Sabtu, Julai 24, 2010

Artikel Pilihan : Usah persoalkan nasionalis!

Banyak pihak mula mempersoalkan kerelevanan nasionalis. Mereka menganggap Assabiyyah, bagaimanapun faham bahawa mencintai watan adalah tuntutan agama. Wacana yang berasaskan nasionalis dianggap perkauman atau pro chauvinist. Perangkap di sebalik prinsip-prinsip globalisasi, ketelusan, kebebasan bersuara, hak-hak kemanusiaan menjadi obor bagi mencabar pemerintah, sama ada dengan tujuan yang baik atau dengan tujuan untuk mengambil kesempatan bagi mencapai cita-cita masing-masing.

Situasi politik dan situasi ekonomi sangat mempengaruhi kebangkitan suara-suara ketidakpuasan, dan merebak secara cepat dan mudah mendapat pengaruh di media internet serta media alternatif.

Keadaan kemelesetan ekonomi akan menambahkan lagi desakan dan suara-suara protes. Masyarakat sangat sensitif terhadap soal kewangan. Perkembangan semasa dalam krisis ekonomi di Eropah, kecelaruan ekonomi Amerika Syarikat dan China, memburukkan lagi ekonomi dunia.

Kesannya, Malaysia juga sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi. Dalam masa terdekat dijangkakan "The External Uncertainty" akan membawa Malaysia ke ambang inflasi, sekali gus akan memungkinkan Bank Negara menaikkan kadar faedah. Kesannya akan menyebabkan sedikit kemakmuran tergugat.

Dan kita pasti bahawa ada pihak yang akan menyalahkan pihak lain dalam keadaan yang celaru tersebut. Suara protes akan meningkat kerana gangguan ekonomi. Pihak yang menguasai ekonomi tidak akan senang duduk. Pihak ini akan mencabar mitos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan mitos UMNO mengawal ekonomi negara. Maka mereka berpaling tadah kepada imaginasi ekonomi pihak pembangkang.

Sistem perundangan, sistem penguatkuasaan dan kehakiman akan dilihat korup. Krisis kepercayaan dan krisis keyakinan akan meningkat. Ini merupakan cabaran besar terhadap membina negara bangsa.

Di manakah relevannya nasionalis dalam situasi ini? Perjuangan cintakan negara akan berubah kepada perjuangan mencintai jati diri dan kenegaraan. Bukankah pemikiran ini juga merupakan pemikiran nasionalis.

Semangat kebangsaan dan obor patriotisme dihidupkan bertujuan untuk membina kesedaran pihak-pihak yang menguasai politik dan ekonomi supaya memikirkan sejarah panjang yang terbina, kesedaran terhadap neo-nostalgia masa lalu yang mungkin sangat tidak disukai dan tidak difahami oleh generasi muda. Bahayanya ialah ramai anak muda yang tidak mengerti akan kesengsaraan duduk di bawah pemerintahan orang asing.

Dalam situasi ini pentingnya semua pihak berfikir untuk mengekalkan kemakmuran negara. Yang pastinya juga mengekalkan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial. Sekaranglah masanya, semua pihak pemerintah dan pembangkang harus berlandaskan prinsip membahagikan "sama rata kemakmuran untuk rakyat".

Untuk itu semua kaum harus memahami inspirasi kebangsaan, inspirasi nasionalis bahawa kita tidak boleh lari daripada memahami kembali jalur sejarah dan kesan perkembangan politik dan bentuk ekonomi yang dihasilkan oleh peninggalan kolonial. Ini termasuk pola-pola bandar dan luar bandar.

Permintaan dan desakan melampau yang kita dengar pada hari ini daripada pihak-pihak tertentu sebenarnya akan mencetuskan ketidakstabilan kemakmuran yang dikecapi bersama. Oleh itu apabila masyarakat Cina dengan pelbagai persatuan meminta secara berlebih-lebihan, maka akan muncul ratusan persatuan-persatuan Melayu yang akan menuntut untuk kemakmuran bersama bagi mempertahankan hak mereka.

Tuntutan itu akan datang dari jauh dari daerah-daerah pedalaman kerana kesedaran yang meningkat. Fenomena ini adalah lazim dalam negara yang sedang berhadapan dengan krisis politik dan krisis ekonomi.

Itali dan Rusia pernah mengalami situasi yang sama pada abad-abad lampau. Sehinggakan dunia menyaksikan kebangkitan tokoh pemikir seperti Marxis dan Musolini.

Perubahan pada pihak yang memerintah sangat diperlukan dalam situasi sekarang. Dan cabarannya bukanlah mudah. Pembuktian terhadap dasar kesamarataan kek ekonomi adalah satu senjata yang perlu dipercepatkan.

