berpolitik. Kepada guru yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno serta pemimpinnya tidak bertanggungjawab, menjalankan tugas tidak ikhlas, korup dan zalim, mereka mesti tampil menyatakan pendirian terbuka.
Mereka tidak harus menjadi guru yang pengecut -secara senyap menghasut pelajar tetapi makan gaji hasil wang rakyat dan kerajaan. Jika mahu giat dalam politik, nyatakan pendirian dan jangan malu meletakkan jawatan secara terhormat. Sikap terbuka mereka ini akan lebih kita hargai dan amat dialu-alukan!
Suara Politik
Taminsari
SALAM, MILAH DAH JADI SURI RUMAHTANGGA BRO, YANG SILAKI SILAP2 KENA TENDANG, PAKAT2 JADI SALEMAN KOHILAL LE BRO.
BalasPadam