SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.
Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab.
Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak.
Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."
Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.
Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan' umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.
Penulis pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.
Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup bermandikan darah.
Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan, jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.
Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman kepada agama lain.
Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.
Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang digunakannya selepas memeluk Islam.
Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan ancaman kepada agama lain.
Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?
Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan masing-masing.
Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.
Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini. Penghinaan ini mesti ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.
Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.
Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."
Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah kerana perbezaan politik akan terus merelakan agama dan bangsa kita diperlakukan begini? - UM
Suara Politik
Taminsari
Salam my big bro..
BalasPadamAYUH!! KITA GEMPUR GEMPUR GEMPUR!!!
SI LAKNATULLAH TERSEBUT!!!
Siew Fook perlu minta maaf
BalasPadamAhli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.
Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.
Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan laman web www.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.
''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa, keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.
''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.
Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap Mohd. Ridhuan Tee.
''Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.
Mohd. Ridhuan Tee dalam salah satu rencananya yang disiarkan Mingguan Malaysia mempertikaikan kenyataan beberapa pihak yang mahukan Kementerian Dalam Negeri memberikan status anak yang sah dan bukannya anak luar nikah kepada anak yang dikandung oleh tunang Eng Hock pada masa ini.
Kata Zulkifli, Mohd. Ridhuan Tee berhak untuk menyatakan pendapatnya dan sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina kerana beliau adalah seorang yang berketurunan Cina.
''Namun, Siew Fook memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang Mohd. Ridhuan Tee, seorang tokoh pendakwah Islam dalam tulisannya yang mempertikaikan langkah menghalalkan anak luar nikah yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dan tunangnya.
''Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu di hadapan kita.
''Dalam isu kematian Beng Hock kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil dibuat untuk mencari sebab kematiannya. Tetapi isu hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu lain,'' katanya.
Zulkifli turut mempersoalkan apakah DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat.
UMNO mahu KDN timbang ISA terhadap Siew Fook...
BalasPadamNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menimbang mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Loke Siew Fook yang didakwa menghina Islam.
Beliau berkata, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP (DAPSY) itu perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku hingga menjejaskan keharmonian dan kestabilan masyarakat di negara ini.
Menurutnya, dalam Perkara 72(3) akta itu menyatakan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak melaga-lagakan perbezaan agama yang boleh memberi risiko keselamatan terhadap negara.
''Maka, kita serah kepada pihak bertanggungjawab dalam soal agama dan keselamatan (KDN) supaya menentukan terlebih dahulu kenyataan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.
''Jika dakwaan itu benar, kita mahu tindakan segera diambil terhadap beliau,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kapar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Siew Fook yang didakwa menghina Islam menerusi satu artikel dalam laman blog, http://sjsandteam.wordpress.com.
Artikel tersebut dibuat sebagai reaksinya terhadap Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.
Mohd. Ridhuan sebelum itu memberikan ulasan mengenai isu anak luar nikah bekas Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri itu Julai lalu.
Siew Fook didakwa turut menggunakan kata-kata kesat terhadap Mohd. Ridhuan dan juga Islam yang menjadi anutan penceramah bebas itu.
Salam Semua.
BalasPadamIni lah hasilnya bila Melayu sudah berpecah. Dap merasakan ianya dah cukup "kuat" kerana dua parti melayu dlm dakapannya..Dan yg menyedihkan ada juga individu melayu yg menyokong Dap dan yg malang lagi ada juga melayu yg masuk menjadi ahli Dap.. Adakah melayu yg berada dlm kelompok Dap ini tidak terasa bila bangsa dan agama sendiri menjadi modal maki hamun Dap?. Ssh saya mencari istilah yg sesuai utk org melayu yg dibutakan mata hatinya.. Layak kah mereka ini di panggir DAYUS ??.
Kita sepatutnya menyisihkan fhman politik masing2 jika ada isu yg menyentuh kesucian agama islam.. Kita bersatu dlm satu suara bkn bermakna hendak melancarkan perang tapi cukup untuk menghantar isyarat bahawa kita bersatu padu dlm mempertahankan kesucian islam agama kita.. Biar mereka fhm bahawa agama itu tidak boleh dibuat main2 dan dijadikan bahan cacian. Biar tindakan kita berani,tegas,, matang,,betul dan diterimah akal fikran yg waras kerana walau apa jenis agama pn tidak mengajar umatnya untuk menghina agama lain..
Kita bersatu padu di bwh panji2 islam tanpa mengira fhman politik untuk menyedarkan mereka2 ini bhwa agama itu adalah panduan hidup setiap insan yg beragama..Saya percaya tiada agama yg mengajak kearah keganasan melainkan menanam sifat2 murni dlm setiap hati insan yg mengantuinya.
Jika mereka2 yg menghina agama ini masih lagi tidak sedar akan keboddohannya dan terus berdegir dgn sikap jahirnya tnpa berfikir dgn akal warasnya maka mereka ini telah memilih jln yg sukar dan benar2 ingin berkonfrantasi dgn melayu/islam. Maka mereka harus menanggung PADAHNYA..
Bersatu lah Melayu . .