Isnin, Jun 28, 2010

Selangor Bangkit : Siapa Kata UMNO Selangor Lemah!

Dua tiga hari ini heboh memperkatakan tentang kepimpinan UMNO Selangor yang letih, lesu dan bisu kerana dikatakan tidak agresif mengatur gerakan dalam usaha merampas kembali Negeri Selangor dari pihak pembangkang dan bisu dari menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri.

UMNO Selangor tidak mahu menang sorak negeri tergadai sekali lagi. Untuk mendapatkan kembali Selangor dengan kuasa mengundi Melayu dan bukan Melayu yang hampir seimbang , kita perlu strategi yang betul untuk menghadapi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Isu-isu yang dibawa pembangkang membuatkan UMNO dan BN ibarat timun bertemu durian, digolek ke kanan ia luka digolek ke kiri pun ia luka...jadi kita perlu bijaksana dalam menangani isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, agar tentangan kita akan lebih membawa makna dan berkesan sehingga boleh memenangi hati rakyat.

Apa yang lebih penting sekarang, ahli-ahli parti hendaklah berjiwa UMNO yang kental, tidak sekali-kali goyah dengan hasutan golongan yang ingin melihat kita berpecah khususnya musang berbulu ayam.

Saya berharap ahli-ahli UMNO khususnya di Selangor tidak terpengaruh dengan dakyah golongan ini. Kita perlu bersatu dan bersetia dalam perjuangan. Kita telah buktikan kekuatan kita dengan merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Ingin saya tegaskan di sini bahawa misi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat pada PRU13 bukan satu omongan kosong! Saya memerlukan saudara-saudari semua untuk bersama-sama saya bagi menjayakan misi ini.

Dari blog Dato' Noh Omar

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

  1. setuju...

    sesiapa yg buka pekung di dada tentu dia sukar kita percaya.

    andai kata ada maka kena waspada.

    dalam keadaan sekarang macam macam boleh berlaku.

    moga kita dapat sedar dan buat tindakan sepatutnya.

    saya tidak menyokong artikel nak jatuhkan mana mana pemimpin.

    BalasPadam
  2. salam bro,

    Saya juga harap umno kembali merampas Selangor nanti. Keadaan PKR sendiri sudah retak bukan kerana tangan ghaib umno tetapi kerana ketidakstabilan cara mereka mengendalikan sebuah kerajaan negeri.

    Pada kawan, amat kena pada cara umno dengan tidak terlalu agresif seperti yg diharapkan pengkritik yang lain. Ianya pasti bersebab, bukan kerana tidak mahu menyerang PR.

    Keadaan sekarang sudah nampak pada pemerhatian rakyat. PKR umpama tumbang oleh perbuatan mereka sendiri. Dengan cara blogger kita yang mengkritik kepimpinan umno selangor sebenarnya membantu rakyat untuk melihat bahawa umno tidak kena mengena dengan rebahnya PR di selangor nanti. PR juga tidak akan ada alasan untuk menyalahkan pihak lain sekiranya mereka ditolak rakyat.

    BalasPadam
  3. kepada belantan.

    baik punya bodek.

    BalasPadam