Rabu, Julai 28, 2010

Nik Aziz : Perpaduan ahli PAS dan UMNO dalam Barisan satu nekmat besar!

Kalau dulu Nik Aziz kata perpaduan antara UMNO dan PAS adalah satu NEKMAT Besar. Dan sekarang ini Nik Azis lebih rela bersatu dengan DAP yang suatu ketika dahulu pernah dipanggilnya SYAITAN. Apakah dosa UMNO pada Nik Aziz? Apakah Nik Azis masih berdendam dengan UMNO kerana PAS telah dipecat dari Barisan Nasional membuatkan Nik Aziz begitu marah dan benci pada UMNO?

Dalam senario politik sekarang, Nik aziz dilihat semakin takbur dan riak! Nik Aziz sama sekali menolak usaha-usaha yang dijalankan untuk menyatupadukan bangsa Melayu yang beragama Islam di Negara ini. Sikap Nik Aziz mengecam keras ulama yang menjadi perantara kepada kerjasama antara UMNO dan Pas menunjukkan Mursyidul Am Pas itu semakin takbur.

Kekuasaan yang dimiliki oleh Nik Aziz dalam PAS dan kerajaan negeri menyebabkan beliau lupa bahawa Islam mahu umatnya sentiasa menjalin hubungan persaudaraan. Komen-komen Menteri Besar Kelantan itu yang selama ini konsisten mengecam mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, menampakkan lagi sikap takburnya itu.

Kenyataan Nik Abdul Aziz menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu dengan mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Jelas kenyataan Nik Aziz ini sudah sampai ke peringkat takbur sebab cap mufti macam itu sekali. Nik Abdul Aziz juga menegaskan bahawa Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan kesediaan beliau untuk terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya. Harussani berkata, terdapat beberapa pemimpin kedua-dua parti itu yang bertemu dengannya untuk berbincang dan meminta pandangan ke arah menjayakan perpaduan tersebut. Bagaimanapun, hasrat beliau dikritik pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu.

Sebagai seorang ulama, Harussani cuma menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan ajaran agama bagi menyatukan umat Islam di negara ini. "Dalam al-Quran ( ada menyebut ) jika dua bersaudara bergaduh mereka perlu didamaikan, inilah yang dilakukan oleh Harussani sebagai seorang pemimpin agama.

Kalau dia ( Nik Aziz ) rasa dirinya ulama janganlah bersikap demikian. Dulu dia juga pernah berseorangan tetapi sekarang apabila sudah kuat jadi macam begini. Soal dia tidak mahu perpaduan tidak mengapalah tetapi Nik Aziz harus memikirkan kehendak majoriti rakyat Islam Malaysia mahu kita bersatu dan memastikan orang Islam kembali kuat di negara ini. Kalau dahulu Nik Aziz boleh berkata perpaduan antara ahli PAS dan UMNO dalam Barisan Nasional sebagai satu nekmat besar, mengapa tidak sekarang.

Penulis masih lagi teringat senario ini semasa ramadhan pada malam terakhir kempen Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir dimana solat tarawih perdana diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam. Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja oleh semua pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan Pas yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu tetapi juga kedua-dua calon yang bertanding.

Mereka bersolat bersama-sama dan kemudian bermaaf-maafan. Mereka meninggalkan majlis itu dengan fikiran yang lapang dan tali persaudaraan Islam sesama mereka semakin erat, biarpun mereka berbeza parti dan akan bertarung dalam pilihan raya.

Mungkin senario ini, jika dibayangkan nampak indah dan menarik, siapa yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu padu dan meningkatkan ukhuwah Islamiah sesama mereka. Tetapi buat masa ini, kita hanya mampu membayangkan sahaja, apa yang dicatatkan tidak mungkin akan menjadi kenyataan, biarpun itulah sikap terbaik bagi melambangkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Sebenarnya, kita sudah bosan untuk menyebut soal penyatuan Melayu, malah kita juga sudah malas untuk membincangkan soal perpaduan umat Islam di negara ini. Ia berlaku kerana setakat ini apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, umat Islam terus berpecah belah dan lebih buruk dari semasa ke semasa semakin banyak pula kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin politik tertentu yang mengecam sesama Islam.

