Isnin, Januari 24, 2011

Sidang DUN tergempar sah, kata speaker!

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor yang diadakan hari ini adalah sah mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan mesyuarat, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata, walaupun notis diberikan singkat dan tidak... mengikut tempoh 14 hari, Speaker boleh menggunakan kuasa mengikut Peraturan Tetap Mesyuarat 10 (3) yang lazim dilakukan dalam persidangan dewan negara-negara Komanwel.

"Kalau rasa (sidang) tidak sah, sila keluar. Memang (notis) dalam 14 hari tetapi Speaker boleh menandatangani satu sijil yang diberikan oleh kerajaan untuk mengadakan sidang ini.

"Kalau ikut Peraturan 43 dan 87, keputusan Speaker adalah muktamad. Tapi kalau hendak mencabar boleh buat usul,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Chang Khim berkata, isu sah atau tidak sudah selesai dan meminta perbahasan diteruskan sebelum beliau menggunakan Peraturan 44 (1) dan 44 (2) yang mengarahkan mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri keluar dewan.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang) berkata sidang dewan itu tidak sah kerana notis yang diberi tidak mencukupi 14 hari.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan