Jumaat, Mei 14, 2010

Hindraf cuba cari publisiti murahan : Kejadian AMUK di Kuala Selangor terkena peluru sesat!

Ekoran kejadian AMUK di Kampung Kuantan, Kuala Selangor baru-baru ini, Hindraf mengambil kesempatan untuk memburukkan imej polis dengan menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor pagi tadi. Mereka menuntut supaya pegawai polis yang terlibat didalam kejadian tersebut di pecat!

Empat orang anggota polis terlibat semasa kejadian tembak orang gila yang mengamuk dengan menggunakan sebilah pisau rambo di Kampung Kuantan, Kuala Selangor baru-baru ini. Kejadian yang berlaku pada malam ahad 9-5-2010 itu telah menyebabkan seorang Ustaz ditikam ketika cuba hendak menangkap orang gila tersebut. Pihak polis yang datang ketempat kejadian sudah pun memberi amaran awal, tetapi mereka pula diserang. Pihak polis tiada pilihan lain lalu terpaksa melepaskan tembakan setelah amaran tidak diendahkan, tetapi tidak mengenai orang gila yang mengamuk itu. Malah dikatakan seorang pemuda India yang berada berdekatan dengan tempat kejadian terkena peluru sesat!

Orang kampung berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyelamatkan nyawa mereka. Ustaz yang tercedera ketika cuba menangkap orang gila itu telah mendapat 6 jahitan akibat dari tikaman.

Akan tetapi kejadian ini mendapat bantahan dari HINDRAF dan pada hari ini jam 11.30 pagi mereka telah berpiket dan menghantar memorandum kepada pihak polis Kuala Selangor meminta supaya keempat-empat orang pegawai polis yang terlibat dikenakan tindakan pecat! Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut kerana seorang pemuda keturunan India telah tercedera akibat terkena peluru sesat.

Dari sumber-sumber yang diperolehi ketika polis sampai ketempat kejadian, pihak polis bergegas cuba menyelamatkan Ustaz yang telah tercedera ditikam oleh orang gila tersebut dan polis telah memberi arahan supaya orang ramai menjauhi dari tempat kejadian. Akan tetapi seorang pemuda India kelihatan masih berdegil untuk beredar dari tempat kejadian di kawasan tersebut. Dan ketika orang gila mengamuk itu cuba untuk menyerang polis pula, polis terpaksa melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai orang gila yang mengamuk itu. Malah dikatakan pemuda India yang berdegil untuk beredar dari tempat kejadian terkena peluru sesat!

Kelihatan pihak HINDRAF mengambil kesempatan cuba memainkan isu ini dengan menuduh pihak polis menembak seorang yang berketurunan India walaupun mereka tahu ada orang gila yang mengamuk dengan bersenjatakan pisau rambo telah mencederakan seorang Ustaz sehingga terpaksa menerima 6 jahitan dalam usaha beliau menyelamatkan nyawa penduduk kampung!

Polis sudah memberi arahan supaya semua yang ada ditempat kejadian supaya beredar, tetapi disebabkan kedegilan seorang pemuda India beredar dari situ membuatkan beliau telah terkena peluru sesat. HINDRAF cuba mencari publisiti murahan dengan memainkan isu keturunan India ditindas oleh pihak polis!

Sumber : Juragan Malawati

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

  1. Mamat tu ingat dia tu kebal barang kali...

    Dah biasa bayar niat dekat Batu Cave agaknya....

    BalasPadam
  2. Amuk sekali lagi jangan panggil Polis, panggil hero-hero HINDRAF
    Kita tengok lagu mana depa tangani kes. Depa punya bising, orang gila amuk pun lari menyelamatkan diri!
    Yes, bila ada amuk panggil saja hero-hero HINDRAF!

    BalasPadam
  3. Polis dan kerajaan perlu ambik tindakan pada kumpulan2 spt ini..ambil tindakan undang2 sendiri sebelum hasil siasatan dijalankan.

    Jika tidak diambil tindakan..kelak akan lahir macam2 kumpulan yg buat perkara yg sama.

    Ni ler mencemarkan jabatan2 kerajaan.

    BalasPadam
  4. Aku dah agak dah.. Bukan peluru yang sesat, mamat keling tu yang sesat pegi berdiri kat tempat yang tak sepatutnya.
    Kalau dah tau ada orang mengamuk, yang pegi berdiri kat situ buat apa?? Memang nak mati cepat agaknya! HINDRAF pun sama bodoh!

    BalasPadam
  5. Itu sebab KPN pun Fed up dengan puak puak yang sama spesis macam ni.
    Lap top, lu sama dengan hotak KPN, kalau dia baca komen lu tentu dia senyum,lain kali kalau ada orang mengamuk ka, orang merompak ka, orang merogol ka atau apa apa la, kita panggil Hindraf selesaikan masalah.

    BalasPadam