Penyatuan ini bukanlah mustahil dan bukanlah sesuatu yang sukar tetapi ia terhalang kerana ada pihak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Bagi mereka, kalau ada unsur-unsur untuk bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan Islam maka ia boleh menjejaskan kedudukan politik mereka.

Pemimpin-pemimpin dalam kelompok berkenaan sanggup mengatakan UMNO mengamalkan Islam palsu dan Islam plastik tetapi yang anehnya mereka tidak pula mempertikaikan apa pula bentuk Islam yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bagaimana pula dengan pendirian DAP, jika ada pihak hendak melaksanakan pemerintahan Islam?

Kita sudah lihat contoh di beberapa negeri, apabila ada sesetengah parti tidak mampu bersuara langsung, biarpun ada tindakan oleh rakan-rakan pakatan mereka melanggar prinsip perjuangan namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana suara politik mereka 'tidak laku'. Kalau mereka hendak bersuara sedikit, semangat yang mereka ditunjukkan itu hanya menjadi `hangat-hangat tahi ayam' sahaja, mereka akan diam apabila ditegur oleh rakan dalam pakatan.

Tetapi bahana ini masih belum mahu dipelajari oleh sesetengah umat Islam. Bagi mereka, apa yang penting berebut kerusi dalam pilihan raya dan kuasa politik. Soal sama ada perebutan yang berlaku akan melemahkan umat Islam ia adalah soal kedua.

Kita tidak perlu membuang masa untuk bercakap soal kejatuhan empayar Islam dan mengimbas kembali bagaimana orang Melayu dijajah suatu ketika dahulu, semua itu tidak akan menginsafkan puak-puak berkenaan. Apa yang boleh kita peringatkan ialah mereka harus bersedia bertanggungjawab seandainya suatu hari kelak orang Melayu dan umat Islam menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Ketika ini keluarkanlah apa juga kenyataan bagi menyakiti hati sesama Islam demi mencari keuntungan politik dan lodehkanlah apa juga keburukannya musuh politik kita. Mungkin mereka akan berjaya mendapat sokongan politik yang diinginkan, apatah lagi di kalangan penyokong tegar yang taksub tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga sedang menghakis sedikit demi sedikit tembok kekuatan umat Islam di negara ini.

Sehebat manapun kuasa politik yang kita miliki, ia tidak akan mampu menggantikan tali persaudaraan Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan terlalu sombong menolak salam perpaduan yang dihulurkan. Lagipun apalah gunanya kita bersikap seperti 'harimau' kepada saudara seagama tetapi menjadi 'kucing' kepada rakan yang bukan seagama dengan kita. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

  1. Betul tu. Selepas 4 tahun bergabung, iaitu selepas UMNO kembali kuat, PAS ditendang macam anjing kurap.

    Melayu patut berduyun2 bergabung dalam PAS kerana perpaduan dalam PAS lebih utuh berbanding UMNO. Masalah UMNO yang hampir berkecai tu biarlah mereka selesaikan sendiri. PAS tidak perlu diberatkan dengan masalah UMNO. Mana boleh kongsi2 masalah brader. Lu cari pasal lu tanggung sakit la.

    BalasPadam
  2. Kapak dah nyatakan banyak kali ttg Nik Aziz dan buktinya lihat lar sendiri dari keratan2 akhbar. Bila rasa kat die dia akan kata sesuatu yg bagus.... dan sebaliknya. Hebat beliau guna Agama dan berpolitik serta ikaut cara dia lar ... bermusim, jd kita semua nilai dan bertindaklah dgn waras. TQ

    BalasPadam
  3. nik aziz ni seorang yang kuat berdusta. bermacam ayat quran dipusingkan untuk mengangkat dirinya.

    BalasPadam