Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 06, 2010
P212 Sibu : Setelah Menghina Orang Sarawak, PAS Masih Sanggup Ke Sibu!
Anak kelahiran Sarawak Pasti Marah Kalau Baca kenyataan Berikut : Hadi Awang Berkata Orang Sarawak Tak Reti Mengundi sebabnya mereka masih pakai 'cawat'..!
Pada 11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," . Ini satu penghinaan kepada orang Sarawak. Di Kelantan dia bercakap lain, nanti pergi ke Sibu lain pula yang akan dicakapkannya. Cakap sudah tidak molek, semuanya sudah terikut-ikut perangai "sesumpah" Anwar Ibrahim.
PAS Selangor bantu calon DAP di Sibu
Kali ini atas semangat setiakawan dan pakatan politik, PAS Selangor turut menghantar petugas parti itu untuk membantu calon DAP berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 16 Mei.
Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang timbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu. Dalam pilihan raya umum 2008, Lau menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chun Chung dengan majoriti 3,549 undi. Wong telah dipilih oleh DAP untuk sekali lagi bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil kali ini.
BN pula telah mengumumkan pemilihan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN. Sementara itu, ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Mohd Shahir berkata seramai 350 petugas PAS negeri itu akan berada di Sibu bagi memenangkan calon DAP itu.
'Mereka adalah wakil kawasan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama. Markas besar PAS Selangor berada di Jalan Masjid di bandar Sibu," katanya dalam satu kenyataan. Roslan berkata, rombongan PAS Selangor diketuai pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Ali yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor; setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dan beliau sendiri.
"PAS Selangor menjangkakan dengan gerak kerja yang tersusun dan berdisiplin serta sokongan kuat dari semua petugas Pakatan Rakyat, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek, mempunyai harapan cerah untuk merampas kerusi parlimen itu dari BN," kata Roslan.
Komen : Ibarat hidung tak mancung, pipi terserong-serong. Adakah tujuan PAS menghantar para petugas mereka ke Sarawak semata-mata untuk mengambil hati rakyat Sarawak setelah Presiden PAS, Ustaz Haji Hadi sendiri menyindir dan menghina rakyat Sarawak sebelum ini iaitu semasa PRk Batang Ai! Haji Hadi tidak perlu mohon maaf secara terbuka kerana hati orang Sarawak telah terluka di atas keceluparan Haji Hadi.
Rakyat Sibu perlu menilai samada Pembangkang atau Kerajaan yang mampu membela rakyat. Adakah rakyat Sibu mahu menyokong mereka yang celupar ini. Rakyat Sibu sudah bijak untuk menilai 'Parti Sesumpah' ini yang bijak menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik sempit mereka. Begitu juga dengan Parti Perkauman sempit seperti DAP. Kajilah semula fakta ini sebelum memberikan undi kepada mereka.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan