Isnin, Jun 28, 2010

Agenda Politik 3A ( Azizah-Anwar-Azmin ) : Pelantikan Azmin Jambatan Untuk Ketepikan Khalid G!

Pelantikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri ini menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguatkan dakwaan wujudnya bibit-bibit rasa tidak senang pimpinan dan ahli akar umbi parti terhadap Menteri Besar Selangor berkenaan.

Ia didakwa sebahagian rancangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi ‘memantapkan’ parti itu di negeri ini dan keputusan Anwar dikatakan sesuatu yang ‘mesti disokong’ dan mesti diikut.

Walaupun Abdul Khalid mendakwa itu atas permintaannya tetapi bagi pemerhati politik dan beberapa pihak, ia menunjukkan Menteri Besar tersebut cuba diketepikan setelah tidak lagi mendapat kepercayaan Anwar untuk mentadbir PKR di negeri ini yang semakin goyang. Beberapa isu yang tercetus di negeri ini telah memperlihatkan kelemahan Abdul Khalid sebagai pemimpin parti dan negeri.

Ini termasuk ketidakpercayaan ahli akar umbi PKR terhadap kepimpinan Abdul Khalid di Kuala Selangor, penyelewengan penjualan pasir dan pengambilan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang gagal ditangani baik sehingga menyumbang kepada kekalahan PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Abdul Khalid, berkuat kuasa serta-merta. Kemuncak kemelut kepimpinan Abdul Khalid adalah kewujudan komplot mengguling kepimpinan beliau oleh 15 Ahli Parlimen yang dikatakan turut melibatkan Azmin.

Justeru, pengumuman pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan negeri yang turut menyaksikan penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menggantikan Azmin di Wilayah Persekutuan, memperkuatkan kenyataan bahawa Abdul Khalid cuba dijatuhkan walaupun beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Anwar juga cuba menutup rancangannya mengetepikan Abdul Khalid dengan memberitahu akan merombak kepimpinan PKR di dua lagi negeri tetapi tidak mengumumkan nama negeri dan bila ia akan dilakukan. Sementara itu, seorang pemimpin PKR yang tidak mahu namanya disebut yang mempunyai ‘masalah’ dan kerap meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Abdul Khalid, mengakui pelantikan Azmin di Selangor sebahagian rancangan Anwar.

Beliau mendakwa, pelantikan itu merupakan keputusan yang mesti disokong sebulat suara pemimpin PKR negeri termasuk dirinya. Pemimpin itu berkata, beliau yakin pengalaman Azmin dalam politik termasuk semasa menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar dapat membawa perubahan kepada PKR Selangor.

“Anwar memang ada rancangan untuk kebaikan PKR dan negeri serta persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Kita mahu pemimpin yang memberi tumpuan penuh kepada parti di Selangor,” katanya. Walaupun begitu, pemimpin itu perlantikan Azmin dirasakan tidak akan banyak membawa perubahan atas sebab berbelah baginya sokongan akar umbi.

Isu 15 MP Pakatan yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Khalid menang telah menjadi rahsia umum, atas sebab sifat Khalid yang hanya mengutamakan beberapa pemimpin terutama Teresa Kok dan Elizabeth Wong.

Manakala kata Anwar pelantikan Azmin tiada agenda tersembunyi!

Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar berkata, pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat.

"Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta.Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata, sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu.

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Perlu Diakui Bahawa Kepimpinan UMNO Peringkat Akar Umbi Lesu!

Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Hakikat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi secara umumnya di seluruh negara.Pendedahan Umno Kota Raja, perlu diambil iktibar.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor. "Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan. "Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya. Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.

Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi. "Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

Suara Politik
Taminsari

Selangor Bangkit : Siapa Kata UMNO Selangor Lemah!

Dua tiga hari ini heboh memperkatakan tentang kepimpinan UMNO Selangor yang letih, lesu dan bisu kerana dikatakan tidak agresif mengatur gerakan dalam usaha merampas kembali Negeri Selangor dari pihak pembangkang dan bisu dari menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri.

UMNO Selangor tidak mahu menang sorak negeri tergadai sekali lagi. Untuk mendapatkan kembali Selangor dengan kuasa mengundi Melayu dan bukan Melayu yang hampir seimbang , kita perlu strategi yang betul untuk menghadapi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Isu-isu yang dibawa pembangkang membuatkan UMNO dan BN ibarat timun bertemu durian, digolek ke kanan ia luka digolek ke kiri pun ia luka...jadi kita perlu bijaksana dalam menangani isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat, agar tentangan kita akan lebih membawa makna dan berkesan sehingga boleh memenangi hati rakyat.

Apa yang lebih penting sekarang, ahli-ahli parti hendaklah berjiwa UMNO yang kental, tidak sekali-kali goyah dengan hasutan golongan yang ingin melihat kita berpecah khususnya musang berbulu ayam.

Saya berharap ahli-ahli UMNO khususnya di Selangor tidak terpengaruh dengan dakyah golongan ini. Kita perlu bersatu dan bersetia dalam perjuangan. Kita telah buktikan kekuatan kita dengan merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Ingin saya tegaskan di sini bahawa misi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat pada PRU13 bukan satu omongan kosong! Saya memerlukan saudara-saudari semua untuk bersama-sama saya bagi menjayakan misi ini.

Dari blog Dato' Noh Omar

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Jun 20, 2010

Selangor Bangkit : Kritikan - UMNO Selangor bersikap terbuka!

UMNO Selangor bersikap terbuka terhadap kritikan termasuk penulis blog yang mendakwa parti itu gagal mengambil peluang daripada isu semasa dan tidak agresif dalam berhadapan dengan pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, segala pandangan sama ada positif mahupun negatif akan diambil kira bagi memastikan UMNO terus diterima rakyat.

"Kami sangat mengalu-alukan pandangan orang ramai, tidak terhad kepada bloggers sahaja tetapi meliputi pelbagai pihak kerana kita semua ada hak untuk menyatakan pendapat. "Pada masa yang sama juga kita dapat lihat reaksi yang positif kerana kritikan itu menunjukkan orang ramai masih menaruh harapan dan memerlukan UMNO Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa UMNO Selangor dalam keadaan lesu sehinggakan ahli akar umbi mula bosan dan hilang semangat terhadap parti itu. Menurut Noh, UMNO Selangor tidak seharusnya goyah dan gentar dengan kritikan yang dilemparkan namun harus bangkit untuk meneruskan perjuangan dan memperkasakan lagi parti.

"UMNO Selangor harus bergerak maju ke hadapan dan memperkukuhkan lagi strategi untuk menawan hati pengundi di Selangor. "Selain itu, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri sekiranya terdapat kelemahan dalam menerajui parti dan jika ia dapat diperbetulkan, pastinya kita akan menang pilihan raya akan datang," katanya.

Sebelum itu : Apa sudah jadi dengan UMNO Selangor?

ISU UMNO Selangor yang dikatakan gagal menggunakan peluang daripada pelbagai isu yang dihadapi oleh kerajaan Selangor mendapat perhatian ramai penulis minggu ini .

Blog Ruang Bicara Faisal ( ruangbicarafaisal.blogspot.com ) memetik satu e-mel yang dihantar kepada blog itu yang antara lain berkata, UMNO di Selangor kini terlalu lesu sehinggakan mereka di peringkat akar umbi sudah mula bosan dan hilang semangat.

Kata beliau, kumpulan di bawah kini kurang faham apakah strategi sebenar yang ingin dilakukan oleh UMNO Selangor terutama dalam usaha untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.“Agaknya nak tengok pakatan di Selangor bankrap baru nak bertindak.

Hello abang-abang di dalam perhubungan UMNO, kalau macam inilah cara nak bertindak bertambah payahlah kalau pakatan di Selangor pulih daripada kecedaraan. Lingkup UMNO di Selangor,” tulis e-mel tersebut yang disiarkan oleh blog berkenaan.

Hamidzun Khairuddin dalam Warisan 2057 (warisan2057.blogspot.com) yang memetik satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima berkata, UMNO Selangor sepatutnya ada skuad berani mati yang boleh menangkis isu daripada pihak pembangkang memandangkan banyak isu yang tidak tertangkis, terutama isu agama.

“Manakala isu yang besar seperti pasir yang sepatutnya boleh jadi bom atom bila dibantu oleh Ahli Parlimen Kapar, (ia) hanya jadi kentut mak nyah. Bolehkah (pada) PRU-13 (nanti), BN menang tanpa perlu serang pembangkang dan jawab isu.“Tanah, pasir, hutan, air dan hasil bumi ini isu mengurus masa depan anak-cucu kita, isu cukup emosional.

Khalid (Menteri Besar Selangor) pun dah kelam-kabut tetapi UMNO Selangor macam mengadap orang mati,” kata SMS tersebut.Justeru, penulis berkata, sudah masanya pemimpin UMNO baik di peringkat perhubungan negeri mahupun Pusat mendengar rintihan akar-umbi ini dan mereka perlulah berubah dan bukannya perubahan kosmetik, jika mahu mememangi pilihan raya umum akan datang.

Blog Gerakan Anti-PKR (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) pula berkata, Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Satim Diman dikhabarkan akan melepaskan jawatannya selepas “diserang” oleh penulis-penulis blog berhubung kelesuan UMNO negeri itu menentang kerajaan pembangkang.

Kata penulis ini, memang UMNO Selangor masih lesu, pemalas dan tiada langsung pergerakan untuk melawan kerajaan pembangkang di negeri itu dan ini disebabkan oleh kegagalan para pemimpin mereka sendiri.“Percayalah, kami akan terjah kesemua pemimpin UMNO yang pemalas, tak boleh pakai dan tak menguntungkan perjuangan kita dalam mempertahankan Islam dan hak Melayu daripada terus dilacur oleh puak pakatan,” katanya.- UM.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Jun 16, 2010

Tuduhan Haji Hadi : Umno ditubuhkan oleh British ?

Presiden Pas, Hj Hadi Awang tanpa berselindung telah mengatakan bahawa Umno sebenarnya telah ditaja oleh pihak British bagi melawan perjuangan Islam.

Hj Hadi juga berkata bahawa Umno juga sebenarnya ditubuhkan oleh British bagi menentang gerakan Islam di negara ini yang di inspirasikan oleh Parti Syarikat Islam di Indonesia.

Hj Hadi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Muktamar Tahunan Pas ke 56 yang bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan. Majlis ceramah tersebut turut dihadiri oleh tokoh-tokoh parti Islam dari Filipina, Maldives dan juga Palestin.

Di dalam Majlis Ceramah tersebut, Presiden Pas itu dengan bangganya menyatakan kepada tetamu kehormat yang hadir bahawa perjuangan Islam di Tanah Melayu telah wujud terlebih dahulu daripada Umno tetapi telah di haramkan oleh pihak British bagi menenggelamkan suara perjuangan gerakan Islam.

Presiden Pas ini nyata telah memutarbelitkan fakta sejarah apabila mengatakan Pas ialah kesinambungan gerakan perjuangan Islam dari Indonesia. Hj Hadi juga cuba untuk mengaburkan fakta apabila menyatakan perjuangan Islam Pas wujud lebih lama dari Umno. Ini kerana Umno ditubuhkan secara rasminya pada 11 Mei 1946 berbanding Pas yang hanya mula di asaskan pada tahun 1951.

Sebenarnya pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946. Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik. Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.

British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan unitary state kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England.Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.

Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20. Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.

Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini. Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.

Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot. Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu ( kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu ) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.

PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif. PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO. PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.

Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistic. Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama. Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.

Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat. Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.

Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO. Dengan sokongan AMCJA ( All Council of Joint Action ) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA. Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.

Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah. Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.

Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan. Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.

Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British. Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.

Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO. Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.

Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu.

Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).

IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.

Jika diteliti sejarah awal yang sebenar ini, nyata Hj Hadi cuba untuk menyembunyikan realiti yang terjadi bagi memburuk-burukkan Umno di mata para jemputan antarabangsa dan juga perwakilannya di Muktamar Pas ini.

Ini merupakan permainan politik terdesak oleh Hj Hadi sebagai seorang Presiden Pas. Apakah Hj Hadi tidak mempunyai modal lain bagi menaikkan imej Pas selain dari menaburkan dakyah munafiqnya terhadap Umno ?

Mungkin Hj Hadi boleh menipu mereka-mereka yang datang dari luar dan jemaah-jemaahnya yang buta sejarah, tetapi Hj Hadi takkan mampu menukarkan fakta sejarah itu sendiri. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Jun 15, 2010

Artikel Pilihan : Ooohh!!! Orang Cina yang nak sangat Judi Piala Dunia ni...!

" The Government can delay the imposition of Goods and Services Tax (GST) by using the tax revenue earned from legalising sports betting" - Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM).

Tu diaaaa...!!! Mereka dah bersuara!!! ACCCIM mewakili kumpulan perniagaan Cina terbesar di Malaysia sudah menyatakan "kehendak" mereka. Walaupun tidak menyatakan secara terbuka untuk menyokong Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010, dewan perniagaan terbesar Cina ini secara tidak langsung memberikan "bayangan" bahawa mereka mahu pihak Kerajaan meluluskan lesen judi tersebut. Jadi, siapa kata Cina di Malaysia ini "tidak suka berjudi"? Seperti yang kita tahu, bangsa Cina tidak terikat dengan soal hukum "haram hala" atau "dosa pahala".

Mereka suka kepada perniagaan dan keuntungan sahaja. Memandangkan perniagaan "judi" adalah salah satu penuymbang terbesar "ekonomi" mereka, mengapa mereka perlu menidakkan keuntungan lumayan yang bakal mereka perolehi? Soal moral rakyat Malaysia? Apa mereka peduli?Mereka secara "sinis" cuba "mengajar" Kerajaan Malaysia untuk menggunakan keuntungan "cukai judi" untuk menangguhkan GST.

Lagipun, Nik Aziz memberi "fatwa" bahawa "cukai judi boleh digunapakai untuk maslahat rakyat". Mungkin atas alasan itu, maka mereka "memancing" kerajaan untuk meluluskan lesen "judi World Cup 2010" itu. "Lumayan hasil cukainya", itulah janji mereka kepada perbendaharaan negara. Moral rakyat Malaysia? Mereka peduli apa? Janji "masyuuuuukkk"...

Memang kita sedar bahawa bangsa Cina di mana-mana pun sekali amat mementingkan wang dan keuntungan. "Halal haram" mereka tidak peduli asalkan kocek mereka penuh berisi. Mungkin sebab itulah maka ramai dalang-dalang perniagaan secara haram menjadi salah satu kegemaran mereka. Lihat saja berapa banyak pusat hiburan, kelab malam, pub, disko, kedai mesin slot judi, dadah, rumah urut, rumah pelacuran dan pelbagai lagi perniagaan yang tidak diluluskan di Malaysia didalangi oleh bangsa Cina.

Bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia! Jika perniagaan itu diberikan lesen, maka mereka sering menyalahi syarat yang digariskan undang-undang. Contohnya penjualan arak, rumah urut dan kedai "game". Jika mereka buka kedai arak, maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk cari jalan seludup "wine, liquor dan beer" secara haram. Mereka juga menjual arak kepada orang Islam di kedai mereka, kelab malam, pub dan disko.

Jika buka rumah urut pula, ada saja jalan mencari untung lebih dengan menawarkan "urutan special" dan "full package". Malah ada yang menawarkan langganan seks secara terang-terangan! Jika buka kedai "game" pula, banyak yang membawa masuk mesin slot judi. Bila penguatkuasa masuk, mereka menukar "channel" kepada "game lawan-lawan" atau tembak-tembak". Yang penting "diorang masyuuukkk..."!

Tak payahlah nak menafikan fakta ini. Cuba periksa kedai-kedai yang pernah disita, di"compound" dan di saman selama ini. Majoritinya di dalangi kaum Cina. Namun, yang peliknya, Melayu dan bangsa lain pula yang dituduh "jahat"! Jika tak lulus lesen niaga mereka, mereka marah dan kata "kerajaan zalim"!

Jika luluskan pula, mereka akan kaya raya tapi moral rakyat akan jatuh merudum. Rakyat pula menyalahkan kerajaan atas hal berkenaan. "Baik"kah sikap bangsa Cina yang sebegini? Rosaklah rakyat Malaysia kalau begini halnya... ? Sama-samalah kita fikirkan!

Sumber : MyKMU

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Jun 14, 2010

Selangor Bangkit : Mana janji kerajaan negeri!

Penduduk Pangsapuri Taman Permai Indah di Pandamaran, Klang semalam memegang sepanduk bantahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang tidak mengotakan janji membaik pulih lif yang rosak sejak 10 bulan lalu.

