Isnin, Mac 29, 2010

YB Zahrain dan Zulkifli Dah ‘Londehkan’ Anwar Dan PKR, Mat Sabu Tunggu Bila Lagi!

Baru-baru ini dua orang YB bebas iaitu Datuk Seri Zahrain dan Yb Zulkifli telah ‘melondehkan’ Anwar Ibrahim didalam persidangan Parlimen sehingga membuatkan ‘suhu’ didalam Dewan agak kepanasan. Anwar yang kelihatan seperti cacing kepanasan dan tergamam dengan tindakan dua orang bekas pengikutnya terpaksa ‘lari’ keluar negara untuk mendapatkan talian hayat bagi membantu beliau!

Kalau kita masih ingat dalam ‘kes liwat 1’ Anwar, Mat Sabu iaitu salah seorang kawan baik Anwar kerana mereka sekampung tahu akan cerita liwat Anwar bersama Karpal Singh sehinggakan Karpal menjaja kes liwat 1 ketika itu di Sidang Parlimen. Kes liwat 1 telah dibawa ke mahkamah dan Anwar didapati bersalah di mahkamah Tinggi. Setelah membuat rayauan akhirnya Anwar terlepas di sebabkan kesalahan teknikal!

Jadi untuk kali keduanya, penulis nak tahu kenapa sampai sekarang Mat Sabu masih berdiam diri tidak mahu menceritakan hal yang sebenarnya ( kes liwat 1 ) kepada umum tentang salahlaku sex luar tabii Anwar! Mat Sabu tidak seharusnya memejamkan mata dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu membuktikan apa yang dikatakan dahulu walaupun Anwar sudah terlepas dari dijatuhkan hukuman.

Adakah oleh kerana Anwar sudah ‘ sekapal ‘ dengan mat Sabu sekarang, maka Mat Sabu harus menyembunyikan kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar. Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara Pas ini. Mat Sabu telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar , orang kampungnya.

Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar ini diketahuinya. Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar ? Inilah yang menjadi persoalannya.



















Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu perangai sebenar Anwar ini malah seluruh pemimpin PAS juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin Pas ini hanya membisu? Dalam soal ini PAS tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa PAS sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. PAS yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar ini untuk menyokong PAS. Malah PAS juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan PAS, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik PAS yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA….KUASA.

Mat Sabu juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari tauke judi Magnum – Datuk Nalla. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini. Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik PAS yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka PAS akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya.

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama. Wallauallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

  1. MAT SABU PUN TELAH DILIWATI JUGA. ITU YANG MULUT DIA PUN BISU. CAKAP AJE BAB ISLAM. HARI INI LAIN , ESOK LAIN. ISLAM HOTAK DIA ORANG

    BalasPadam
  2. MAKROF
    Akhir zaman memang banyak fitnah dan inilah salah satu petanda pada catatan saudara. Orang beriman lebih takut pada catatan Rakib dan Atib dan apakah asas pada catatan saudara.

    BalasPadam
  3. Ramai orang nak buat blog tapi tiada ilmu. Ilmu yang ada hanya pandai komputer dan ICT ini lah masalah nya hingga catatan tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah tapi lebih kepada nafsu amarah

    BalasPadam