Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.
Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.
Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.
Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.
‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.
Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.
Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.
‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.
Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.
‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.
‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.
BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN )
Suara Politik
Taminsari
Ingatkan surat rahsia maha dahsyat? Gempak aje lebh ezam kotak ni.
BalasPadamApakah kita ingin anak-anak Melayu merempat di bumi sendiri...Tolak calon MIC. Melayu selamat.
sdr Hashim diatas tu boleh tunggang kuda lah lepas ini..kuda nama Kelantan
BalasPadamwei Hashim jgn nak jadi racis.org mcm kau ni lah boleh memporak-perandakan kehidupan berbilang kaum.kita ni hidup kat Malaysia ni berbilang kaum bukan mcm kau nak hidup sorang2.bila ada bukti yang anwar iaitu bos aljuburi kau ada kena mengena ngan Yahudi kau sangkal lak.hek eleh kau ni dah kena ngan dia ni...wei sumpah laknat dulu baru boleh citer...kalau tidak kau duduk diam2 x yah keluar kenyataan orang x cukup akal!
BalasPadamSebagai seorang bekas pelajar yang radikal dan pernah tinggal dalam buangan diluar negara untuk sekian lama sepatutnya sdr Hashim bersyukur kerana telah dapat pulang semula ke tanahair atas 'ehsan' seseorang?
BalasPadamSebaik-baiknya jangan lah jadi macam melepaskan anjing yang tersepit atau mengharapkan pagar, tetapi pagar makan padi! Harap fahamlah maksudnya. InsyaAllah.