Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Disember 02, 2010
Ketuanan Rakyat versi Anwar Ibrahim!
Inilah Anwar Ibrahim, pelopor kepada ketuanan rakyat! Bagi memberi tekanan kepada UMNO dengan menolak Ketuanan Melayu, Anwar memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Impactnya amat besar semasa PRU ke-12 yang lalu! Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.
Adakah kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu. Mungkin ini yang sebenar Anwar mahukan! Malah Anwar anak beranak termasuk Nurul Izzah juga pernah persoalkan tentang Perlembagaan Malaysia! Dikatakan Pakatan Rakyat sudah bersedia membuat satu deraf baru perlembagaan jika mereka menang dalam PRU nanti bagi menggantikan Perlembagaan yang sedia ada!
Jadi apakah yang ingin diruntuhkan oleh Anwar melalui slogan ketuanan rakyat beliau? Mungkin apa yang kita akan nampak tentang ketuanan rakyat ini adalah, Anwar akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.
Sekarang ini pun kita sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kesucian Khalimah Allah di pertaruhkan untuk digunakan bersama oleh ugama lain! Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.
Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu? Apakah cita-cita Anwar selepas ini untuk menjadi seorang Presiden satu negara republik yang baru!
Rakyat perlu ingat dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu.
Ini semua adalah agenda sulit Anwar dan Pakatan rakyat untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu. Dan ketika itulah nanti baru orang Melayu akan tahu bahawa langit itu tinggi ke atau rendah!
Adakah rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini berlaku! Mungkin kita boleh mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi dinegara jiran kita iaitu Singapura. Orang Melayu perlu sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat yang dipeloporkan oleh Anwar ini. Yang menjadi kebimbangan kita adalah jika perkara ini berlaku, maka akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.
Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara. Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.
Apa yang penulis nak ingatkan kepada Anwar adalah ideologi ketuanan rakyat ini akan membawa kepada satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.
Penulis sebenarnya tertarik dengan penafian Anwar baru-baru ini yang cuba memutarbelitkan kenyataannya mengenai Ketuanan Melayu! Apakah Anwar sebenarnya tak faham akan Ketuanan Melayu sehingga nak menegakkan ketuanan rakyat! Setelah melihat Raja dan orang Melayu sudah mula marah dan bangkit membantah, Anwar cuba putar belit konsep Ketuanan Melayu. Nampak sangat Anwar cuba memperbodohkan orang Melayu dengan kenyataan beliau! (Lihat sahaja di video yang disertakan di sini!)
Semasa sidang akhbar di lobi Parlimen semalam, dilihat Anwar tetap mempertahankan pendiriannya untuk menolak konsep ketuanan Melayu. Katanya, ini kerana konsep yang menjadi polemik tersebut merujuk kepada amalan 'tuan dan hamba' dalam masyarakat."
Tuan hanya boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kita lihat 'tuan' adalah untuk kaum yang memiliki kuasa."Kalau Melayu itu 'tuan', bagaimana dengan kaum Cina, Kadazan dan kaum yang lain?"
Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.
Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera. Anwar berkata, dalam setiap ucapan pakatan pembangkang, prinsip Perlembagaan, isu agama Islam dan orang Melayu tidak dibangkitkan tetapi ia dipertahankan.
Nampak sangat apa yang diutarakan oleh Anwar amat bercanggah sekali dengan makna Ketuanan Melayu yang sebenar! Hakikatnya Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini "Tuan" dan bukan Melayu sebagai "Hamba". Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.
Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu. Adakah Anwar faham dengan maksud diatas?
Kepada Anwar,Wan Azizah dan Azmin, janganlah anda semua menjadi duri dalam daging kepada orang Melayu. Janganlah jadi bangsat kepada bukan Melayu. Sesungguhnya apa yang anda lakukan sekarang telah mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu dan juga orang-orang Melayu. Jangan gadaikan maruah bangsa dan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu sendiri.
Diharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya dapat berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita. Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. InsyaAllah.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan