Selasa, Mac 09, 2010

Jangan terus diperbodohkan!

UTUSAN: Apakah kepincangan utama pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR?

NOH: Saya melihat antara modus operandi pembangkang ialah sengaja mencipta isu baru supaya rakyat mudah terlupa dengan janji-janji mereka, apabila isu berkenaan berjaya diperbesarkan dan rakyat memberikan perhatian. Bermakna, matlamat mereka mempolitikkan segala benda sudah berjaya.

Sebenarnya terdapat banyak masalah dalaman pembangkang, antaranya hubungan 'panas-sejuk' Pas dan DAP yang memang langsung tiada titik pertemuan dan persefahaman daripada segi perjuangan, ini kerana prinsip mereka jelas tidak sama.

Apabila Pas bercakap mengenai Islam maka DAP akan terus 'menyahut' dan memberi amaran keras menyuruh Pas berhenti dan jangan sesekali menyentuhnya kecuali selepas berbincang dahulu. Ini antara bukti perjuangan kedua-dua parti tiada titik pertemuan.

Bagi Selangor, wujudnya pertelingkahan antara Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr. Hasan Ali dan Exco DAP, Ronnie Liu yang saling cabar-mencabar dan mengkritik secara terbuka antara satu sama lain terutama dalam isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ronnie meminta Hasan diambil tindakan dan pada masa itu kita lihat orang-orang Pas cuba untuk menjadi jaguh yang kononnya hendak menegakkan Islam tetapi akhirnya mereka berbaik-baik dan berpeluk-peluk.

Pakatan pembangkang dilihat sengaja mempolitikkan semua isu daripada menunaikan amanah besar yang diberikan rakyat kepada mereka, bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?

Antara isu baru yang dimainkan oleh PKR ialah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang jelas dipolitikkan sehingga duit hutang yang dibayar dipulangkan semula. Ini menunjukkan mereka telah menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya, mereka ingat apabila berkuasa boleh melakukan apa sahaja.

Dahulu mereka bercakap soal rasuah tetapi apabila memerintah telah menggunakan peruntukan sesuka hati mereka dan bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat, mulalah menyalahkan suruhanjaya itu.

Cara mereka adalah menyalahkan institusi kerajaan dalam setiap perkara yang tidak menyebelahi mereka, seperti kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemelut Menteri Besar Perak, mereka menyalahkan mahkamah dan memanipulasi kes tersebut untuk meyakinkan rakyat bahawa mahkamah tidak betul.

Jadi, saya harap rakyat dapat menilai, jangan terus diperbodohkan lagi bagi kali kedua, bukalah mata dengan pelbagai janji kosong mereka berbanding dengan pelaksanaan dan tindakan mereka sekarang. Apa yang mereka laung dan perjuangkan dahulu, semuanya sudah berpusing 360 darjah.

Berdasarkan kepada beberapa contoh itu, adakah Datuk Seri melihat rakyat sudah mulai sedar kesilapan yang mereka lakukan kerana memilih pembangkang?

Ia mudah sahaja dengan melihat ke dalam PKR itu sendiri apabila tokoh-tokoh besar dan penting seperti bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Salehudin Hashim meninggalkan parti. Apa signifikannya apabila orang yang rapat dengan presiden pun sanggup meletak jawatan, jadi rakyat boleh membuat penilaian sendiri bila melihat mereka yang berkepentingan, berjawatan dan berjuang habis-habisan sebelum ini pun lari.

Apatah lagi orang lain iaitu ahli biasa dalam PKR yang hanya sekadar lihat daripada jauh dan hanya beri sokongan sebagai pak turut.

Tinjauan Merdeka Centre mendapati bahawa populariti Menteri Besar (Abdul Khalid) merudum tetapi sokongan kepada pakatan pembangkang masih lagi tinggi. Apa komen?.

Perkara ini (sokongan) tiada siapa yang boleh tentukan sehingga tibanya kepada keputusan pilihan raya nanti. Pembangkang sudah pasti akan kukuhkan pengaruh mereka dengan kuasa yang dimiliki dan begitu juga BN sudah tentu akan meneruskan usaha meyakinkan rakyat bahawa kita adalah parti yang betul-betul membela nasib rakyat.

BN sudah mempunyai rekod baik selama 52 tahun berkhidmat kepada rakyat dan memerintah negara, pembangkang yang baru memerintah dua tahun sahaja pun sudah wujud pelbagai skandal, rakyat sudah boleh melihat dan menilainya.

Benarkah pandangan mengatakan UMNO Selangor dilihat masih lemah dan tidak menyusun strategi sewajarnya bagi merampas kembali negeri ini?

Itu adalah persepsi masing-masing dan terpulanglah untuk membuat andaian kerana yang pasti UMNO bukan sahaja meneruskan pelbagai program seperti biasa malah ia dipergiatkan lagi, termasuk mendapat bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan kepada kita.

Masalahnya, pihak yang menuduh itu tidak mengikuti sendiri pergerakan kita, oleh itu sampai bila-bila mereka akan menyatakan bahawa UMNO Selangor 'tidak berjalan'.

Kenapa UMNO Selangor tidak menampilkan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar sekiranya BN memerintah. Dalam perkara ini pemerhati melihat ia amat penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat?.

Sekarang tugas yang paling penting ialah usaha menarik kembali keyakinan rakyat kepada perjuangan BN, jadi dalam perkara ini adalah lebih baik kita bekerja sebagai satu pasukan.

Bagaimana dengan sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN sehingga kini?

Saya melihat sambutan rakyat pelbagai kaum semakin meningkat dan memberangsangkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan ke pelbagai majlis anjuran BN, ia petunjuk keyakinan rakyat kepada kita.

Jika dibandingkan dahulu iaitu semasa dan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kebanyakan program anjuran pembangkang mendapat sambutan hangat tetapi pada masa ini keadaan sebaliknya berlaku, ia semakin berkurangan, besar kemungkinan berpunca daripada kesedaran rakyat yang mula muak dengan retorik dan janji-janji kosong mereka.

Apakah nasihat Datuk Seri secara khusus kepada pengundi Melayu yang sebelum ini memilih pembangkang untuk menerajui Selangor?

Ia mudah sahaja, setiap parti boleh membawa pendekatan berbeza fahaman politik tetapi secara wajibnya tidak boleh sesekali menggadai dan mempolitikkan pegangan akidah.

Lihat sahaja pada isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, ia bukan isu main-main tetapi melibatkan soal akidah.

Persoalannya bagaimana Anwar dan PKR boleh bersetuju dan berkompromi dalam isu kalimah Allah ini, sedangkan Sultan Selangor telah bertitah bahawa menurut Enakmen Selangor perkataan itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Selain itu, apa dan mana pendirian Pas dalam perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang secara terang-terangan menyokong penggunaan kalimah itu bukan sahaja tidak diambil tindakan oleh parti itu tetapi langsung tidak diberikan sebarang surat tunjuk sebab.

Bagi saya, secara penuh adabnya sekiranya Pas tidak bertegas dengan ahli-ahlinya, rakyat dapat menilai seolah-olah mereka seperti mempunyai dua persimpangan yang boleh dilalui pada bila-bila masa mengikut keperluan yang menguntungkan.-UM

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

  1. "Persoalannya bagaimana Anwar dan PKR boleh bersetuju dan berkompromi dalam isu kalimah Allah ini,"

    Kompom Noh Omar ni tak baca fatwa Yusuf Qardawi, Ketua Ulama sedunia.

    BalasPadam
  2. Salam...

    Semalam genaplah dua tahun, tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang.Kedah diketuai oleh Pas, Pulau Pinang (DAP) dan Selangor (PKR). Jika sebelum ini apabila genap setahun memerintah, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan mereka dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana setelah dua tahun?Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan?

    Tempoh dua tahun yang diberi kepada pakatan pembangkang bagi mentadbir beberapa negeri membuktikan pakatan rapuh itu tidak bersedia menjalankan tugas selaku kerajaan.

    Sebaliknya pemimpin kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di beberapa negeri dilihat lupa menjalankan tugas sebagai parti pemerintah apabila fokus utama mereka adalah terus mengkritik Barisan Nasional (BN).

    Semua mereka juga yakin rakyat di negeri dikuasai pembangkang akan kembali menyokong BN apatah lagi dengan transformasi kepada kerajaan dan parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau percaya kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu didorong rasa tidak puas hati rakyat yang kemudiannya berjaya dimanipulasi pembangkang.

    Namun, katanya, rakyat mula sedar pakatan itu mula pincang sehinggakan kerajaan campuran di beberapa buah negeri gagal menunaikan janji untuk bersikap adil dan menjaga kebajikan semua rakyat.