“Kerajaan Pakatan Rakyat Tipu Rakyat, Ronnie Liu Janji Kosong”. Itu rasa yang diluahkan kira-kira 2,032 keluarga di Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran di sini setelah janji kerajaan negeri melaksanakan kerja baik pulih lapan lif di empat blok kediaman itu yang rosak sejak 10 bulan lalu gagal dilaksanakan sehingga hari ini.

Rata-rata penduduk menyatakan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu selain menyifatkan janji yang dibuat hanyalah sekadar di mulut sahaja tanpa sebarang tindakan susulan.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah, A. Prakash, masalah itu telah dikemukakan kepada Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad dan beliau berjanji akan memperbaiki kerosakan lif tersebut pada Mac 2009.

Bagaimanapun, sehingga kini katanya, tiada sebarang kerja-kerja pembaikan dilakukan kecuali alasan yang diberikan pihak berkenaan kononnya peralatan untuk membaiki lif berkenaan hilang dan rosak.

Malah Prakash turut mengemukakan masalah itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu namun beliau juga tidak turun menjenguk kawasan kediaman mereka.

“Sebaliknya Ronnie menghantar seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang untuk meninjau kerosakan tetapi tiada juga tindakan dilakukan.

“Adakah kerajaan negeri hari ini hanya pandai membuat janji dan bagaimana dengan kami yang terpaksa berhadapan dengan masalah ini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan janji pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu yang mahu menjaga kebajikan rakyat.

Tambah Prakash, selain kerosakan lif, penghuni pangsapuri itu turut berdepan masalah sampah yang tidak dikutip pihak berwajib meskipun bayaran penyelenggaraan sebanyak RM38.50 sebulan telah dilunaskan oleh mereka. Malah katanya, Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga telah mengeluarkan notis meminta semua penghuni menjelaskan cukai pintu sebanyak RM117 setahun.

“Jika ini keadaannya, adakah wajar kita membayar wang penyelenggaraan dan cukai pintu sedangkan keadaan hidup kita di pangsapuri ini lebih teruk daripada kawasan setinggan. “Mana perginya perkhidmatan perbandaran yang diberikan kepada kami?” soalnya.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang, Datuk Dr. Teh Kim Poo yang mengadakan pertemuan dengan penghuni pangsapuri berkenaan hari ini memberitahu, beliau akan mengemukakan masalah tersebut kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung esok.

Selain masalah lif, katanya, penduduk juga memohon agar jalan masuk ke pangsapuri 11 tingkat itu dinaik taraf ekoran keadaannya yang daif meskipun kediaman itu telah siap sejak lima tahun lalu.-UM

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Jun 13, 2010

Teringat Semula Pesanan Silam!

Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam. Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.

Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai.

Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan " menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Jun 11, 2010

Apabila Ketua Pemuda PAS mempertikaikan UGAMA yang di anuti oleh UMNO & BN semata-mata kerana " lesen judi "!

Cakap berdegar-degar, tetapi bontot penuh dengan najis! Mungkin inilah kata perumpamaan yang paling tepat buat Ketua Pemuda PAS. Di Muktamar PAS ke 56, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan mempertikaikan UGAMA yang dianuti oleh kerajaan UMNO & BN hanya semata-mata meluluskan lesen judi?

Akan tetapi beliau terlupa untuk bertanya kepada Ustaz Azizan ( MB Kedah ) UGAMA apa yang dianuti oleh MB Kedah itu apabila meluluskan lesen judi dan arak serta babi diKedah semasa PR memerintah negeri itu. Adakah Nasrudin terlupa atau buat-buat lupa?

Kata Nasrudin :

Kini rakyat mula tertanya-tanya, agama apakah yang sedang dianuti oleh kerajaan Umno dan BN tatkala mereka meluluskan lesen perjudian ini . "Kami turut melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan menteri agama, penasihat agama dan mufti-mufti dalam negara kita membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini," katanya.

Kata Ustaz Azizan ( MB Kedah ) semasa PAS menang di Kedah:

MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka.

Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.


Agak pelik apabila keseluruhan ucapan Nasrudin hanya berkisarkan tentang lesen perjudian sahaja lalu mempertikaikan tentang ugama yang dianuti oleh UMNO dan BN hanya kerana meluluskan lesen judi malah langsung tidak menyebut tentang lesen arak, anjing dan babi. Apakah sejak ' berkawan baik ' dengan DAP, kesemuanya ini sudah ' menjadi HALAL' kepada perjuangan PAS?

Dan lebih menarik perhatian adalah beranikah Nasrudin menegur UGAMA yang dianuti oleh Anwar kerana telah meluluskan sembilan ( 9 ) lesen judi semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu?

Berikut adalah Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini.

Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut. Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!” Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."


Mungkinkah disebabkan pernah mengeluarkan lesen judi semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu membuatkan Anwar ' berdiam diri' tanpa mengeluarkan sebarang ' fatwa ' sepertimana rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS!

Sepatutnya sebelum Nasrudin nak mempertikaikan orang lain, fikir dan siasat dulu! Jangan sedap nak mengata orang, tapi sebenarnya mereka yang lebih. Tengok-tengok sikit ' gajah ' di depan mata tu. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Jun 07, 2010

Artikel Pilihan : Adakah Melayu Bangsa Yang Sentiasa Kalah?

Kata Usman Awang, Melayu itu bangsa yang bijaksana, Melayu berani kerana benar, Melayu pengembara, kaya falsafah, menolak permusuhan serta baik hati. Kata Usman Awang juga Melayu itu kuat bersorak dan masih tetap bermimpi walau jatuh berkali-kali.

Penyair seperti Usman Awang seperti juga pemimpin, cendekiawan serta pemikir Melayu sepanjang zaman sudah puas berdebat mengenai Melayu. Mereka berusaha memberi kritikan membina untuk melihat Melayu menjadi lebih baik. Orang-orang tua Melayu juga kini sering berkeluh kesah mengenang nasib dan sikap Melayu.

Secara jujur seluruh umat Melayu mengakui apa yang diperkatakan mereka benar belaka. Tetapi, setiap dari kita bercakap seolah-olah kita hanya merujuk kepada Melayu lain, bukan kita. Di kala kedudukan Melayu semakin tercabar diasak dan ditekan dari berbagai sudut, dan sebelum kita mengasak kembali serta bertarung habis-habisan, mungkin kita patut bertafakur sebentar, berfikir sedalam-dalam dan memahami diri sendiri. Benarkah kita begitu teruk sekali?

Sebagai Melayu dari golongan rakyat biasa, penulis dengan penuh kesedaran telah cuba sedaya upaya yang termampu untuk menjadi Melayu yang baik. Penulis biasa bersaing dengan bangsa lain, dan penulis kira penulis mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan mereka di mana saja. Penulis juga dengan sedaya upaya cuba mendidik anak-anak agar mampu berbuat yang sama.

Namun, agak sukar kini kerana anak-anak tidak punya peluang untuk bersaing dengan bangsa lain di sekolah kerana bangsa lain lebih suka bersekolah berasingan. Satu-satunya peluang anak-anak untuk bergaul dengan bangsa lain ialah semasa di tadika, itupun jika kita memilih untuk menghantar mereka ke tadika swasta yang dimiliki oleh bangsa mereka. Jika tadika tersebut diuruskan oleh bangsa Melayu, mati hidup balik pun bangsa lain tidak akan menghantar anak mereka ke sana.

Penulis kira, kebanyakan dari kita orang-orang Melayu dari golongan rakyat biasa, golongan pertengahan dan pertengahan atas berkongsi kesedaran ini. Kita mampu bersaing sekiranya diberi peluang. Malangnya, memandangkan syarikat-syarikat besar di Malaysia adalah milik bangsa Cina, maka peluang ini sering ditutup sejak dari awal lagi. Dan sekiranya syarikat tersebut bukan milik mereka pun, dan merupakan syarikat multinasional diterajui oleh bangsa asing, tetapi selagi jawatan-jawatan tinggi dijawat oleh bangsa mereka, maka peluang untuk Melayu untuk bersaing akan ditutup serapat yang boleh.

Melayu yang dibiarkan melepasi sekatan peluang ini pula seringkali hanya Melayu yang dilihat mereka sebagai boleh diperalatkan iaitu yang tiada semangat kemelayuan yang kuat, sepertimana semangat mereka terhadap bangsa mereka. Jika ada seorang dua Melayu yang bersemangat Melayu dapat lepas ke atas, ia hanyalah untuk memenuhi syarat kuota ataupun kerana jawatan tersebut perlu berhubung dengan kerajaan dan pelanggan Melayu.

Kerana itu, Melayu sering kalah sebelum bersaing.

Tidak dapat tidak, jika Melayu ingin meningkatkan taraf ekonomi mereka secara keseluruhan, Melayu harus menjadi pemilik syarikat-syarikat besar, bangunan-bangunan perniagaan serta perniagaan-perniagaan sokongan secara meluas seperti mereka juga.

Majoriti Melayu sedar akan hal ini, dan Melayu yang terdiri dari peniaga-peniaga sememangnya telah berusaha merealisasikan perkara ini. Namun, membesarkan perniagaan bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam masa setahun dua. Selalunya, peniagaan Melayu tidak mampu pergi lebih lama dan lebih jauh. Kita melihat satu demi satu syarikat yang dibangunkan Melayu, apabila sudah menempa nama, tiba-tiba bertukar milik kepada bangsa lain.

Kita akui, masih ramai peniaga Melayu, walaupun bergelar peniaga, tetapi mereka sebenarnya masih belum pandai berniaga. Kebanyakan mereka melihat perniagaan mereka sebagai cara untuk mendapat wang untuk keperluan jangka pendek. Mereka tidak punya cita-cita untuk melihat perniagaan tersebut berkembang menjadi empayar. Kebanyakan sudah merasa puas jika perniagaan mereka mampu memberi anak isteri makan, dan menampung anak-anak belajar untuk masa ini.

Jika ada yang bercita-cita tinggi pula mereka terlalu gelojoh dan ingin mencapai cita-cita itu dalam masa yang singkat tanpa mengira cara dan akibat. Seringkali, mereka silap perkiraan atau tamak. Perniagaan dikembangkan dan asset peribadi serta asset syarikat ditambah secara berlebih-lebihan dalam masa yang singkat, tanpa berfikir panjang.

Peniaga Melayu juga amat lemah dalam menguruskan rekod perniagaan. Perniagaan yang baik tidak akan kelihatan baik jika tidak dapat dibuktikan dengan penyata bank yang baik, simpan kira yang tersusun serta akaun perniagaan dan kunci kira-kira semasa dan tahunan yang tepat. Ramai yang masih tidak memahami bahawa rekod perniagaan yang baik adalah satu-satunya kunci yang akan membolehkan perniagaan itu dikembangkan di masa hadapan.

Namun, apa yang lebih menyukarkan perniagaan melayu untuk berkembang ialah apabila mereka terpaksa bergantung kepada bangsa lain untuk menjadi pembekal atau menyediakan perkhidmatan sokongan. Pembekal dari bangsa lain akan memberi tekanan langsung dan tidak langsung seperti tidak memberi kemudahan kredit atau harga yang lebih mahal bagi menyukarkan Melayu tadi berniaga dan bersaing sama dengan bangsa mereka. Selain itu, pengguna bangsa lain juga tidak akan sekali-kali membeli dari peniaga bangsa Melayu selagi mereka punya pilihan.

