Peter Chin Fah Kui bersama Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie (duduk empat dari kiri) berlatar belakang Tunnel Boring Machine di Hulu Langat, semalam.
Penggunaan mesin pengorek terowong khas, Tunnel Boring Machine (TBM) menambah keyakinan kerajaan untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor menjelang 2014.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mesin yang didatangkan dari Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai kelajuan tinggi menyebabkan pasukan projek berkenaan menetapkan sasaran tinggi untuk mengorek sejauh 1,000 meter sebulan.
"Projek ini melibatkan penggunaan tiga TBM yang telah pun tiba di sini. Ia menggunakan teknologi terkini iaitu gerudi dan letup yang menjimatkan penggunaan tenaga serta mampu mengorek lebih pantas berbanding gerudi biasa.
"Ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah bekalan air yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa depan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan TBM3 yang dinamakan Tiara Midori di tapak permulaan kerja mesin itu di Adit 4, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Pemilihan nama itu berdasarkan rupa bentuk bahagian hadapan mesin berkenaan yang menyerupai tiara manakala 'midori' diambil daripada perkataan Jepun bermaksud hijau yang sinonim dengan alam sekitar dan kementerian berkenaan.
Dua lagi mesin iaitu TBM1 dan TBM2 dinamakan Kamila yang bermaksud sempurna dalam bahasa Arab dan Selpah yang diambil daripada singkatan Selangor-Pahang.
Mengulas mengenai Tiara Midori, pengarah projek berkenaan, Datuk Ir. Ismail Mat Noor berkata, ia dijadualkan mula menjalankan kerja-kerja mengorek pada 22 November depan.
Jelasnya, Tiara Midori bakal menjalankan kerja mengorek sejauh 11.6 kilometer dari Hulu Langat ke Sungai Congkak dan merupakan yang pertama beroperasi berbanding Kamila dan Selpah.
"Terowong dikorek Tiara Midori mempunyai kedalaman 58 meter dari aras bumi dengan ketinggian 7.9 meter dan 11 meter lebar serta akan bersambung dengan terowong utama sepanjang 44.6 kilometer,'' jelasnya.
Kepada kerajaan negeri Selangor!
Sekadar bertanya soalan, apa agaknya tindakan kerajaan negeri Selangor jika pembekal air di negeri itu adalah milik kerajaan negeri seperti PBAPP dan SADA? Mungkin sahaja tarif air akan dinaikkan dengan alasan 'mendidik rakyat berjimat cermat dan membayar hutang'.
Memang kita semua tidak suka dengan sebarang kenaikan terutama semasa kos hidup yang belum stabil. Tetapi kita juga berdepan dengan realiti untuk membayar kos bagi memastikan kehidupan masa depan yang lebih baik dan berkualiti.
Yang penting, kerajaan negeri harus mengambil inisiatif berkesan untuk mendidik pengguna supaya mengubah tabiat membazir air. Selangor tidak selama-lamanya akan dianugerahkan dengan sumber air yang mewah. Jangan jadi seperti pasir, tersilap unjuran!
Entah berapa kali Lembah Klang diancam kemarau dengan loji serta empangan air hampir kontang. Ramai tak mengambil iktibar apabila air terpaksa dicatu dan beratur panjang bagi mendapatkan bekalan yang dihantar melalui lori tangki. Kesedaran berjimat air tak ubah seperti fenomena El Nino yang datang dan pergi.
Apa yang dilihat sekarang adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.
Air percuma bagi 20 merter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Tetapi anehnya, apabila ada pihak mahu menggunakan wang air percuma itu untuk membantu pengguna yang mengalami bil tertunggak, kerajaan negeri menyifatkannya sebagai merampas hak rakyat pula.
Apa salahnya, jika kakitangan Syabas, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu.
Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi.
Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.
Benarkah? Jika bekalan air di bawah penguasaan kerajaan negeri dapat menjamin hak rakyat (dengan tarif yang rendah), mengapa hak itu tidak dipertahankan di Kedah dan Pulau Pinang? Cuba analisis alasan mereka. Yang di Pulau Pinang memperkenalkan surcaj bagi mendidik pengguna berjimat air. Maknanya, tarif dinaikkan supaya pengguna berjimat cermat. Yang di Kedah, untuk membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.
Tetapi sebaliknya rakan pakatan pembangkang di Selangor enggan berkompromi dengan penstrukturan semula industri air. Mereka tidak peduli hutang yang ditanggung oleh syarikat konsesi. Yang mereka mahu hanyalah untuk menguasai industri air Selangor!
Pemimpin mereka lebih selesa menyalahkan syarikat konsesi dan Kerajaan Pusat. Malah amaran krisis bekalan air pada 2014 yang bakal menjejaskan kehidupan penduduk Lembah Klang diperlekehkan. Kerajaan negeri nampak cukup yakin dengan memberi unjuran krisis itu hanya akan tiba pada 2019 - sembilan tahun lagi.