Secara sejarah, negara-negara yang jatuh dan dibangunkan semula adalah hasil daripada gerakan rakyat. Dan gerakan rakyat adalah revolusioner yang tidak siapa dapat jangkakan, bom waktu akan meletup jika kemakmuran tidak diagihkan sama rata.

Memenangkan pihak tertentu akan menaikkan kemarahan rakyat. Kita tidak mahu ada pihak yang menggelarkan pihak lain sebagai primitif dan satu pihak lagi menggelarkan pihak lain pula barbaric. Cetusan-cetusan sebegini adalah kelemahan kita sendiri. Oleh itu ekosistem politik dan ekosistem ekonomi ini perlu distrategikan satu persatu. Ya, Konsep 1Malaysia adalah salah satu jawabannya, tetapi jangan sampai konsep itu disalah tafsir kerana keterbukaannya.

Dengan itu, gerakan-gerakan kesedaran tentang bahayanya masyarakat Malaysia tidak memahami prinsip Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara akan menyebabkan api kemarahan kaum akan marak dengan cepat.

GAPENA merupakan sebahagian NGO yang memikul tanggungjawab untuk menggerakkan semangat nasionalis itu terus hidup dalam wadah baharu, iaitu dengan menerangkan elemen-elemen perpecahan yang timbul sekarang ini kerana kita tidak faham jati diri dan kenegaraan.

Membina negara bangsa dalam bentuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama. Justeru, konsep 1Malaysia itu adalah bahaya jika ditafsirkan secara berpihak. Konsep 1Malaysia hendaklah berasaskan meratakan kemakmuran yang sebenarnya telah diletakkan pada semangat Perlembagaan Persekutuan. Bacalah Perlembagaan Persekutuan. Anak-anak kita harus ditanamkan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan itu demi kemakmuran yang merata dan keadilan sosial.

Untuk parti-parti Melayu, landaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapkan sebagai tonggak perjuangan. Kita perlukan keadilan sosial dalam imej kepelbagaian kaum yang ada dalam negara.

Zaman orang mendesak itu dan ini. Kita membuka diri untuk lebih bersifat rasional. Terasnya ialah terhadap permuafakatan sejarah yang telah sedia wujud dan Islam merupakan agama yang meletakkan asas keadilan sosial itu.

Orang lain mungkin khuatir dengan istilah kemelayuan atau kebangsaan sekali pun, namun Islam adalah contoh pembawaan keadilan sosial dan merupakan tamadun yang universal. Oleh itu Melayu mempunyai Islam sebagai satu permuafakatan.

Cetusan Pena - UM

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

  1. SALAM MENTEKEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA......

    ASOBIYYAH ADALAH PERJUANGAN UNTUK BANGSA. KALU MELAYU UNTUK MELAYU, CINA UNTUK CINA, KELIN UNTUK KELIN.
    ASOBIYYAH TADAK SESAT LA......

    KALU LA NABI MUHAMMAD BERJUANG UNTUK ARAB......FUHHHHHHHH....BERMAMPUIH-MAMPUIHAN LA PUAK BEWAK NI BERJUANG UNTUK MELAYU. KALU MATI PON MATI SYAHID.

    BEGITU TERSANGAT TIDAK SESATNYA ASOBIYYAH.

    he he he
    gurau ngan bewak asobiyyah.

    BalasPadam
  2. ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.....

    MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG PALING MELIA DALAM DUNIA NIH. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DAGHI BANGSA MELAYU.

    MELAYU JADI BEGITU MELIA SABIK PERJUANGAN PUAK2 BEWAK SIANG DAN MALAM DOK AMEK PEKDAH RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA. SAPA2 YANG TIDAK MEMELIAKAN MELAYU DEPA PATUT DIGAM.


    ORANG YANG TADAK BERJUANG UNTUK MELAYU DIKIGHA MURTAD MELAYU. PARTI YANG MERINTAH BUKAN DARI GOLONGAN PERJUANGAN MELAYU BANYAK RASUAH. SABIK TU KELANTAN SAMPAI BERJOTA EKAQ BALAK DIAMIK PEKDAH OLEH MB YANG BERJUANG BUKAN POLITIK MELAYU.

    LANI TU TGNA DAH BEGHIBU2 KALI JUTAWAN DAH SABIK DOK MENTEKEDARAH RASUAH. GHUMAHNYA BESAQ MACAM ISTANA. GHUMAH2 WAKIL RAKYAT PARTI BEWAK KECIK DAN KEMETOT MACAM SARANG TIKUIH. SABIK TU LA RAKYAT SANGAT SAYANG NGAN PIMPINAN2 BEWAK PEJUANG MELAYU.

