Khamis, Mei 27, 2010

Nasihat kepada PAS : Jangan permainkan HUKUM – Apa bezanya antara ARAK dan JUDI!

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya ( tentulah termasuk sama babi ) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”.

Sama juga semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Agak menghairankan juga apabila melihat gelagat ahli-ahli dan para pemimpin PAS tentang isu judi bola ini! Mengapa mereka beria-ria sangat membantah apabila kerajaan BN meluluskan judi bola sempena pertandingan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Setiap minggu kelihatan mereka akan berdemo dimasjid-masjid di seluruh negara. Pemimpin-pemimpin mereka bersilihganti mengeluarkan ‘ fatwa’ masing-masing mencemuh kerajaan kerana dikatakan ‘menghalalkan’ judi bola.

Memang benar judi tu haram. Semua orang UMNO dan Melayu Islam lain pun tak suka berjudi kerana mereka tahu judi itu adalah haram. Tetapi bukankah judi dibolehkan untuk bukan Melayu/Islam. Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan sendiri pernah berkata jika sesuatu yang sudah menjadi budaya atau cara hidup bagi bukan Islam, jika ianya diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.( berjudi dan sebagainya ).

Jadi apa bezanya dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan PAS diKedah dan Kelantan dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan BN kepada judi bola? Mungkin kerajaan BN juga memikirkan untuk menjaga hati bukan Melayu, maka lesen judi bola dibenarkan. Mengapa perlu ada ‘ double standard ‘ dalam membuat keputusan. Adakah ini bermakna kalau PAS buat boleh dan BN buat tak boleh? Bukankah PAS selalu mencanangkan bahawa rakyat sudah cerdik dan sudah tahu membezakan antara kaca dan permata, jadi mengapa PAS perlu risau! Kalau PAS dah tahu arak dan judi itu haram disisi Islam tak perlulah berdalih untuk mempermainkan hukum demi menjaga hati bukan Islam!

Semasa PAS memberi kelulusan lesen judi, arak dan sebagainya kepada bukan Islam, adakah mereka pernah terfikir yang orang Islam juga akan turut sama berjudi dan minum arak! Tidak bukan dan mungkin tidak ada syak wasangkakan. Bermakna mungkin PAS terfikir bahawa tidak akan ada orang Islam di Kelantan dan Kedah yang nak berjudi dan minum arak jika mereka tahu perkara itu adalah haram di sisi Islam. Mungkin kerajaan BN pun berfikiran yang sama!

PAS jangan ingat orang Melayu Islam dinegara ini suka berjudi kerana mereka pun tahu JUDI itu haram bagi Islam. Bagi penulis semua ini bergantung kepada individu Islam itu sendiri. Kalau dah tahu judi tu haram , maka tak perlulah berjudi! Tak perlu berwasangka buruk terhadap orang Melayu Islam lain dinegara ini kerana mereka pun tahu membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Penulis pun bersetuju jika semuanya diharamkan sama sekali tidak kira arak, judi dan sebagainya, tetapi bagaimana pula dengan reaksi bukan Islam nanti. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

  1. Oleh kerana susah difahami, elok tengok apa yang tersirat. Dulu Anwar bagi lesen judi kepada kroninya di Sabah. Kini dia tidak lagi di dalam BN maka kroninya tidak ada peluang lagi. Maka peluang untuk mendapat duit sudah tiada. Oleh itu dicanangkan bahawa lesen ini tidak boleh, dan PAS yang kurang rasional (kerana pandai menghafal tapi tidak tahu menilai = taqlid)pun beria-ia sokong. Ini agaknya.

    BalasPadam
  2. Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

    "Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

    Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini.

    Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaah Islami itu, mereka terkejut. Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!” Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

    Anwar! oh Anwar..!

    BalasPadam
  3. Salam,

    1 Bagi umat Muslim, apakah tolok ukur [standard] yg sewajibnya digunakan utk berhujah tentang haram-'halal'nya judi & arak serta memperdagangkannya? Kehendak para penjudi & kaki arak atau ketetapan al-Quran?

    2 Menghormati hak2 non-Muslim, kata mereka. Bagi kaum Muslim, khususnya yg memegang tampuk pemerintahan, utk menjamin & mewujudkan kesejahteraan hidup & memelihara kehormatan rakyatnya,
    yg Muslim & non-Muslim, ialah dgn berusaha brsungguh2 menjauhkan apa saja perkara yg dapat mendatangkan kerosakan bagi mempastikan mereka tidak dijerumuskan kdp kejahatan
    & kemudharatan, termasuk membasmi budaya judi & arak. Di situlah tuntutan yg dipertanggungjawabkan ke atas setiap Muslim; malahan tambah dituntut lagi ke atas pemerintah Muslim, kerana ini merupakan antara fungsi besar pemerintah Muslim sebagai induk bagi seluruh kerja2 dakwah bagi menzahirkan kemuliaan lslam; bukan sebaliknya mengambil kesempatan menyemarak & menyebar-luaskan kemaksiatan di kalangan non-Muslim semata-mata kerana mereka tidak mengenal dosa-pahala & halal-haram arak & judi. Bagaimana pula di pihak pemerintah Muslim yg memang mengetahui benar hukum2 tersebut?

    3 lnilah yng sedang mereka [para pemerintah Muslim itu] kerjakan, iaitu menjermuskan rakyat mereka sendiri ke lembah kehinaan, dgn meng'halal'kan & memperdagangkan kedua-dua kerosakan tersebut, lalu mengambil untung [cukai/mukus/bea] drp kerosakan2 yg mereka jana itu. Alangkah hinanya mencari nafkah/ pendapatan utk menampung kehidupan rakyat & negara dgn cara ini.

    4 Yg tambah menghina lslam itu sendiri ialah; apabila ada satu pihak drp kalangan umat Muslim berhujah pihaknya meng'halal'kan perniagaan arak & judi kerana pihak Muslim lain pun melakukan perkara [kemungkaran] yg sama.

    5 Mengapa asas/ hujah ini yang digunakan oleh Umno/Bn & Pas/Pr dlm pertelagahan isu arak & judi ini? Dlm Umno Muslim. Dlm Pas pun Muslim. PKR pun dikepalai ramai Muslim. Kerajaan Umno ada majlis ulama'nya. Dlm Pas apatah lagi. Tapi, kenapa kita HANYA mendengar kesenyapan saja dari golongan ini? Ke mana perginya mereka? Kenapa tidak dibawa puak2 yg bertelagah atas judi & arak ini ini kembali kpd apa yg lslam telah tetapkan tentang arak & judi ini? Bukankah hukumnya telah selesai di dlm al-Quran yang diimani oleh kedua-dua pihak orang2 lslam ini & oleh para ulama' mereka juga? lslam bagaimana yg mahu mereka cuba tunjukkan kepada Muslim & non-Muslim yg mereka pimpin? Orang lslam sangat benci & marah kalau dituding sebagai penganut lslam liberal.

    6 Kenapa dibiarkan orang lslam berhujah tentang 'halal'-haram judi & arak serta pergdagnagnnya dari kacamata dan kehendak kafir/ non-Muslim kaki judi & kaki arak? Walhal tidak semua mereka berjudi & minum arak atau bahkan membencinya. Siapakah yang sebenar2nya suka kdp perdagangan arak & judi ini? Kenapa & utk apa? Adakah sumbernya, iaitu pernah berlaku pada zaman Rasululah SAW dan pemrintahan2 lslam [Khilafah] yg kemudiannya?

    7 Cukai perdagangan sebagai punca pendapatan? Sesiapa sahaja yg menetapkan & memungut cukai perdagangan drp warganegara, sila baca hukum tentang usyur/maksin/mukus. Sabda Nabi SAW, maksudnya, "Tidak akan masuk syurga orang yang menetapkan & memungut 'mukus' [usyur, bea/cukai perniagaan] drp warganegara]" {Riwayat al-Hakim]

    8 Tidak pernah di dlm sistem hukm syariat lslam, kalangan Ahluz dz-Dzimmah dikenakan cukai selain jizyah [& cukai khusus jika mereka mengusahakan tanah kharajiyah/
    tanah negara]

    9 Sudah terlalu jauh umat Muslim dipesongkan olh pmikiran [politik/ ideologi] yg bukan bersumber drp wahyu [lslam/al-Quran] sehingga ke tahap pembuatan hukum2 yg bukan2. Dan ini hanya dapat diluruskan jika Daulah Khilafah lslamiyyah berdiri, lalu melaksanakan syariat Allah sebagai sistem yg mengatur hidup [ad-deen] secara kaffah.

    Wallahu a'lam.

    BalasPadam