Mengapa kerajaan negeri Selangor masih lagi mahu menangguhkan kelulusan Projek Langat 2! Di lihat industri bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang nampaknya semakin kompleks sekarang. Sinarnya semakin suram bukannya terang benderang. Menteri Besar Selangor masih bertegas mahu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji semula tahap perbekalan air di negeri itu kerana tidak yakin dengan laporan yang dikeluarkan Syabas dan juga laporan menteri yang bertanggungjawab berkaitan air.
Para pengguna air kesemuanya mahukan bekalan air bersih yang berterusan tanpa gangguan. Masalah utama sekarang adalah paip-paip lama yang belum dapat ditukar penyebab banyak paip bocor di sana sini. Lagi lama ia tidak ditukar maka lagi cepat bekalan air habis lebih-lebih lagi jika berlaku kemarau yang berpanjangan.
Penduduk KL dan Selangor yang pernah terbabit dalam kemelut bekalan air kronik 10 tahun dulu seboleh-bolehnya tidak mahu lagi hidup dalam igauan buruk itu sekali lagi. Jadi, janganlah berterusan menjadikan air sebagai alat politik. Cukuplah semasa kempen pilihan raya lalu. Berundinglah dan bertolak-ansur demi kesejahteraan lebih 3 juta penduduk Lembah Klang.
Yang sudah tu sudahlah. Nasihat penulis kepada Tan Sri MB, usahlah terus bertelagah dengan kerajaan Pusat dan anggaplah nasihat TPM, menteri air dan operator bekalan air sebagai peringatan ikhlas yang mahu memastikan kami sebagai pengguna air tidak menjadi mangsa keadaan yang tragis kelak.
Lebih awal kita mempersiapkan diri lebih baik. Dalam hidup ini semuanya jangkaan sahaja, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Cuma satu sahaja pesanan penulis sebagai pengguna air, 'sediakan payung sebelum hujan' kerana bila dah basah kuyup kena hujan, maka tempoh untuk mengeringkan pakaian akan mengambil masa yang panjang. Itulah kiasan untuk kita renung-renungkan bersama.
Tepuk dada, tanya selera. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Salam, ini lah masalahnya apabila semua perkara hendak dipolitikkan, yang akan jadi mangsa Rakyat.jangan kerana dulu Kerajaan Bn yg lantik Syabas ianya mahu diganggu... kalau begitu kenapa tak pecat semua kakitangan Kerajaan negeri Selangor dan lakukan besar2an pengambilan pekerja yang baru dan setia dgn kerajaan Paktan Rakyat, sebabnya yang lantik dulu kakitangan aawam kerajaan BN.
BalasPadamTiada apa-apa sebab yang kukuh untuk Kerajaan PR Selangor pimpinan Khalid mahu mengheret isu yang melibatkan kepentingan rakyat ini terlalu lama.
BalasPadamIni bukan isu Melayu. Bukan isu Cina dan India, tapi ini isu RAKYAT yang tidak mengira warna parti dan bangsa.
Aku hairan, isu kuil di Shah Alam telah diselesaikan. Bahkan berapa juta bayaran pampasan yang diberikan kepada mereka.
Isu ladang babi telah diselesaikan. Bukan ditutuo tapi dibesarkan dan dimodenkan untuk kepentingan kaum Cina.
Tapi, apakah kerana SYABAS yang menguruskan projek air di Selangor, mereka langsung tidak berhati perut untuk langsung tidak memutuskan isu ini secepat mungkin.
Tarif air tidak dinaikkan sepertimana dalam perjanjian, projek SYABAS dibekukan, malah projek kebajikan SYABAS (Tabung Budi) juga terus dicemuh dan dihina. Kenapa?
Sebab POLITIK DENDAM gerombolan PR yang diketuai oleh Khalid dan koncon-konconya. Malang bagi Khalid, dia telah diperkudakan oleh invisible-men behind the conspiracy in Selangor!
Ok, sekarang kita kena faham sikit situasi. Ada beberapa isu sebenarnya mengenai air di Selangor.
BalasPadamPertama pasal penstrukturan air dibawah satu jentera.
Kedua tarif air.
Ketiga ialah Projek Langat2.
Isu ini walaupun hampir sama tapi ia sedikit berbeza. Players are same but in different fields.
Pertama, penstrukturan air dibuat utk elakkan kerumitan pengurusan air dan utk merampas Puncak dan Syabas daripada kroni UMNO katanya. Kes ini belum selesai sebab masih tiada kata putus mengenai kos pengambil alihan syarikat tersebut.
Kedua, tarif air. Legally, aku tengok Puncak ada kuasa utk increase tariff sebab itu ada dlm agreement. Tapi, Selangor dok struggle main ikut politik. Katanya kebajikan tapi, hampeh..
Ketiga, projek Langat2 utk tangani krisis air. Walaupun ia bukan kerana kepentingan Puncak, Syabas atau Selangor, tapi ia masih belum dipersetujui oleh Selangor. Ini adalah isu rakyat dan ini yang rakyat marah apabila nasib masa depan mereka diperjudikan oleh Khalid and the gang...!!!!