    BEWAK YANG DOK JAGA WARISAN MELAYU SUH JADI LEBIH MELIA TAK LEIN TAK BUKEN RAIS ANAK LELAKI YATIM. BEWAK NI KALU CAKAP EKSEN MACAM PORNSTAR. MIMIT MUKA BETUI2 MACAM BAPAK KAMBING MIANG NAK BELAKI.

    SAPA2 YANG BERJUANG NGAN UGAMA SUKU POLITIK SUKU, MISTI JATUH MISKIN SABIK TAK TERLIBAT NGAN RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA. BEWAK2 INGAT DAK BEWAK MAMAT BIN MAMAT TAIB TERHUTANG SAMPAI 22 JUTA DI BRISBANE OSTRALIA SABIK BEWAK NI DOK TULUNG MELAYU.

    TENGOK LA PENEGAAN PARTI BUKAN BEWAK SEPERTI KOHILAL RUGI JOTA2.
    KALU PUAK2 BEWAK UNTUNG BANYAK. SIME DARBI BERBILION DOLLAR CATAT KEUNTUNGAN DI BAKUN. TABUNG HAJI,
    PANDAI BEWAK2 NI NEGA PITIH TABUNG
    HAJI, TIAP2 TAUN BULIH BAGI KEUNTUNGAN SAMPAI 5% SAJA. BANK RAKYAT HANYA MAMPU BAGI 15%. BANYAK LAGI KEUNTUNGAN YANG DIBUAT OLEH PUAK2 BEWAK NI, SEGHOPA PKNZ, PERWAJA STIL, DAN LEIN HINGGA TAK TERSEBUT.

    SABIK TU LA 9 TAUN LAGI EKONOMI MALAYSIA AKAN JADI GERGASI DUNIA.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    BalasPadam
  3. Kesian pada lord taik ni, idea nak menulis komen dah kurang. Asyik salin dari komen2 dia yang terdahulu je. Mungkin tu bahana bila asyik nampak salah orang tapi salah pemimpin kesukaan lord taik di depan mata langsung tak dihiraukan.

    Tak apa la lord taik, 'syurga' N.Ajis pun dah dijanjikan pada engkau kot walaupun terang2an N.Ajis tu PENYOKONG PELIWAT TEGAR. Hahahahaha.....

    BalasPadam
  4. ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU........


    BILA HANG TAKLEH NAK JAWAB HUJAH ABANG.... HANG HABAQ ABANG LAGU TU.
    SAPA YANG MENGKAPIAQ SAPA NI.
    ABANG HANYA MENYAMPAIKAN AYAT2 DI BAH.... ABANG TAKKAN NAK MENGKAPIAQKAN ORANG. ALLAH YANG MENGKAPIAQ.... AKU TULUNG HABAQ.

    HANG UBAH LA MAKNA KURAN TU DULU. LEPAIH TU BULIH LA HANG SALAHKAN ABANG.

    Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. - surah al-Maidah, 5

    من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرمه فقد اتخذهم أربابا من دون الله

    Maksudnya;
    “Barangsiapa taat kepada ulama dan pemerintah pada mengharamkan perkara yang Allah telah halalkan dan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan, maka sesungguhnya dia telah mengambil mereka sebagai syirik selain Allah SWT”(Al-Qaul As-Sadid Syarh Kitab At-Tauhid : m.s 134)


    الرابع : من اعتقد أن هدي غير النبي صلى الله عليه وسلم أكمل من هديه ، أو أن حكم غيره أحسن من حكمه ، كالذين يفضلون حكم الطواغيت على حكمه ، فهو كافر

    Maksudnya;
    “yang keempat : barangsiapa beri’tiqad bahawa petunjuk yang lain dari Nabi SAW lebih sempurna daripada petunjuknya, atau bahawa sesungguhnya hukum yang lainnya (dari Nabi SAW) lebih baik daripada hukumnya, seperti mereka melebihkan hukum taghut atas hukumnya, maka dia adalah kafir” (Nawaqid Al-Islam : m.s 2)


    السادس : من استهزأ بشيء من دين الرسول صلى الله عليه وسلم أو ثوابه أو عقابه كفر ، والدليل قوله تعالى : { قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ }{ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ }

    Maksudnya;
    “yang keenam : barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)


    التاسع : من اعتقد أن بعض الناس يسعه الخروج عن شريعة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر ؛ لقوله تعالى : { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ }

    Maksudnya;
    “Yang Kesembilan : barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)

    1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.- al-Maidah 5:44.
    2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.- al_Maidah 5:45.

    ARAP LEPAIH NI HANGPA TAK MAI SALAK ABANG LAGI.

    he he he

    BalasPadam