Ini adalah hakikat.

Dan hakikat juga bahawa kerajaan, cendekiawan, pemimpin, penyair dan pemikir Melayu juga tidak mampu menangani masalah ini membuatkan Melayu terus menerus menjadi bangsa yang kalah.

Sebenarnya, kebanyakan Melayu seperti penulis, sentiasa belajar menangani kelemahan dan tabah menerima tekanan dari bangsa lain sebagai cabaran untuk terus berjaya. Kebanyakan kita telah berjaya mencapai kehidupan yang baik secara individu. Tetapi, Melayu sebagai satu bangsa, masih jauh dari berjaya.

Ini kerana, walaupun Melayu rakyat biasa sedang mencuba sedaya upaya untuk berubah tetapi apakan daya kita apabila pemimpin kita sendiri samada pentingkan diri atau terdiri dari orang-orang yang suka mengalah.

Walaupun bangsa lain sedikit pun tidak membuka peluang kepada Melayu, tetapi pemimpin Melayu tetap membuka peluang dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (Melayu) kepada mereka sedikit demi sedikit.

Dan mereka tidak akan berhenti setakat ini, mereka akan terus berjuang sehinggalah mereka menguasai semuanya sementara pemimpin Melayu hanya membiarkan sahaja. Petronas hanyalah permulaan bagi mereka menguasai kita sepenuhnya dan pemimpin Melayu hanya membutakan mata. Bukannya Melayu di Petronas tidak bangkit menentang dan bukannya Melayu rakyat biasa seperti kita tidak membangkang, tetapi apa yang boleh kita lakukan jika pemimpin kita yang membantu mereka mengalahkan kita?

Sekali lagi ditekankan bahawa Melayu majoritinya sudah berubah, yang tak berubah hanya pemimpin – tak kira di dalam UMNO, PAS mahupun PKR. Semuanya hanya ingin mengalah bila berhadapan dengan tuntutan dan cabaran kaum lain demi undi dan kepentingan diri.

Ini berlaku bukan sahaja dalam isu-isu dalam negeri, tetapi pemimpin Melayu mengalah dan dikalahkan termasuklah dalam isu antarabangsa.

Pemimpin kita mengalah dan dikalahkan oleh Singapura dalam isu Batu Putih, Air dan ruang udara. Walaupun rakyat menempelak dan mempertikai cara pemimpin kita menangani perkara ini, namun, kelantangan dan keberanian kita tenggelam dalam gelombang pengecut pemimpin kita sendiri.

Malaysia juga mengalah dan dikalahkan oleh Brunei dalam isu Limbang. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima kekalahan mudah tanpa penjelasan konkrit. Rakyat inginkan pemimpin kita agar berjuang mempertahankan khazanah negara tetapi pemimpin kita seperti malas untuk memanjangkan isu apatah lagi memperjuangkannya. Itu semua perkara kecil, mengikut mata pemimpin.

Dan kini kita nampak seperti akan mengalah lagi dengan Indonesia dalam isu amah. Tidakkah terdapat sedikit pun perasaan ingin membela rakyat sendiri dalam diri pemimpin (Melayu) dalam isu ini juga?. Atas dasar apakah maka Malaysia bersetuju menimbang kenaikan gaji dan memberi hak yang sama kepada amah seperti mana-mana pekerja yang berkelayakan?

Tahukah pemimpin (Melayu) kita bahawa masih ada anak-anak kita berkelayakan SPM menjawat jawatan kerani di syarikat-syarikat swasta dengan pendapatan RM700 – RM800? Apakah kelayakan seorang amah? Apakah mereka mendapat sijil pembantu rumah professional? Jika ada siapa yang mengeluarkannya? Dan atas standard apakah ianya dikeluarkan?

Purata seseorang majikan di Malaysia yang mempunyai pembantu rumah berpengalaman menukar pembantu rumahnya 3-4 kali. Penulis dan ramai di kalangan rakan penulis sendiri telah berpengalaman dengan lebih dari 4 orang pembantu. Ada juga yang sudah serik sama sekali hanya selepas mencuba 1 – 2 orang pembantu.

Pembantu rumah Indonesia walaupun dikatakan melalui latihan tetapi latihan yang diperolehi mereka adalah terlalu asas dan tidak banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Mereka tidak diajar tentang etika dan ‘common sense’ untuk membolehkan mereka menjadi pekerja yang boleh diharap, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Jika mereka inginkan hak yang lebih sebagai pekerja, maka seharusnya pemimpin kita menjadi pembela dan berjuang untuk rakyat Malaysia agar Indonesia memastikan bahawa pembantu yang mereka bekalkan itu benar-benar berkualiti dan layak diberikan hak sebegitu.

Seorang ketua pejabat tentu merasakan yang dia kerugian jika setiausahanya tidak mampu berbuat kerja-kerja kesetiausahaan, tidak dapat berfikir sendiri dan sering memerlukan tunjuk ajar dalam kerja-kerja paling asas sekalipun.

Begitu jugalah halnya dengan pembantu rumah. Lebih buruk, pembantu rumah tidak boleh dimarahi sepertimana kita memarahi setiausaha di pejabat kerana sikap mereka yang tidak berpelajaran, amatlah tidak dapat dijangka. Latarbelakang yang susah dan bermasalah juga mempengaruhi pembentukan peribadi dan mentaliti mereka.
Dengan keselamatan anak-anak terletak dalam tangan mereka, majikan perlu memikirkan berbagai risiko sebelum memarahi pembantu rumah yang tidak dapat bekerja dengan baik itu.

Maka, akhirnya majikan terpaksa mengalah dan menelan segala karenah pembantu rumah demi anak-anak. Apabila sudah tidak sanggup lagi menghadapinya, maka majikan akan terpaksa memperjudikan wang dan nasib sekali lagi, untuk menukar kepada pembantu rumah yang lain. Semua ini kini harus dilalui oleh majikan di Malaysia kerana pemimpin kita yang rata-ratanya Melayu, amat suka mengalah.

Pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu baru yang berani, maju, bijak dan lantang tetapi mereka sendiri masih pasif bila berjuang menegakkan hak, takut bila bila dicabar, lembab bila bertindak serta segan untuk bersuara bila ditawarkan wang dan kuasa.

Kita sayang pemimpin kita dan kita tidak mahu pemimpin kita dipijak, diperalat dan dipermainkan oleh sesiapa. Jika pemimpin kita diperlakukan begitu, bermakna kita juga diperlakukan begitu kerana pemimpin kita mewakili kita semua. Tetapi kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya jika dia sendiri pasif, takut, lembab dan segan silu tak menentu.

Kami orang-orang Melayu hanya memberi pandangan jujur agar pemimpin Melayu tidak tersungkur dan bangsa kita tidak hancur. Pandangan rakyat biasa seperti kami adalah ikhlas dari hati kerana kami sayangkan pemimpin seperti sayangkan bangsa kami sendiri.

Kami bukan terdiri dari mereka-mereka yang dibayar untuk menasihat dan kami juga tidak terlibat dengan mereka-mereka yang hanya menunggu masa untuk menjadi Perdana Menteri. Nasihat orang jauh, adakalanya lebih baik dari yang dekat kerana skop pandangan dari jauh adalah yang lebih luas dan menyeluruh.

Melayu itu bangsanya ingin berubah

Berusaha sudah, berdoa pun sudah

Namun,usaha Melayu itu tidak berbuah

Kerana pemimpin suka mengalah

Wallahuallam.

Oleh : Nihaz Mohd Yusoff
Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Jun 05, 2010

DAULAT TUANKU


MERAFAK SEMBAH

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH


SEMUGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI

AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH


SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN

HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

PADA 5 JUN 2010 BERSAMAAN 22 JAMADILAKHIR 1431H


SEMBAH TAKZIM DARIPADA

TAMINSARI





Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Jun 04, 2010

Selangor Bangkit : Kemana hilangnya peruntukan untuk selengaraan jalan-jalan negeri dan PBT Selangor!


















Jika kita lihat sejak dua tahun yang lalu, mutu penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan PBT sangatlah mendukacitakan termasuklah di kawasan ibu negeri Selangor Shah Alam. Salah satu sebab yang diberikan oleh agensi pelaksanaan ialah peruntukan yang diberikan tiada mencukupi.

Dalam konteks ini, penulis ingin menyentuh kepada kenyataan Menteri Kerjaraya , Datuk Shaziman Abu Mansor semasa membuat lawatan kerja di Klang pada 17 Mac 2010 yang telah menegur Kerajaan negeri Selangor dalam isu penggunaan peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES) iaitu peruntukan khas untuk menyelenggara jalan-jalan negeri dan PBT.

Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan MRRES sebanyak RM 315 juta kepada negeri Selangor pada tahun 2009, tetapi hanya disalurkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 45 juta kepada Jabatan Kerja Raya.

Daripada jumlah RM 315 juta, sebanyak RM 115 juta diperuntukkan kepada JKR Selangor dan selebihnya kepada JPS serta PBT. Akan tetapi kerajaan negeri hanya menyalurkan kpd JKR sebanyak RM 45 juta sahaja. Kemanakah baki RM 75 juta dibelanjakan oleh kerajaan negeri.

Mungkin Menteri Besar boleh memberi penjelasan dan maklumat terperinci tentang penggunaan peruntukan MRRES Selangor sebanyak RM 315 juta mengikut daerah dan kawasan-kawasan PBT sepanjang tahun 2009.

Shaziman sehubungan itu mengingatkan semua kerajaan negeri bahawa peruntukan di bawah MRRES hendaklah digunakan sepenuhnya bagi menyelenggara jalan dan bukan untuk digunakan bagi tujuan-tujuan lain.

Tambah beliau, sekiranya keadaan memerlukan kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan Pusat agar menyalurkan terus dana MRRES kepada JKR, JPS dan PBT terbabit jika timbul pelbagai masalah penyelenggaraan jalan di Selangor.

Jika peruntukan tersebut dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain, ini adalah penyalahgunaan kuasa. Jadi tidak terperanjat jika banyak jalan-jalan diseluruh negeri tidak dijaga dengan sempurna dan menyusahkan rakyat serta pengguna-pengguna jalan raya.

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Pusat yang begitu perihatin terhadap masalah pengguna jalan raya di Klang walaupun sebahagian jalan tersebut adalah jalan negeri. Terima kasih juga di atas keputusan kerajaan Pusat yang akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM 130 juta dalam RMK ke 10 untuk penambahbaikan jalan-jalan raya di Klang.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Jun 03, 2010

Artikel Pilihan : Isyarat Anwar untuk Pas!

PAS sepatutnya menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka.

Tidak kisah sama ada Anwar membuat keputusan sendiri atau berpakat dengan DAP dalam soal itu. Yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada Pas bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sebab itulah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tahu mengenainya. Malah Pas juga tidak dimaklumkan mengenai pemilihan Anwar sebagai calon utama Perdana Menteri (PM).

Sebenarnya, PKR dan DAP tidak ikhlas berkawan dengan Pas. Kalau mereka ikhlas, sudah pasti soal yang begitu penting akan dibincangkan bersama. Alasan beberapa pemimpin PKR bahawa apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah pandangan peribadi beliau juga boleh dipersoalkan.

Apa yang nyata, Anwar membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagi Anwar, walaupun membawa Pas masuk sebagai salah satu anggota dalam pakatan pembangkang, namun parti itu bukanlah suara utama yang perlu didengari.

Penasihat PKR itu lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas. Anwar amat menyedari sikap Pas yang terlalu inginkan kuasa politik. Justeru, Pas tidak akan membantah, sebaliknya akan mengikut apa saja telunjuk PKR dan DAP.

Soalnya, wajarkah Pas dilayan sedemikian rupa? Pas sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk berkongsi kuasa.

Pas mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas. Berbanding dengan PKR dan DAP, Pas jauh lebih berwibawa serta tokoh-tokohnya lebih dihormati di kalangan rakyat.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli Pas yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, Pas akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat.

Mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar. Seperkara lagi, kenyataan Anwar bahawa beliau menjadi calon utama PM memberi isyarat kepada Pas bahawa parti itu tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Atas dasar kesepakatan bersama, Pas juga mungkin akan didesak mengorbankan kerusinya kepada PKR seperti mana yang berlaku di Kelantan. Lebih daripada itu, kenyataan Anwar juga boleh dianggap ingin memberitahu Pas bahawa mereka tidak mempunyai pemimpin yang layak menjadi PM.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin atau ahli parti berkenaan berangan-angan untuk melihat ada pemimpin Pas akan menjadi pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang. Apa yang berlaku, Pas hanya dijadikan 'alat' oleh Anwar dan pemimpin DAP untuk menunjukkan kepada rakyat apa juga yang mereka lakukan mendapat restu pemimpin Pas, walaupun ada antaranya bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas.

Ketika diminta mengulas perkara ini, seorang pemimpin muda Pas ternyata kecewa dengan kenyataan Anwar, apatah lagi apa yang diperkatakan tidak dibawa berbincang dengan parti itu. ''Tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara Pas,'' katanya ketika dihubungi.

Itulah hakikat sebenar tetapi semua itu berlaku kerana sebahagian kepimpinan Pas terlalu taksub dan ghairah untuk mencatat kejayaan di dalam pilihan raya kelak. Tanpa mengambil kira kesannya kepada perjuangan dan kedudukan parti, Pas lebih fokus untuk berkongsi matlamat bersama PKR dan DAP demi menumbangkan BN.

Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan Pas. Kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada Pas apabila dianggap hanya menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Anwar adalah seorang politikus yang licik, beliau amat memahami bagaimana untuk memanipulasikan Pas di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu. Beliau juga bijak bermain kata-kata bagi mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Sebab itulah, Anwar begitu terbuka bercakap soal pelantikan TPM II untuk DAP.

Matlamat Anwar hanya satu iaitu menjadi PM, soal sama ada tindakannya akan menjejaskan rakan-rakan dalam pakatan terutamanya Pas bukanlah menjadi perhitungan utama. Oleh itu, persoalan yang timbul kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?

Apa yang diperkatakan oleh Anwar sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak kisah sama ada cadangannya akan diprotes oleh Pas atau tidak. Sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan Pas, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, jika Pas benar-benar ingin mengetahui keikhlasan PKR dan DAP, mereka perlu memutuskan dari sekarang berapa jumlah kerusi yang mereka akan dapat untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti dan apakah posisi Pas di dalam Kabinet bayangan Anwar.

Jangan sampai di dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya Pas akan menerima nasib 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.'

Zulkifli Bakar
Suara Politik
Taminsari

Selasa, Jun 01, 2010

Israel laknat : Dunia patut kutuk Israel bunuh aktivis bantuan kemanusiaan!



















Tidak ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

Setakat 9 malam tadi, 19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan terbunuh apabila tentera dan komando Israel menyerbu kapal-kapal mereka yang sedang belayar menuju ke Gaza.



















Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.

Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasi dijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.






















Sementara itu, beberapa konvoi kapal yang diketuai oleh kumpulan aktivis pro-Palestin dari Malaysia, Indonesia dan beberapa negara telah sampai lebih awal dan kumpulan aktivis pertama ini terutama dari Malaysia dan Indonesia diberi penghormatan untuk menjaga keselamatan konvoi bantuan yang bakal tiba.

Kumpulan pertama inilah yang berhadapan dengan tindakan komando dan tentera Israel yang cuba menghalang ketibaan flotila keamanan ini ke Gaza.

Mereka sanggup bergadai nyawa belayar beribu-ribu kilometer meredah laut lepas semata-mata untuk membantu penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dan terpenjara di bumi sendiri bertikutan tindakan Israel mengenakan sekatan pergerakan ke atas penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan.




















Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.

Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan.

Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.




















Dakwaan Israel, komandonya bertindak membunuh aktivis tersebut kerana aktivis berkenaan menyerang mereka adalah tidak berasas sekiranya komando Israel tidak bertindak menaiki dan menyerang kapal-kapal mereka.

Seluruh dunia patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel ini kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata. Masyarakat dunia mendoakan keselamatan aktivis yang lain serta kejayaan misi ini. Semoga roh aktivis yang terkorban dirahmati Allah.

Sementara itu : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah mulai malam ini bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, solat hajat itu diharap dapat diadakan serentak di seluruh negara selepas solat Maghrib hari ini dan juga selepas solat Jumaat ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini sebagai reaksi terhadap keganasan tentera Israel ke atas kapal Mavi Marmara yang terlibat dalam misi `Flotila Kebebasan' bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.- UM.

InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari