Semasa sidang DUN Selangor bulan lepas, apabila ditanya tentang statistik pelaburan yang masuk kedalam negeri Selangor dalam tahu 2009, Teresa Kok tidak dapat menjawap kerana tidak ada data atau tidak membuat persediaan untuk itu. Yang peliknya beliau sering keluar negara dengar kata untuk membawa pelabur masuk melabur ke negeri Selangor! Adakah beliau pergi untuk makan angin manghabiskan duit rakyat atau mencari pelabur! Banyak persoalan yang timbul kerana beliau adalah Exco yang menjaga hal ehwal industri di negeri Selangor?
Yang menariknya pada sidang Parlimen yang berlansung baru-baru ini, banyak mulut pulak Minah Karan ini! Siap bertanya pulak pada Menteri Kewangan berapa jumlah peruntukan infrastruktur Sistem Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi keempat-empat negeri pimpinan pembangkang itu dari 2007 hingga 2010.
Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan sudah pun memberikan jawapannya tentang peruntukan tersebut, sepatutnya Teresa Kok pergi bertanya dahulu pada MB Kalid serba tak tahu kemana perginya peruntukan dari MARRIS sebanyak RM 345 juta kepada negeri Selangor pada tahun lepas? Mengapa JKR Selangor hanya mendapat sebanyak RM 115 juta sahaja! Kemana baki selebihnya peruntukan tersebut? MB Khalid boleh jawap tak!!!
Datuk Seri Najib memberitahu Kerajaan Pusat menyalurkan sejumlah RM1.156 bilion bagi tujuan penyelenggaraan jalan raya di Selangor sejak 2007 hingga September tahun ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, sebanyak RM176 juta pula disalurkan kepada Pulau Pinang bagi tujuan tersebut dalam tempoh sama. Katanya, Kelantan pula menerima RM284 juta daripada peruntukan Kerajaan Pusat untuk penyelenggaraan jalan raya di sana bagi tempoh empat tahun tersebut.
"Kedah menerima RM479 juta untuk penyelenggaraan jalan raya negeri bagi 2007 hingga 2010 (September)."Pemberian penyelenggaraan jalan negeri disediakan mengikut peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bertujuan membantu kerajaan-kerajaan negeri menyelenggarakan jalan-jalan negeri," katanya.
Sebelum itu : Sumbangan PKR di S'gor - Teresa Kok tak dapat jawab!
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor Teresa Kok, tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu.
Ketika diajukan soalan itu oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkenaan, Kok berkata : "Saya tidak ada statistik."
Beliau berkata Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor. Bagaimanapun, Kok berkata kawasan perindustrian di Selangor terutama di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan, yang mengutip cukai daripada pelabur, sepatutnya menyalurkan peruntukan yang lebih bagi meningkatkan prasarana perindustrian di Selangor memandangkan Selangor menyumbangkan lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Semasa menjawab soalan Lee Ying Ha ( DAP-Teratai ), Kok berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa pengurusan kawasan perindustrian bagi memudahkan pelabur menyuarakan sebarang masalah mengenai penyelenggaraan kawasan perindustrian di Selangor.
Wei..Teresa Kok..mana Selangor punya Industrial Statistik data..!!!..Kalau ikut MIDA punya report, budak sekolah Tadika pun boleh minta!!..Boleh kasi tau ka!!!..Jangan sibuk jaga tepi kain orang lah wei..Lu jaga tepi kain lu sendiri dulu la..Lu ada buat kerja ka tarak, atau makan gaji buta saja ka???
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan