Sejak menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar sebenarnya tidak pernah menjadi ahli UMNO dalam erti kata yang sebenar. Mungkin beliau sendiri tidak pernah membaca Perlembagaan UMNO sebelum menyertai UMNO, tetapi sanggup berkompromi apabila mendapati cita-citanya cerah menerusi pelawaan ikhlas Tun Dr. Mahathir Mohamad, atas jaminan dijanjikan jawatan dalam kabinet.
Kepimpinan UMNO yang ikhlas ketika itu dan percaya perjuangan Anwar jujur untuk menegakkan keadilan melalui retorik Islamnya, tidak mengetahui bahawa pucuk yang dicita-citanya selama 12 tahun sejak awal tahun 70-an, rupanya ulam yang mendatang, bak kata pepatah: orang mengantuk disorongkan bantal.
Sejak dari tarikh tersebut, maka bermulalah episod angkuh "kadok naik junjungnya" dan fasa kedua komplot merampas kepimpinan UMNOnya sudah berhasil dan bertapak teguh seperti firman Allah s.w.t. (2:204) "Dan dari antara manusia ada orang yang perkataannya dalam (hal) kehidupan dunia membikin kamu senang (menyenangkan kamu dengan omong-omong yang bagus tentang hal keperluan hidupmu tapi hatinya tidak) dan ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada di hatinya (bersumpah apa yang ada dalam hatinya serupa apa yang ia zahirkan dengan lidahnya); padahal ia itu sejahat-jahat musuh".
RASIONALNYA: Strategi Anwar bersama kroninya selama 12 tahun mengecam habis-habisan dan menentang UMNO dan Kerajaan sehingga beliau berhasil mewujudkan imej sebagai pemimpin yang amat radikal dan merbahaya tapi menjadi aset kepada mereka yang menyebelahinya terbukti berhasil apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mesej beliau ialah tanpa menjadi ahli UMNO pun, tanpa menghadiri sebarang perjumpaan dan mesyuarat UMNO walaupun di peringkat cawangan, boleh dilantik menjadi Menteri asalkan beliau sedia berpura-pura dan berkompromi dengan pucuk pimpinan UMNO dengan menampakkan agenda penentangannya ditonjolkan sebagai satu aset kepada yang sedia menerima dan bersekongkol dengan lakonan ‘perjuangan ummah menuntut keadilannya’. Itulah satu aset dan kebijaksanaan sifat hipokritnya, seorang penipu al-qubro yang tidak ada tolok bandingnya di negara Malaysia ini.
Suara Politik
Taminsari
aku kecewa dengan apa yg anwar lakukan selama ini... sanggup menghuru harakan negara yang sudah lama menikmati keamanan yang telah dijaga bertahun2.. anwar tidak berubah seperti chin peng atau mana2 komunis yang lain yg pernah menghancurkan negara ini. lebih2 lagi dia mengkhianati bangsa melayu sendiri.. membuatkan orang bukan melayu semakin memandang rendah kepada melayu. DAP, bila2 masa sahaja akan menghapuskan sistem raja2 di malaysia.. anwar tidak peduli semua itu, yang dipentingkan sekali ialah agenda dendamnya tercapai.. malaysia semakin hancur dengan kewujudan pengkhianat seperti dia..
BalasPadamitulah al juburi
BalasPadam