Rabu, September 22, 2010

Surat dari pembaca : Lee Kuan Yew gembira dengan "orang Melayu" nya!

Oleh : Melayu Melaka

Amat mengejutkan, dalam usia begitu lanjut, dalam temuramahnya dengan akhbar, The New York Times (NYT) baru-baru ini, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang kini berusia 87 tahun masih mahu lagi mencerca Malaysia. Cercaannya secara tidak langsung mencerca kepimpinan Melayu di Malaysia yang kononnya tidak pandai dan tahu menjaga kepentingan orang Cina dan Indianya.

Lihat sahaja kenyataannya yang terkandung dalam buku terbitan Mendaki, iaitu sebuah pertubuhan Melayu di Singapura apabila Kuan Yew mengucapkan syabas kepada Melayu di sana dengan berkata, Well done Malays! What next?

Dalam buku ini terdapat senarai orang Melayu yang kononnya berjaya.

Tapi lihat sahaja mereka yang disenaraikan dan kita mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada pelakon era Jalan Ampas dan penyanyi dekad 1960-an, termasuk beberapa ahli sukan atau pemain bola sepak seperti Fandi Ahmad.

Itu sahaja!

Tidak ada orang Melayu yang terbilang dalam bidang-bidang lain. Inikah Melayu di Singapura yang mereka mahu banggakan?

Kuan Yew terakhir muncul di khalayak ramai apabila dia merasmikan Sukan Olimpik Remaja di Singapura pertengahan Ogos lalu. Dia berjalan beberapa langkah dan bawa obor untuk menyalakannya. Tangannya tidak kuat dan ada seorang lelaki lebih tegap berdiri di belakangnya untuk memastikan yang dia tidak tumbang.

Dalam temuramahnya dengan NYT, dia bercakap tentang masa-masa akhirnya dan isterinya yang kini terlantar atas katil sejak beberapa tahun lalu akibat diserang angin ahmar atau stok, dan bagaimana dia juga rasa kalau dia akan mengalami nasib yang sama.

Tapi dalam masa yang sama, dia masih lantang bercakap tentang politik dan kepimpinan di Malaysia sedangkan dia sering menegah wartawan Barat dari mempersoalkan cara dia dan mereka di Singapura mentadbir negara mereka, apabila ada wartawan bertanya kenapa pemimpin di republik itu mendapat gaji paling tinggi di dunia.

Perdana Menteri mereka dapat S$100,000 setiap bulan atau S$3,000 setiap hari.

Cara mereka mendapat angka ini, menurut Kuan Yew ialah dengan memadankan jumlah gaji dari CEO syarikat besar di negaranya yang mendapat pendapatan besar.

Ini langsung bercanggah dengan sikap dan tabiat pemimpin di Singapura yang tidak mahu memakai pakai rasmi seperti kot dalam Parlimen atau semasa meraikan Hari Kebangsaan mereka setiap tahun bila mereka akan memakai pakaian biasa serba putih yang kononnya tidak mahu berlagak dan menunjuk-nunjuk.

Tetapi di sebalik pakaian ini, merekalah pemimpin yang mendapat pendapatan paling tinggi di dunia. Bandingkan dengan pendapatan presiden Amerika sebanyak US$400,000 setahun sahaja.

Saya sempat ke Singapura awal tahun ini dan apa yang saya dapat lihat tentang orang Melayu di sini amat menyedihkan. Mereka seperti ketinggalan zaman.

Mereka tidak dibenar memakaikan tudung untuk anak-anak sekolah.

Dan gadis-gadis Melayu terpaksa bekerja sebagai pelayan di restoran yang menjual daging haram. Pergi sahaja ke Kelab Alumni Universiti Singapura dan hampir semua pelayan wanita adalah orang Melayu. Dan mereka hidangkan makanan tidak halal dengan daging khinzir dan minuman keras.

Walhal, pemerintah Singapura sering berkata mereka prihatin tentang tuntutan agama Islam dan tidak galak rakyatnya mencerca kaum lain.

Seorang pemuda Cina telah diheret ke mahkamah sebab dia telah menulis sesuatu yang dikatakan menyentuh kaum Melayu. Dia bawa dua rakan keturunan Melayu ke mahkamah untuk membuktikan yang dia tidak mempunyai sifat perkauman. Dan dia hanya didenda S$2,000 sahaja, dari dipenjara.

Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak Melayu yang tidak dibenar memakai tudung ke sekolah? Sedangkan anak-anak Panjabi dibenar memakai sarban mereka ke sekolah dan semasa bekerja sebagai anggota polis.

Suara politik
Taminsari

2 ulasan:

  1. Jika melayu singapura hidup sensara papekedane pun ape kita peduli. Siapa yang telah gagal mempertahankan kedudukan singapura kekal dalam Malaysia?

    cina akan mempertahankan bumi nya walaupun seinci dengan nyawanya.

    Manusia yang bertanggung jawab memisahkan singapura dari Malaysia patut di kencing kuburnya oleh melayu singapura.

    BalasPadam
  2. Memang perlu keluarkan Singapura dari Malaysia. Yang bertanggungjawab semua Ahli Parlimen yang diketuai oleh Tn Dr Ismail. Hang naka kata apa Wak Labu.

    Sikit lagi Pulau Pinang pulak kna keluar.

    BalasPadam