Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Disember 12, 2009
Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum?
Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?
Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.
Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.
Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.
Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.
Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.
Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.
Persepsi
Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.
Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu.
Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.
Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.
Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.
Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.
Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.
Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.
Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.
Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.
Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.
Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.
Suara Politik
Taminsari
Saya kira kalau sesebuah parti itu tidak meletakkan apa-apa syarat berkaitan kaum mna yang boleh menganggotai mereka, parti itu bolehlah dianggap sebagai sebuah parti pelbagai kaum. Dalam hal ini, sekiranya orang-orang Melayu sendiri yang enggan menganggotai parti DAP, itu bukan lah salah mereka. Tak kan lah mereka hendak menjemput dengan tepak sireh pulak
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamWell done, satu artikel yang memberi respon dan berterus terang terhadap perkembangan politik semasa. Jelas sekali jika walau dipandang sekali lalu, DAP akan berupaya menggugat kekebalan orang Melayu dalam arena politik tambahan pula mereka mendapat sokongan padu dari kaum Cina yang lebih bersifat berpura-pura. Kini kegelisahan orang Melayu semakin ketara kerana dari satu segi mereka mula muak dengan UMNO yang rata-rata pemimpinnya (dari bawah sampai ke atas) hanya mementingkan diri sendiri dan kroni.
DSAI menjadi taruhan yang baik untuk melahirkan rasa kurang senang kepada pemimpin UMNO dan diharap akan dapat memberi tekanan kepada pucuk pimpinan. Malangnya pemimpin baru dilantik dilihat kurang bermaya mengembalikan kekuatan dan gagal untuk "membersihkan" kecurangan para pemimpin UMNO dan para pegawai kerajaan.
Kali ini benar-benar meletakkan orang Melayu dan Umat Islam dalam delemma. Sementelah itu PAS pula berjaya mencuri undi melalui konsep Negara Islam yang dibawa dan kelihatan amat menarik perhatian. Walaupun PAS menyedari hasrat mereka hanya sebuah ilusi semata.
DSAI menerajui PKR setelah keluar dari penjara melonjakkan pengaruh parti itu ke satu tahap yang cukup mengejutkan. Kedudukan PKR sebelum itu amat lemah dan tak bermaya.
Apakah DSAI akan berjaya menjadi PM selepas ini? Satu persoalan yang bermain diminda rakyat Malaysia. Apa yang menakutkan ialah darimana sumber kewangan PKR membiayai kempen besar-besaran dalam Pilihan Raya yang lalu? Sebahagian pemikir Melayu sudah mencongak ia datang dari sumber masons atau jesuits yang juga menawarkan pekerjaan kepada DSAI sebaik sahaja keluar dari penjara.
Mungkin PRU akan datang, keperluan dan sumber kewangan mereka akan lebih besar kerana peluang menang dilihat semakin cerah. DAP pula semestinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Apa yang akan berlaku bila DAP mendesak DSAI mengubah peta pilihanraya kepada jumlah penduduk, kerana ia lebih realistik dalam keadilan sosial. Bayangkan jika KL dan Pulau Pinang serta beberapa bandar besar mendapat banyak kerusi, siapakah yang akan mendominasinya?
Seterusnya DSAI sendiri boleh diketepikan (juga tidak mustahil menerima nasib seperti JF Kennedy, jika benar ia terlibat dengan illuminist). Bila DAP dapat majoriti, amat mudah mereka melumpuhkan perjuangan orang Melayu dan Islam khasnya. PAS akan terperangkap antara perjuangan Islam nya dan kemabukan kuasa. PKR tanpa DSAI tidak akan kemana-mana.
Nampak jelas halatuju DAP yang mendapat dokongan kuat dari abangnya PAP (Sin).
Adakah akan berlaku huruhara selepas ini? Dahulu terjadi 13 Mei akibat kemenangan Parti Gerakan (sama rentak dengan DAP) dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Orang Cina tentu sudah bersiap sedia, bagaimana dengan orang Melau/Islam?
Kedudukan PAS yang semakin kukuh mendorong mereka terus menyerang dan menghukum UMNO sebagai parti jahat memperjuangkan sistem politik kafir tetapi mereka lupa PKR juga berunsur yang sama. Terbuta mata mereka terhadap niat dan taktik DAP.
Terima kasih kepada saudara atas kesedaran yang saudara bangkitkan. Agar ramai anak bangsa tersedar dari mimpi yang disangka indah itu. Wassalam,
Bro, kawan setuju sangat dengan komen ABATASA........
BalasPadamMelayu kena sedar dengan permainan komunis DAP ini, beginilah cara komunis PKM mendakyah serta memperbodohkan orang Melayu mengikuti perjuangan mereka...... tetapi kuasa tetap pada mereka kalau memerintah.... Lihat sahajalah sekarang, Ching Peng hidup mewah di Bangkok, tetapi pejuang-pejuang PKM Melayu duduk dalam kampung.......
DAP tu pun sebenarnya bukan memperjuangkan "Cina" sangat....
BalasPadamOrang Cina dan India patut sedar, parti ini sebenarnya parti "dua-beranak".
Dulu kawan pernah terbaca suatu artikel yang menceritakan bagaimana LKS menjatuhkan semua calon2 penggantinya demi untuk menaikkan anaknya, LGE.
Kalau sesiapa ada artikel tu boleh lah postingkan dan paparkan di blog2...
Salam, saya setuju dengan pandangan sdr ISAC. LKS tak ubah macam LKY (sin). Satu fahaman satu doktrin. DAP adalah peranakan PAP. Melayu akan hadapi bencana juka tidak berhati-hati.. Kenapa PAS merestuinya? PKR menyokongnya?.. Adakah mereka gelap mata kerana inginkan "kuasa"? Penulis boleh usahakan pemantauan menyenainya untuk paparan seterusnya.
BalasPadam