Keputusan Kerajaan Negeri Selangor menolak usaha Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi menyelamatkan tanahnya seluas 526 hektar di Serendah, Rawang adalah sesuatu yang boleh diduga berdasarkan pendirian yang ditunjukkan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.
Malah tindakan dan keputusan kerajaan Selangor yang dipercayai lebih kepada sentimen politik telah menyebabkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak jadi dibina di Serendah. Sukar untuk diterima akal, seorang pemimpin Melayu dan beragama Islam seperti Khalid sanggup mempermainkan sebuah pertubuhan kebajikan yang sejak dari dahulu membela nasib anak-anak yatim dan golongan miskin.
Apa sudah jadi dengan slogan yang sering dilaungkan oleh pakatan pembangkang bahawa Selangor adalah negeri kebajikan? Hanya kerana pimpinan YBK tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri, kenapa aset bernilai ratusan juta ringgit milik YBK sanggup dirampas?
Memetik laporan media semalam, Khalid berkata, sudah terlewat untuk Yayasan Melaka membantu YBK untuk melunaskan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta. Ini kerana dakwanya, cukai tanah itu sudah tertunggak selama lapan tahun. Tetapi bagaimana pula dengan tunggakan hutang Khalid dengan Bank Islam yang di anggar berjuta-juta ringgit? Sudah berapa lama tertunggak?
Jika benar sekalipun alasan itu, Khalid perlu sekali lagi memberi peluang terakhir kepada yayasan tersebut apalagi sudah ada pihak yang secara terbuka mahu membantu YBK menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Sebagai ketua kerajaan sebuah negeri, Khalid sepatutnya merasa malu kerana ada pemimpin dari negeri lain sanggup menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh sebuah badan kebajikan di negeri yang dipimpinnya.
Sepatutnya tawaran sedemikian dibuat oleh Khalid tanpa perlu ada syarat-syarat keterlaluan yang menekan yayasan berkenaan. Apa tujuan sebenar Khalid yang mahukan dirinya dilantik sebagai pengerusi YBK bersama dengan orang-orang kuatnya untuk kerusi AJK? Adakah ini gara-gara penasihat ekonomi negeri Selangor yang mahukan tanah ini ditukar milik? Kini, YBK bakal kehilangan beratus-ratus hektar tanah yang mempunyai nilai pasaran yang begitu tinggi iaitu hampir RM600 juta.
Adalah sesuatu yang menyedihkan tanah milik YBK yang sejak dari dulu menjadi sumber dana bagi menampung kos operasi rumah- rumah anak yatim dan membantu golongan miskin bakal hilang begitu sahaja hanya kerana yayasan itu tidak mampu melunaskan cukai tanah. Sebagai seorang Islam, Khalid tentunya sedar dan memahami betapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW amat membenci kepada pihak-pihak yang menzalimi dan menganiayai anak-anak yatim.
Kita juga amat bimbang jika tanah itu satu hari kelak bertukar milik kepada kerajaan negeri, ia akan terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang merugikan bukan saja anak- anak yatim tetapi orang Melayu. Antara kebimbangan itu ialah tanah-tanah tersebut akan jatuh atau dijual kepada pihak- pihak bukan Islam atas nama pembangunan dan ketelusan.
Selaku pihak yang teraniaya, YBK perlu melakukan sesuatu kerana ia berdepan dengan sebuah kerajaan. Jika undang-undang tidak menyebelahinya, YBK perlu memanjatkan doa kepada Tuhan. Rakyat mungkin akan 'menghukum' pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
salam....
BalasPadamPenyataan dari mulut MB Khalid hanyalah kenyataan politikus semata-mata...
Ia tidak menjejaskan transaksi bayaran
tunggakan cukai tanah yg ditanggung YBK oleh Yayasan melaka.
Apa bukti hitam-putih yg dikeluarkan
oleh MB Khalid melarang perbendaraan
negeri menerima bayaran.
Apakah agenda yg MB Khalid cuba mainkan
isu YBK ini? Merampas tanah lebih mulia
kah daripada mengniaya sebuah pertubuhan NGO yg banyak membantu rakyat miskin.
Mata MB Khalid dah kelabu nampaknya
melihat angka-angka yg boleh dijana
dangan tanah yg dimiliki oleh YBK
tersebut.
Khalid-Talam-cimb...apa kes?
Ingat semua... doa orang teraniaya, anak yatim, alim ulama yang tulen (bukan alim ulama PAS ye) dimakbulkan Allah..
BalasPadam