    "Jadi ini peluang terbaik untuk BN menarik semula sokongan rakyat. BN perlu berusaha keras untuk kembali menjadi nadi kepada kemakmuran dan kemajuan rakyat agar sokongan terhadap kita akan terus kukuh.

    "Kita mempunyai pemimpin yang kuat dan rapat dengan rakyat. Tidak pernah saya lihat Perdana Menteri yang begitu dekat dengan rakyat seperti Najib selepas era pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra," katanya.

    bersambung...

    BalasPadam
  3. sambungan..

    Pandangan Foon Meng disokong Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, yang menyifatkan kelangsungan pakatan pembangkang hari ini bukanlah kerana kekuatan dimiliki mereka sebaliknya kerana fitnah serta serangan yang dilakukan ke atas BN.

    "Kekuatan mereka juga hanya bergantung kepada personaliti pemimpin tertentu seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia jelas hanya bersifat oportunis dan tidak akan bertahan lama.

    "Di Pulau Pinang pun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng asyik memuji diri sendiri dan memutar belit kononnya Pulau Pinang hari ini lebih baik berbanding dahulu.

    "Hakikatnya, prestasi kerajaan Pulau Pinang hari ini adalah lebih teruk terutama dari sudut ekonomi. PKR pula berpecah teruk di negeri itu. Jadi bagaimana boleh dikatakan mereka mentadbir negeri dengan baik?" soalnya sinis.

    Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas, perumpamaan paling mudah untuk menggambarkan pemerintahan pembangkang di beberapa buah negeri adalah 'ibarat kera mendapat bunga'.

    "Mereka tidak bersedia untuk memerintah. Kebanyakan dilakukan mereka mempunyai agenda tersirat dan mencemar nama negara di mata dunia, tiada langsung yang membanggakan.

    "Rakyat yang meletak harapan kepada mereka terbukti silap. Adalah lebih baik kita bersatu di bawah payung BN daripada memberi mandat kepada parti yang tidak berminat langsung untuk memerintah negara," katanya.

    Tepuk dada tanya selera!

    BalasPadam
  4. Salam fS-86..

    Kalau Kristian hendak menggunakan khalimah ALLAH, mengapa mereka tidak mahu akan Nabi Muhammad saw? Bukankah bagi orang Islam khalimah Allah itu datang sekali dengan Nabi Muhammad. Bila kita mengucap dua khalimah shahadat, adakah kita akan tinggalkan salah satunya? Mengapa Kritian tidak mengaku akan kewujudan Nabi Muhammad jika mereka inginkan Khalimah Allah? Harap anda dapat faham apa yang dikatakan ini? Wallahuallam...

    BalasPadam
  5. Setelah dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor ini apa yang kita nampak, prestasi ekonomi negeri tidak begitu memberangsangkan terutamanya dari segi perolehan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan penurunan kepada RM6.7 bilion pada 2009.

    Berbeza dengan jumlah FDI pada 2008 yang mencatatkan angka sebanyak RM11.8 bilion dan jumlah tersebut merupakan hasil strategi ekonomi kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang berjaya menarik pelaburan sepanjang 2006-2007, iaitu sebelum pilihan raya umum. Penurunan FDI di Selangor ini disumbang atas kegagalan kerajaan negeri pakatan pembangkang melaksanakan rancangan untuk menarik pelabur ke Selangor.

    Malah, kerajaan negeri juga turut bermasalah dari segi imbangan perbelanjaan dan pendapatan. Pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM1.4 bilion tidak setara dengan perbelanjaan negeri sebanyak RM2 bilion yang menyebabkan bajet kerajaan negeri mengalami defisit.

    Dari aspek sosial juga turut memberi kesan negatif berikutan pertambahan rumah urut di Selangor yang kini dianggarkan sebanyak 4,000 buah berbanding 700 pada pentadbiran BN dahulu yang membekukan lesen pusat berkenaan. Malah pertambahan pusat urut juga turut mengundang kepada masalah sosial di kalangan rakyat.

    Manifesto pakatan pembangkang pada mulanya yang sebahagian kecil dilaksanakan seperti pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu iaitu bersamaan RM11.80 kepada isi rumah. Memang pelaksanaan manifesto ini ada memberi kebaikan, akan tetapi ia sebenarnya tidak mencapai sasaran.

