Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Ogos 03, 2009
Jangan Pijak Institusi Yang Di Pertuan Agong!
Pakatan pembangkang kononnya meletakkan rakyat sebagai yang diutamakan. “Go to hell” dengan UMNO.
Pedulikan Barisan Nasional (BN). 1Malaysia hanya gimik.
Menggerakan 100,000 rakyat supaya turut membantah lebih penting. Rakyat harus diyakinkan bahawa ISA itu kejam. Destinasinya Istana Negara.
Persoalannya, bukankah Istana Negara itu lambang institusi Yang DiPertuan Agong? Siapa memilih Yang DiPertuan Agong? Bukankah Sultan-Sultan (Melayu)?
Siapa mengatakan ISA kejam?. Bukan penulis kata tetapi Pembangkang dan GMI. Kenyataan Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH,Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada 22 Jun 2009 lepas jelas menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai zalim.
Kerana itu diadakan seruan dan bantahan terhadap ISA kelmarin. Rakyat tidak bodoh. Polis anggarkan 5,000 orang sahaja yang menurut seruan gila itu. Cara baik dan bersopan boleh dilakukan. Memohon perkenan Yang DiPertuan Agong tidak penting. Persetankan!
Bagi mereka, “apa Yang DiPertuan Agong boleh buat” kalau melalui cara aman dan bersopan. Mereka merasakan Yang DiPertuan Agong perlu ‘diajar’ supaya menerima cara kekerasan, tidak bersopan dan kurang ajar.
Bagi mereka, mengamalkan cara berhemah dan bersopan dengan memohon perkenan menghadap dan menyerahkan memorandum atau cadangan meminda atau menghapuskan ISA sudah tidak ada ‘glamour’ lagi.
Cara membantah dengan berhimpun secara haram lebih mulia dan berkesan.
Kata mereka, baik dibuat perhimpunan haram terlebih dahulu. Berucap membakar semangat rakyat menentang kerajaan, kemudian berarak ke Istana Negara. Cara ini lebih baik. Rakyat boleh ditunjukkan dengan semangat bantahan. Dunia boleh merakamkan peristiwa itu kononnya 10,000 rakyat daripada 20 juta rakyat turun padang menentang ISA.
Muka-muka mereka akan terpampang di kaca televisyen, laman web, blogspot atau juga facebook bahawa merekalah juara – walaupun sebenarnya juara tidak sopan dan beradab menyuarakan bantahan kepada kerajaan melalui istitusi Yang DiPertuan Agong.
Persoalannya, apakah Yang DiPertuan Agong wajar diperlakukan demikian?
Apakah Yang DiPertuan Agong boleh ‘diredah’ begitu sahaja?
Siapa mengajar cara kurang ajar ini?
Siapa mengajar orang Melayu dengan budaya perhimpunan haram dan kemudian ke istana?Anwar, Hadi atau Kit Siang?
Siapa dalang-dalang itu. Siasat GMI, siasat Siapa Suaram? Suaram ialah pertubuhan NGO dan Pengarah Eksekutif Suaram ialah Yap Swee Seng. Yang lain ialah Dr. Kua Kia Soong (bekas Ahli Parliamen); Fan Yew Teng (bekas Ahli Parlimen); Sivarasa Rasiah ( Ahli Parlimen); Julian Jayaseelan; Charles Hector; Lee Siew Hwa; Irene Fernandez (Tenaganita dan Caram Asia); Bruno Gentil Pereira; Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat) ; Tian Chua (Ahli Parlimen); S. Arutchelvan (Setiausaha Parti Sosialis Malaysia); Elizabeth Wong (ADUN); Cynthia Gabriel (aktivis); Premesh Chandran (Malaysiakini) ; Irene Xavier (Sahabat Wanita) dan Dr. Nasir Hashim (Presiden Parti Sosialis Malaysia dan ADUN).
Bezakan dengan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan. Mereka direstui istana dan kemudian baru berarak ke istana.
Apakah GMI ini direstui istana. Apakah GMI yang didalangi pembangkang dengan kehadiran pemimpinnya – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang – direstui istana?
Hari ini Anwar kata Memorandum 10 Deklarasi ISA akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.
Beliau berkata, halangan yang dilakukan polis di beberapa lokasi di sekitar ibu negara menyebabkan GMI dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) gagal menyerahkan memorandum itu ke Istana Negara.
Pelik dan aneh, selepas membuat kerja gila yang mencabar kerajaan dan Yang DiPertuan Agong, baru menyatakan akan menghantarnya dengan cara lebih sopan.
Memang muka tidak malu. Inikah sikap dan perangai pemimpin pembangkang? Hadi tidak boleh nasihatkah mereka ini? Carilah cara yang lebih Islamik! Institusi raja jangan dipermainkan sewenang-wenangnya. Kalaupun mahu menentang kerajaan, jangan babitkan istana.
Jangan cuba bermain api dengan memijak-mijak institusi ini kerana kelak, jika berkuasa, institusi ini juga harus dijunjung. Ingatlah, ia perlindung agama Islam, orang Melayu dan kerajaan yang ada. Tanpa restu dan sokongannya, semuanya akan luput dan rebah. Lagipun bukan semua rakyat sukakan cara haram ini.
Pengusaha pengangkutan awam menyelar tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram itu kerana menyusahkan orang ramai.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah, berkata kemerosotan jumlah penumpang sejak kelmarin dan semalam berbanding hari biasa menyebabkan ramai pengusaha teksi mengeluh kerugian.
“Kawasan paling teruk terjejas ialah yang terletak berdekatan perhimpunan haram iaitu di Jalan Ipoh dan sekitar Masjid India. Ini memberikan kesan buruk kepada pengusaha bas dan teksi, lebih-lebih lagi kawasan berkenaan sebelum ini diakui lubuk rezeki,” katanya semalam.
Persatuan pengusaha bas juga mengakui tindakan orang ramai menjauhkan diri daripada kawasan tengah bandar bagi mengelak terperangkap dengan kejadian tidak diingini akibat perhimpunan haram menjadi penyebab bilangan penumpang berkurangan.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata kebanyakan pengguna bas mengelak daripada menaiki bas ke kawasan bandar.
Sementara itu, kira-kira 5,000 pengguna sistem transit aliran ringan (LRT) terkandas selepas dua stesen utama Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya di tengah-tengah ibu negara, ditutup hampir empat jam bermula jam 1.55 petang semalam.
Kedua-dua stesen itu ditutup atas faktor keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini di stesen berkenaan akibat demonstrasi kumpulan yang membantah dan menyokong ISA.
Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata, kedua-dua stesen itu dibuka semula jam 6.20 petang. Peniaga dan premis perniagaan juga merasai kesannya.
Peniaga di sekitar Jalan Masjid India marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.
Yang nyata, kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara hari ini yang langsung tidak ada kaitan dengan ISA itu.
Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah itu. Tahniah kepada polis kerana tindakannya 'membendung' kemasukan penyokong menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya, kata polis.
Sumber : Rakyat Malaysia
Suara Politik Taminsari
There is 1001 ways to skin a cat,but I admire your way of licking balls..
BalasPadamIni lah bangang nya melayu PAS...sanggup memperhambakan diri demi kepentingan pemimpin mereka..sekiranya nak menghantar memorandum..gunakan saluran yang betul..hantar je wakil dan tek perlu mengerah penyokong buat perhimpunan..ianya menyusahkan rakyat yang lain yang inginkan kedamaian..tak perlu ditakutkan dengan ISA..dah berapa puluh ribu rakyat malaysia kena tahanan ISA tu..sekiranya tidak membuat kesalahan..apa yang perlu ditakutkan..kerajaan bukannya bodoh dan zalim untuk menangkap orang yang tak bersalah..cuma orang yang suka buat kesalahan sahaja yang takutkan dengan ISA.
BalasPadamSo...sekarang kepada yang kena tangkap tu terima lah akibatnya..pabila didakwa dan didapati bersalah ..pegi lah merayu kepada pemimpin korang untuk bantuan..dan kepada para pelajar..jangan lah disalahkan kepada kerajaan pulak pabila anda dibuang daripada pusat pengajian..bukanya salah ibu mengandung tetapi kalian yang bangang..terlalu galak mengikut rentak kawan-kawan dan diperbodohkan dengan pegangan pemimpin kalian..kalaian sanggup memperbodohkan diri..
Alasan yang biasa akan diberikan oleh pemimpin kamu adalah"MEREKA BUKANNYA PENGIKUT PAS..DAN KAMI TAK MENYURUH MEREKA MEMBUAT KEKACAUAN ..KAMI SURUH MEREKA MEMBUAT PERHIMPUNAN SECARA AMAN"
saya berharap blogger bpn dapat bincangkan mengenai isu ini Bloggers United patut beri amaran kepada Parpukari
BalasPadamSalam Anak lenggong.. Terima kasih di atas komen saudara. Saya rasa jasa ataupun sumbangan PAS paling besar kepada anak bangsa Malaysia adalah demonstrasi. Sumbangan PAS ini akan dikenang oleh anak cucu kita nanti kerana berjaya memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang memerintah negara ini. Mungkin pada masa itu anak cucu kita sedang merempat ditanahair mereka sendiri. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur...?
BalasPadam