    Ini kerana, sebilangan besar rakyat yang tinggal di flat dan pangsapuri tidak menikmati kemudahan tersebut kerana mereka perlu menukar meter pukal kepada individu terlebih dahulu. Sepatutnya jika kerajaan negeri mahu melaksanakan manifesto tersebut, mereka perlu memastikan pengunaan meter individu dikuatkuasakan terlebih dahulu.

    Perlu diingat bahawa majoriti mereka yang tinggal di flat, pangsapuri kos sederhana terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Bagi saya pelaksanaan air percuma itu lebih menguntungkan mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi yang tinggal di banglo atau rumah teres.

    Selain itu, pemberian insentif anak ke universiti yang layak juga turut tidak menyeluruh. Ketika BN dahulu, kita memang ada beri insentif berkenaan dan ia dilakukan secara berterusan. Sebaliknya kerajaan negeri sekarang difahamkan tidak melaksanakan secara keseluruhan dan hanya dibuat mengikut kawasan tertentu sahaja, bukan seluruh Selangor. Sama juga dengan pemberian bantuan khairat kematian yang dilihat hanya bersifat selektif.

    Malah, janji kerajaan negeri untuk memberikan elaun kepada ibu tunggal sebanyak RM600 sebulan dan RM75 sebagai elaun kepada suri rumah yang tidak bekerja juga tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini, termasuklah janji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus untuk premis komersial tidak ditunaikan.

    Slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)juga apa yang kita nampak hari ini hanya kosong semata-mata, tidak tercapai. Sebagai contoh, perolehan perlombongan pasir yang hanya mencatatkan RM4 juta sahaja daripada unjuran yang sepatutnya iaitu RM170 juta setahun. Sebelum ini, kerajaan negeri mengatakan untuk menggunakan hasil berkenaan untuk membantu rakyat di Selangor.

    bersambung...

    BalasPadam
  6. sambungan...

    Tetapi sehingga ke hari ini, hasil berkenaan tidak disalurkan mengikut janji yang dibuat kepada rakyat. Apa yang pastinya, kita lihat isu pasir turut terdedah dengan masalah ketirisan sehingga wujud pelbagai dakwaan salah guna kuasa melibatkan kontrak perlombongan pasir termasuk rasuah dan pelbagai laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan di dada-dada akhbar.

    Pengumuman kerajaan negeri yang melancarkan pakej rangsangan berjumlah RM50 bilion turut tidak dilaksanakan dan berasaskan andaian semata-mata tanpa sebarang pelaksanaan. Sebagai contoh, di bawah pakej itu kerajaan negeri memperuntukkan RM6 bilion untuk membangunkan Sungai Klang dalam tempoh tiga bulan pengumumannya pada tahun lalu akan tetapi tiada pelaksanaan dibuat termasuk peruntukan RM6 bilion di bawah pakej itu untuk membangunkan PJ Old Town.

    Pengumuman pakej ini satu perkara yang melucukan kerana sekiranya RM50 bilion diumumkan sebagai pakej rangsangan ekonomi ia sepatutnya dilaksanakan dengan segera bagi menggiatkan kembali aktiviti pembangunan ekonomi di Selangor. Tetapi, tiada satu pun rancangan di bawah pakej itu dilakukan.

    UMNO Selangor di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita telah melaksanakan program turun padang dengan memberi penekanan terhadap konsep 1Malaysia dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat termasuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di Selangor.

    Malah UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memulakan gerakan bagi mengembalikan kepercayaan, sokongan dan memberi ruang kepada rakyat di peringkat bawahan termasuk mengadakan sesi penerangan kepada rakyat mengenai janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang kepada mereka sebelum ini. Sebelum ini banyak pihak mengatakan beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan janji mereka. Sekarang sudah dua tahun, kerajaan negeri juga tidak tunaikan janji mereka.

    Dalam masa yang sama UMNO ketika ini telah mengalami perubahan, tawaduk serta tidak protokol. Kita perbanyakkan perjumpaan dengan rakyat, mengadakan lawatan ke rumah rumah bagi menyelesaikan sebarang permasalahan mereka.

    Yang paling penting budaya 'cah keting' dalam UMNO tidak berlaku dan masing-masing telah bersatu. Kita juga tidak tunggu arahan untuk menjalankan gerak kerja.

    Buat masa ini, gerakan itu masih di peringkat awal dan dilaksanakan kecil-kecilan. Namun, walaupun kecil ia akan menjadi penggerak kepada gerakan yang lebih

    BalasPadam